Buat duit sampingan di sini

Showing posts with label sweet memory. Show all posts
Showing posts with label sweet memory. Show all posts

Monday, April 22, 2013

seorang lagi da lepas..

assalamualaikum wbt…

heheh ne cerita awal bulan nih…
adik lelaki aku merangkap anak keempat dalam keluarga sudah pun selamat bergraduat…
syukur alhamdulillah..

adik aku nih amik diploma kejuruteraan elektronik…
Tahniah Boy…


6679_568940576460023_1375255523_n
bergambar dengan kakak2 sekalian..



17204_568940439793370_266430346_n
proud parents..



561170_568940766460004_530174078_n
versi jauh sedikit… ehheheh..


masa datang majlis konvokesyennya nih aku pakai peplum dan skirt… percubaan pertama okeh… turned out ok pula… hehehehehhe
seriously bila tengok adik yang konvo aku pula evcited dan gumbira tidak pasal2…

tahun depan da seorang lagi mau graduate nih…
harap2 aku da bergaji & boleh lah belanja makan nanti…
amin..

wassalam..

Saturday, March 9, 2013

Lepas stress ka ni???

assalamualaikum wbt…

kalau korang baca post aku sebelum nih pasal stress dan dilema sebab guru Interim korang mesti faham kenapa aku stress… tapi syukur sebab ada famili yang dapat juga lah mengurangkan stress dan dilema aku nih…

ahhaha dalam 1 hari saja aku makan banyak dan have fun dengan famili aku… dan of course aku dapat juga spend quality time dengan famili..
famili comes first…

kami mulakan hari dengan pegi kenduri kawen saudara di Dewan Pertanian… dapatlah aku meroyan macam mak datin… siap pakai baju kurung baru dan shawl half moon merah… ahahhahhah sempat lagi snap2 gambar… itu wajib!


IMG_0196
witg my lil’ sis, Alyy


IMG_0202

IMG_0204
suasana dalam dewan


IMG_0211
makanan kenduri kawen.. sodapp


IMG_0221
my mom (baju kurung maroon) and my sis (baju kurung peach)..

IMG_0224
IMG_0227
merah pula tema aku.. ehheh


IMG_0263
my sis…


IMG_0273
my parents…


IMG_0301
ha ni la pengantinnya… ramai-ramai amik gambar… tapi ni campur dengan saudara dan kawan my dad


IMG_0305
haa yang ni my sis cakap geng karas… (diaorang ni rapat dari zaman bujang2 lagi)

lepas saja kenduri kawen, kami 1 famili pegi makan2… ada orang belanja.. huhuhuhuhu aku akan buat review terus lah pasal restoran yang kami pegi tuh nanti…

IMG_0311
ni lepas tukar baju…

selesai saja makan2 akak Lynn dan abg ipar aku pula ajak pegi karaoke.. apa lagi terus angguk cepat2… yang tu pon abg ipar yang belanja.. hahahhah

IMG_0319
my sis and bro in law..


IMG_0320

banyak yang perlu dijelaskan dalam gambar ni sebab ni gambar candid.. aku duk di atas meja sebab rabun tidak nampak sari kata karaoke… almaklumlah lupa bawa spek mata… minum sebab tunggu lagu main… ha mic tu pula aku letak gitu sebab takut tergolek jatuh masa aku minum.. sekian..

sekurang2nya tidak juga lah aku terpikir betol dilema yang aku hadapi..

TQVM my famili…

p/s: take good care of ur family… mereka saja la tempat kita ketawa, menangis dan kalau aku bergaduh dan merajuk juga..

wassalam..

Tuesday, January 29, 2013

MissFyda & 25..

assalamualaikum wbt..

“Allah SWT selamatkan kamu.. Allah SWT selamatkan kamu..  Allah SWT selamatkan MissFyda.. Allah SWT selamatkan kamu!!!”


a

yey, syukur alhamdulillah amin amin amin…. hari nih genaplah 25 tahun aku bernafas di bumi Allah SWT yang indah ini..

sesungguhnya bila umur meningkat nih semestinya aku berharap aku akan bertindak lebih matang dan boleh berdikari (@ berdiri di atas kaki sendiri)..
aku tidak tau sama da korang merasa apa yang aku rasakan nih atau ini perasaan aku saja… bila sudah menambah angka di ruangan umur ini aku mula mengenang kembali keadaan diri aku yang dahulunya… semestinya terlalu lah berbeza jika dibandingkan dengan zaman memakai baju sekolah…

ni gambar aku dari tahun 2008 sehingga 2012. 2008 tuh masa aku menjejakkan kaki di Universiti Malaysia Sabah (UMS)..

