Buat duit sampingan di sini

Sunday, September 30, 2012

Kurus OOoooOOoooOO kurus… Part 1

assalamualaikum w.b.t


bfore n after

rasanya masa sebelum diet tuh berat aku dalam 57kg… aku nih bukan lah tinggi sangat… ideal weight aku 50kg so, aku nih lebih 7 kg lah…

sebenarnya aku nih tidak juga lah kesah betol kalau badan ni gempal… tapi masa tu macam2 masalah yang aku hadapi antaranya:

1. aku susah betol mau berjalan jauh… cepat betol aku semput… masa tuh aku masih lagi belajar di UMS. kampus utama di Kota Kinabalu nih kawasannya berbukit bukau sikit… sudah lah kadang2 tuh bas lewat atau tiada jadi terpaksalah berjalan kaki… penat tau… dari fakulti saja pegi kolej kediaman hampir hampir 2km. tuh anggaran aku saja. kalau berjalan kaki lebih kurang 50 minit la… apa lagi semput lah aku…


2. apa yang aku paling perasan semua baju2 yang aku ada tiba2 jadi sempit… kalau pun aku dapat pakai baju2 tu tapi sangat lah tidak selesa. lagi satu pakaian tu jadi sendat… hmmm sangat tidak sesuai untuk orang yang bertudung… sudah lah aku nih bertudung…


3. bila berjalan pon susah, badan aku jadi cepat berpeluh… hahaha teringat lagi dulu masa gempal… aku nih suka untuk pakai makeup2… so bila aku berpeluh habis makeup2 aku luntur dan lecun… hahhahha


4. moral down… ha nih especially bila ambil gambar…. bila aku duduk ja lemak2 perut nih terkeluar… siap akak aku kata “muffin la perut ko.” even my dad pernah tegur masa aku duduk tengok tv. contohnya ni gambar masa aku dan kawan2 pegi fieldtrip… sila perhatikan aku yang berada di tengah2… sungguh gemukkk..


IMG_0004

itu juga lah sebab aku jarang ambil gambar whole body… biasanya aku hanya amik gambar paras pinggang ke atas…

5. belanja makan banyak… hehehhe yang nih of course la… kenapa? sebab masa gempal aku nih suka dan rajin pergi kedai fast food… KFC, McD dan Pizza Hut. huhuhu sampaikan aku rasa makan di tempat fast food tuh trend orang bandar. walau pun boleh la dikatakan aku nih orang bandar sebab tinggal di kawasan bandar. aku tinggal 10 minit dari Kota Kinabalu. so, aku ada akses yang mudah untuk pergi ke kedai fast food tuh… lagi2 bila mama dan Alyy, adik pompuan aku nih kuat makan fast food. korang pun tau kan harga setiap kali makan di fast food nih… lebih kurang rm10 sekali makan… huhuhuhuhuhu…


6. ekonomi yang sempit. aku kan pelajar lagi masa aku start mau berdiet. sememangnya banyak ubat pelangsing badan di pasaran tapi sangat lah mahal. aku ingat lagi aku pernah juga beli Jus Diet Mate Dr Ramsey(aku tidak hafal namanya). aku beli online masa tuh… kalau tidak silap RM210.00 untuk 20 sachet. disebabkan duit masa tuh tidak cukup aku kongsi duit dengan Alyy. jadi aku dapat 10 sachet. ikut pengalaman aku tidak dinafikan berat berkurangan tapi 10 sachet tu untuk 10 hari saja. perbezaan tidak nampak sebab masa yang singkat.. lagi pun jus tu mesti diminum secara berterusan… kekangan wang menyebabkan aku berhenti minum Jus Diet Mate tuh.


tu adalah antara masalah yang aku hadapi… mungkin kamu pun pernah juga mengalaminya kan??? sekarang aku mau share pula pengalaman aku dalam menurunkan berat badan… sebelum tu aku mo cerita pasal turning point aku… turning point nih bila kita mula tersedar… aku mula sedar bila aku tengok sendiri diri aku yang gempal dalam gambar. masa tuh punya lah aku moral down…


tapi nasib baik ada Mr Rite yang faham dan sanggup bawa aku exercise… so, kami pon rajin lah pergi jogging… dengan harapan dapat turunkan berat badan. selain jogging aku pon ada juga buat skipping… siap aku beli skipping yang boleh kira berapa kali aku skipping. hasilnya ada perbezaan juga lah. tapi sangat la kecil perbezaan itu.

aku pon teruskan ja la rutin exercise tuh. dalam masa yang sama aku surf juga lah tengok maklumat2 yang dapat bantu aku kurangkan berat badan. selain itu aku selalu tanya2 kawan2 atau saudara mara pasal turunkan berat badan. sampai lah satu hari my dad cerita pasal kawannya yang kurangkan berat badan dengan mengawal pemakanannya. my dad bagi tau kawannya tuh kurangkan makan nasi… kadang2 dia akan skip makan nasi tapi tetap juga makan lauk.

jadi aku pun tukarlah rutin makan aku… dengan maklumat dari internet dan cerita2 yang aku dengar aku pun cipta lah diet aku sendiri…


apakah diet aku itu??? haaa tunggu kurus oooooo kurus part 2. hehehehehehhe….
wassalam…

Friday, September 28, 2012

sapa mau kutus….

assalamualaikum wbt…
ni gambar aku dulu dan sekarang…


bfore n after


ok gambar diatas nih aku ndada edit ya… edit jak pon untuk lekatkan 2 
gambar tuh untuk nampakkan perbezaa.

disebabkan itu aku selalu saja berhadapan dengan soalan2 macam nih…
“fyda kurusnya ko…”
“apa rahsia ko diet nih??”
“macamana ko bole jadi kurus nih???”
“ko makan ubat apa?”


okay, kalau korang pon mau juga tau rasiah aku diet korang tunggu jak post yang seterusnya ya…

wassalam..

