Buat duit sampingan di sini

Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Monday, April 22, 2013

seorang lagi da lepas..

assalamualaikum wbt…

heheh ne cerita awal bulan nih…
adik lelaki aku merangkap anak keempat dalam keluarga sudah pun selamat bergraduat…
syukur alhamdulillah..

adik aku nih amik diploma kejuruteraan elektronik…
Tahniah Boy…


6679_568940576460023_1375255523_n
bergambar dengan kakak2 sekalian..



17204_568940439793370_266430346_n
proud parents..



561170_568940766460004_530174078_n
versi jauh sedikit… ehheheh..


masa datang majlis konvokesyennya nih aku pakai peplum dan skirt… percubaan pertama okeh… turned out ok pula… hehehehehhe
seriously bila tengok adik yang konvo aku pula evcited dan gumbira tidak pasal2…

tahun depan da seorang lagi mau graduate nih…
harap2 aku da bergaji & boleh lah belanja makan nanti…
amin..

wassalam..

Monday, March 18, 2013

jejalan ngan famili..

assalamualaikum wbt…

post nih sebenarnya post lapuk sebab ceritanya sekitar bulan dua yang lalu… tapi aku mau juga share post nih…

hari tuh aku da la jejalan ngan famili di 1Borneo… sebenarnya tidak dirancang pon… bila jejalan tu my dad yang ternampak ada semacam konsert / ujibakat rancangan tv…

IMG_0015

IMG_0014
snap gambar masa di Mary Brown..

bila di tengok rupanya rancangan realiti tv Kilauan Emas buat ujibakat di 1Borneo masa tuh… punya lah ramai orang…. rupanya juri yang mengadili uji bakat tu dulu bekas guru AF, Adnan Abu Hassan dan Cikgu Siti Hajar…

niat di hati tuh mau datang dan jadi penonton saja alih2 dapat pula snap gambar dengan juri tuh bila abis uji bakat..

IMG_0036

IMG_0045

IMG_0047

dapat pula bergambar kan… my mom senyum panjang noh lepas dapat jumpa Cikgu Siti Hajar… peminat la katakan…

IMG_0040

IMG_0041
mother daughter pic… background pentas ujibakat…

ooo ya sempat lagi aku teman Aly nih pegi parkson beli hadiah… barangan  bayi… almaklumlah someone mau datang dalam famili..

IMG_0025

IMG_0027

tidak lama lagi pangkat aku naik suda jadi Mak Cik kalau tidak pon jadi mama buah.. ehhehehehe…
alahai mengarut la pula kan? tidak apa la nanti uda kerja mesti aku akan struggle untuk post dalam blog nih…

bilakah itu ya? doakan saja aku cepat2 posting…

amin

wassalam…




Saturday, March 9, 2013

Lepas stress ka ni???

assalamualaikum wbt…

kalau korang baca post aku sebelum nih pasal stress dan dilema sebab guru Interim korang mesti faham kenapa aku stress… tapi syukur sebab ada famili yang dapat juga lah mengurangkan stress dan dilema aku nih…

ahhaha dalam 1 hari saja aku makan banyak dan have fun dengan famili aku… dan of course aku dapat juga spend quality time dengan famili..
famili comes first…

kami mulakan hari dengan pegi kenduri kawen saudara di Dewan Pertanian… dapatlah aku meroyan macam mak datin… siap pakai baju kurung baru dan shawl half moon merah… ahahhahhah sempat lagi snap2 gambar… itu wajib!


IMG_0196
witg my lil’ sis, Alyy


IMG_0202

IMG_0204
suasana dalam dewan


IMG_0211
makanan kenduri kawen.. sodapp


IMG_0221
my mom (baju kurung maroon) and my sis (baju kurung peach)..

IMG_0224
IMG_0227
merah pula tema aku.. ehheh


IMG_0263
my sis…


IMG_0273
my parents…


IMG_0301
ha ni la pengantinnya… ramai-ramai amik gambar… tapi ni campur dengan saudara dan kawan my dad


IMG_0305
haa yang ni my sis cakap geng karas… (diaorang ni rapat dari zaman bujang2 lagi)

lepas saja kenduri kawen, kami 1 famili pegi makan2… ada orang belanja.. huhuhuhuhu aku akan buat review terus lah pasal restoran yang kami pegi tuh nanti…

IMG_0311
ni lepas tukar baju…

selesai saja makan2 akak Lynn dan abg ipar aku pula ajak pegi karaoke.. apa lagi terus angguk cepat2… yang tu pon abg ipar yang belanja.. hahahhah

IMG_0319
my sis and bro in law..


