Buat duit sampingan di sini

Friday, January 25, 2013

Guide to Kota Kinabalu 2

assalamualaikum wbt..

guide-to-kk

alhamdulillah… ni post yang kedua pasal guide to kota kinabalu…
kali nih aku akan suggest sebuah restoran di kawasan Alam Mesra… berdekatan dengan UMS!! restoran nih berdekatan dengan Balai Polis dan Bank Islam..

restoran nih sangat santai dan sangat popular dengan menu utamanya iaitu NASI AYAM PENYET!!!

ok, ni lah namanya…
0501201310103

nama macam keindonan kan? memang pon sebab pemilik restoran nih orang Bugis… Arsyid… kenalan mama… dulu dia hanyalah seorang tukang masak tapi cita-citanya ingin membuka kedai makan… dan cita-cita itu tercapai sekarang. tambahan lagi sekaran restorannya da berkembang sehingga ke seberang jalan bagi menampung pelanggan yang ramai.

0501201310100
0501201310101



nilah dia NASI AYAM PENYET!!!
kalau korang order makan menu nih korang akan diberikan ayam goreng dengan sambalnya yang popular dalam pinggan kayu yang dilapiskan dengan daun pisang dan sepinggan nasi putih…

menu nih sambalnya pedas… sambal tu pula diperbuat dengan campuran tomato… menurut Big Papa, pedas memang pedas tapi bila da selesai makan pedas tu akan hilang sendiri… magic*

bagi aku yang tidak dapat makan pedas tentunya aku avoid menu nih… tapi kadang-kadang aku makan juga kalau sambalnya diasingkan dengan ayam goreng itu..

so, masa aku pegi restoran nih aku order Soto Makassar. lupa mau snap gambar tapi sangatlah sedap especially supnya… soto ni dihidangkan dengan mee hoon, hirisan ayam & nasi impit… rasanya ringan dan sesuai untuk orang yang tidak mahu makan banyak..
ok, rasanya tu saja lah review pasal restoran nih… korang jangan lupa singgah makan di sini ya…

wassalam..

4 comments:

Anonymous said...

Bestnya blog. Guide to Kota Kinabalu lagi tu. Sekarang ni tak payah lak nak susah-susah fikir apa yang nak dimakan bila ke Kota Kinabalu.

Selain Sabah, ada tak rasa nak pergi ke kawasan Sarawak lain?

Kalau ada, baru-baru ni I dah cuba guna servis ni. Best bah! Tak rugi...

http://www.facebook.com/MASwings

MiSS Fyda said...

Syukur alhamdulillah... ada juga pembaca segmen picisan aku ni.. ehehhehe

ada juga rasa mau pegi melancong tapi tunggu dulu lah..
ok saya view FB ni ya...

tqvm sebab sudi membaca...

DLSL said...

Wah! one of my fav spot kat KK. Nasi Ayam Penyet nya terbaik di KK. Kalau sebelah malam, penuh ajer.

MiSS Fyda said...

DLSL: eya popular jua kan tempat nih... tu la mesti masuk dalam segmen aku nih... ehheh