Wednesday, September 12, 2012

Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2012-2025

assalamualaikum w. b. t

beberapa hari nih buka saja berita mesti keluar cerita Pelan Pembangunan Pendidikan 2012-2025. korang perasan ka?? aku nih rajin juga la mengikuti perkembangan semasa terutamanya yang berkaitan dengan perguruan...al-maklumlah aku nih pon akan menerjunkan diri dalam profesyen tersebut...
ok untuk memberikan sedikit gambaran atau pemahaman pasal PPP baru nih marilah kita sama2 menganalisis PPP nih... (hohoohoho)

PPP 2012-25 nih dirangka adalah untuk menggantikan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. PPP 2012-25 ini dirangka menerusi jelajah dialog yang dijalankan diseluruh negara...  sebanyak 7,039 syor diterima dan 12,000 peserta ambil bahagian. Selain itu sebanyak 156 memorendum diterima dari pelbagai individu dan pertubuhan. (wah mcm begitu pula kan?)

pelan ini mensasarkan enam aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi-bahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional.


Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.


Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa:
Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakanlaluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahunberbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi.


2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris:
Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif. Modul Sastera Inggerisakan diwajibkan kepada murid sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.


3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai:
Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.


4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan:
Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem, Kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun.


5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah:
Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskankompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar.


6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan:
Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014.


7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran:
Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk perlaksanaan pembelajaran secara interaktif.


8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran:
Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.


9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta:
Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan alumni dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai penganjur.


10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan:
Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.


11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam:
Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian.  Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai 2013.



ok rasanya ru saja buat masa nih... kalau korang mau lebih info aku da sertakan sumber di bawah ni... klik saja dengan diaorg...
Sumber:  ceriteracintabalqis ,sinarharian , xpresi & utusan .

Monday, September 10, 2012

Raya dulu lain, Raya sekarang pon lain…

Assalamualaikum w. b. t
salam semua… apa kabar? uda 10 ari bulan Sept nih berlalu barulah aku nih sibuk2 mau update post… Adei… orang semua da post pasal puasa enam aku nih pos update pasal raya pon blom lagi dibuat… bagi memenuhi tradisi blogger (aisehman…) kali nih aku mo update pasal Raya tahun nih…

secara personalnya aku merasakan tahun 2012 nih berlalu dengan cepat betol… yala kan since hujung tahun lepas famili aku sibuk tentang perkahwinan akak aku… jodoh akak aku sampai tidak di sangka… ehhehe… laterlah aku akan update pasal perkahwinan akak aku ya… sekarang nih mau update pasal Raya…

raya tahun nih sangat2 la berbeza dengan Raya tahun yang lain… sebab utamanya akak aku sudah ada keluarga mertua. tambahan lagi tahun nih dia ikut suami beraya dengan keluarga mertuanya. so, tinggal lah kami berenam yang beraya di Kudat. sudah jadi kebiasaan famili aku akan beraya di Kudat sebelah keluarga bapa… al-maklumlah mama aku nih asal dari negara Filipina… kebanyakan saudara sebelah mama aku ada di Filipina la. paling dekat pon di Semporna Sabah… so aku nih kira MIX-Blood lah kan?? (perasan!)

banyak la juga dugaan yang dihadapi sepanjang mo beraya nih… masa di tengah jalan balik dari Kota Kinabalu ke Kudat, boleh2 pulak tayar kereta pancit… great timing lagi tuh… dekat2 mo buka puasa… kami balik sehari sebelom Raya… apa lagi kami pon berbuka lah di tengah2 jalan… huhuhu nasib lah baik ada juga bekalan yang kami bawa…

Raya pertama kami bergerak ke kampung Perapat laut… Kampung asal bapa… biasalah kami menziarahi kubur then beraya di rumah saudara mara….. Raya kedua pula kami habiskan masa beraya di rumah saudara mara yang ada di Kudat… masa ni lah bapa n mama akan update cerita saudara mara… raya tahun nih pon kami jarang amik gambar… ada pon cuma dari hp saja… korang tengok2 la gambar ni…


200820129415
mama, aku N Aly


200820129412
Aly, jojie, boboi n Bapa



200820129421
Selamat Hari Raya semua…


rasanya raya kali nih sederhana jak sambutannya… ya la kan semua sudah besar… suda tidak ada budak kecil yang excited… lagi satu da banyak perubahan yang berlaku… ya la dulu lain sekarang lain…

bila sampai di Kota kinabalu pula akak aku n husbandnya ajak aku n mama join konvoi diaorang beraya… yang nih berhabis beraya… 4 buah rumah dalam sehari… hohohooho… rumah pertama di Kota Belud… kawan lama akak… aku pon kenal jua… aku n adik kawan akak nih satu batch dulu… nasib lah baik ada kawan akak yang bawa DSL. so, dapat la juga snap gambar…

lepas dari Kota Belud, destinasi seterusnya di Seri Maju… area2 Kota kinabalu jua.. rumah seterusnya pula di Tuaran.. umah mertua akak… rumah terakhir pula di Kampus Intan..



297699_3608611702998_1828975144_n







304321_3608601982755_1094493373_n



422816_3608608142909_1158444750_n



534438_3608607022881_1939654014_n



246684_3608611142984_1379502785_n


baru perasan lam ganbar ne semua pakai baju yang sama.. hahahha… bukan ridak mandi ya… hari yang berlainan… huhhuhu