IMG_0320

banyak yang perlu dijelaskan dalam gambar ni sebab ni gambar candid.. aku duk di atas meja sebab rabun tidak nampak sari kata karaoke… almaklumlah lupa bawa spek mata… minum sebab tunggu lagu main… ha mic tu pula aku letak gitu sebab takut tergolek jatuh masa aku minum.. sekian..

sekurang2nya tidak juga lah aku terpikir betol dilema yang aku hadapi..

TQVM my famili…

p/s: take good care of ur family… mereka saja la tempat kita ketawa, menangis dan kalau aku bergaduh dan merajuk juga..

wassalam..

Tuesday, January 29, 2013

MissFyda & 25..

assalamualaikum wbt..

“Allah SWT selamatkan kamu.. Allah SWT selamatkan kamu..  Allah SWT selamatkan MissFyda.. Allah SWT selamatkan kamu!!!”


a

yey, syukur alhamdulillah amin amin amin…. hari nih genaplah 25 tahun aku bernafas di bumi Allah SWT yang indah ini..

sesungguhnya bila umur meningkat nih semestinya aku berharap aku akan bertindak lebih matang dan boleh berdikari (@ berdiri di atas kaki sendiri)..
aku tidak tau sama da korang merasa apa yang aku rasakan nih atau ini perasaan aku saja… bila sudah menambah angka di ruangan umur ini aku mula mengenang kembali keadaan diri aku yang dahulunya… semestinya terlalu lah berbeza jika dibandingkan dengan zaman memakai baju sekolah…

ni gambar aku dari tahun 2008 sehingga 2012. 2008 tuh masa aku menjejakkan kaki di Universiti Malaysia Sabah (UMS)..

IMG_0149
2008 (ditengah)


DSC00905
2009


101020102292
2010


DSCN1039
2011 (disebelah kiri)


526714_4887518153329_574792087_n
2012 (disebelah kanan)


1601201310190
2013


aku bersyukur juga sebab Allah SWT mengurniakan kedua ibu bapa yang sangat sporting dan penyanyang.. terima kasih mak sebab sanggup melahirkan dan membesarkan aku…. terima kasih bapa sebab tidak putus2 menasihati dan menggalakkan aku untuk menggengam segulung ijazah..

211020122511211020122515

aku bersyukur Allah SWT masih lagi memberi kesempatan untuk aku merasai dunia dan kehidupan kampus yang dulunya aku tidak menyangka akan dapat juga aku rasai… syukur alhamdulillah bulan 10 yang lalu aku dapat berkonvo dengan jayanya.

syukur juga Allah SWT telah memberi aku seorang kawan dan kekasih yang sentiasa ada di saat2 jatuh dan bangun aku. dia lah kawan dia lah juga tempat meluah masalah… dia lah tempat ketawa dan menangis… dia lah penasihat dan perunding masalah untuk menjadikan aku lebih bijak dalam bertindak… 3 tahun sudah aku lalui bersamanya.. amin amin amin..

1601201310192

aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan… syukur amin amin amin…


ok sekarang aku mau share pula wishlist aku untuk tahun nih…
1. kerja!!- ya la tahun lalu uda konvo so, tahun ni pula menunggu untuk di tempatkan di mana pula. aku harap aku akan ditempatkan di sekolah yang berdekatan dengan umah aku… senang… famili pon senang mau backing.
2. DSLR!!- lama suda kenyit-kenyit mata dengan Mr DSLR… harap2 tahun nih dapat la meminang Mr DSLR nih..

haa, tidak banyak kan… 2 saja wishlist aku.. huhuhu sungguh tidak sabar untuk menjalani kehidupan bekerja. mungkin masa tuh aku akan sibuk dan mungkin juga blog kesayangan ini akan terabai sekali lagi tapi, aku janji aku akan tetap juga berblogging… gambate!!! korang ready2 saja baca leteran aku pasal kerja nanti…

apapun, HAPPY BIRTHDAY to me!!!

amin

wassalam…



Tuesday, January 8, 2013

Bulan 12 Bulan perkahwinan..

assalamualaikum wbt..

walaupun tahun baru uda menjelang tapi aku masih mau menoleh ke bulan disember yang lalu. sejak awal bulan disember 1012 lagi undangan perkahwinan suda mula melayang-layang datang… huhuhu yang tu hanyalah saudara mara.. belum lagi termasuk jemputan kahwin di FB.. sungguh banyak…

teringat pula roomate aku bagitahu biasala banyak kahwin bulan disember kan musim mengawan.. hohohoho memang statement yang sangat pedas tapi betul juga.. hehehe sebenarnya kan bulan disember tuh cuti sekolah.. itu lah banyak orang buat kenduri kahwin masa tuh…

sempat jugalah aku snap-snap gambar masa menghadiri majlis kahwin saudara mara…

DSC00017DSC00018
masa makan pon kena snap..


DSC00026
pelamin yang comey!!


DSC00032
sempat lagi snap gambar depan banner..
Selamat Pengantin Baru Noorfariha & Mohd Hafiz..


ne pula majlis akad nikah cousin…

521544_10151502444514505_1629596889_n521562_10151502445594505_57814576_n
comey kan? siap pose tabik lagi..
Selamat Pengantin Baru Suriani & Awang..


waa semua orang da menamatkan zaman bujang mereka… kawan-kawan pula ada yang da bertunang… aku??? hohoho lama lagi kali.. tunggu2 ja la ya… emmm.. best juga ya pegi undangan kawen ni dapat jua la tengok pelamin yang berlainan jenis..


221220129843

doakan aku pon segera lah menamatkan zaman bujang ini... hohoho MrRite sila take note..

bagi mengakhiri post ni aku ucapkan Selamat Pengantin Baru dan Selamat Bertunang kepada semua yang melangsungkan majlis…

Wassalam…


WTS: Hand Bouquet

assalamualaikum wbt..
hello2 korang… ok sekarang MissFyda dalam mood berniaga… Mari2 sini datang dekat2…
uda lah aku nih jadi reseller makeup pro palette 120 eyeshadow & berus 24 batang… sekarang nih pula mahu menjual…

jeng
jeng
jeng….
hand bouquet!!!!

not a brand new but only used once or twice sahaja…
so kira pre-loved lah…

jangan risau ya tak ada paksaan.. ne dua jenis hand bouquet yang akak aku pakai dalam weddingnya… since aku nih anak kedua dalam keluarga & jodoh pun belom lagi sampai2 so, akak aku decide untuk bunga nih dijual..

ni hand bouquet pertama..

a
bouquet nih warna merah dan putih… disebabkan tema kahwin akak aku tu merah dan putih..

ni beberapa close up untuk hand bouquet nih..

091120129749
091120129762
oo ya bouquet nih ada pearl2 supaya nampak lebih berseri…
kos buat bouquet nih termasuk reben dan pearl sekitar rm75++
tapi disebabkan da digunakan aku jualkan rm55.. termasuklah postage..

ni gambar akak aku masa dia gunakan hand bouquet nih..
b
reben hand bouquet nih panjang supaya nampak lebih flowey…
ni pula hand bouquet yang kedua.

091120129754
ok, yang nih lagi best.. warna bunga off white… dihiasi dengan kristal2… sangat cantik dan sesuai untuk semua baju… reben pula warna grey tapi kalau korang mau tukar warna reben pon senang saja…

ni close-up bouquet nih..
091120129758
091120129756
masa buat bouquet nih, kos pembuatannya hampir rm 70++
sama juga dengan bouquet tadi aku akan jualkan rm50 sahaja.. termasuk postage

c
ni masa akak aku pakai hand bouquet nih… cantik kan?

jangan risau aku akan masukkan bouquet ni dalam kotak supaya lebih terjaga dan supaya bunga tidak rosak dalam proses penghantaran..
kedua-dua hand bouquet ni boleh digunakan dalam majlis pertunangan, majlis nikah atau pun majlis sanding…
kalau berminat untuk membeli sila lah kontek aku di no 0138915803
Happy day..
wassalam…