IMG_0149
2008 (ditengah)


DSC00905
2009


101020102292
2010


DSCN1039
2011 (disebelah kiri)


526714_4887518153329_574792087_n
2012 (disebelah kanan)


1601201310190
2013


aku bersyukur juga sebab Allah SWT mengurniakan kedua ibu bapa yang sangat sporting dan penyanyang.. terima kasih mak sebab sanggup melahirkan dan membesarkan aku…. terima kasih bapa sebab tidak putus2 menasihati dan menggalakkan aku untuk menggengam segulung ijazah..

211020122511211020122515

aku bersyukur Allah SWT masih lagi memberi kesempatan untuk aku merasai dunia dan kehidupan kampus yang dulunya aku tidak menyangka akan dapat juga aku rasai… syukur alhamdulillah bulan 10 yang lalu aku dapat berkonvo dengan jayanya.

syukur juga Allah SWT telah memberi aku seorang kawan dan kekasih yang sentiasa ada di saat2 jatuh dan bangun aku. dia lah kawan dia lah juga tempat meluah masalah… dia lah tempat ketawa dan menangis… dia lah penasihat dan perunding masalah untuk menjadikan aku lebih bijak dalam bertindak… 3 tahun sudah aku lalui bersamanya.. amin amin amin..

1601201310192

aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan… syukur amin amin amin…


ok sekarang aku mau share pula wishlist aku untuk tahun nih…
1. kerja!!- ya la tahun lalu uda konvo so, tahun ni pula menunggu untuk di tempatkan di mana pula. aku harap aku akan ditempatkan di sekolah yang berdekatan dengan umah aku… senang… famili pon senang mau backing.
2. DSLR!!- lama suda kenyit-kenyit mata dengan Mr DSLR… harap2 tahun nih dapat la meminang Mr DSLR nih..

haa, tidak banyak kan… 2 saja wishlist aku.. huhuhu sungguh tidak sabar untuk menjalani kehidupan bekerja. mungkin masa tuh aku akan sibuk dan mungkin juga blog kesayangan ini akan terabai sekali lagi tapi, aku janji aku akan tetap juga berblogging… gambate!!! korang ready2 saja baca leteran aku pasal kerja nanti…

apapun, HAPPY BIRTHDAY to me!!!

amin

wassalam…



Monday, January 28, 2013

pengalaman Latihan Mengajar (LM)

assalamualaikum wbt..

lm

kali ni pula aku mo ceritakan pengalaman aku latihan mengajar yang bermula bulan februari hingga bulan julai 2012.

LM nih salah satu syarat untuk kami diikhtiraf memegang ijazah perguruan. untuk pengetahuan korang kami harus menjalani LM nih dalam masa 12 minggu tidak termasuk cuti semester. sudah lah menjalani LM kami juga diharuskan untuk menyiapkan projek akhir atau tesis atau azab pengajian…
aku bukanlah mau melebih-lebih part tesis tu tapi sesiapa saja lah yang pernah buat akan tahu perasaan dan azab siapkan bendah alah tuh..

ok cukup pasal azab tuh, sekarang aku mau share pasal LM nih… aku Lm bersama dengan MrRite & seorang lagi rakan seperjuangan Pat. kami bertiga nih LM di SMK Tandek, Kota Marudu. sebuah sekolah luar bandar.
semestinya tugas seorang guru adalah untuk mengajar anak muridnya. setiap hari aku akan memerah otak untuk menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) siap dengan bahan bantu mengajar (BBM). RPH dab BBM nih dapat membantu pelajar memahami pengajaran yang aku sampaikan. namun, tugas guru tidak hanya terbatas kepada mengajar. tugas2 pentadbiran juga adalah salah satu tugas tegar seorang guru. tugas-tugas pentadbiran ini sangat lah bertimbun bila tiba musim peperiksaan. menyediakan kertas peperiksaan untuk pelajar dan key in markah untuk pelajar kadang-kadang memeningkan kepala. bayangkanlah semuanya merah beberapa orang saja yang dapat biru atau hitam.

SAM_3628

sungguh bersyukur kerana Cikgu Dex, ketua bidang kemanusiaan sangat supportive dan sporting. dia meletakkan kami bertiga untuk mengajar Tingkatan 4. disebabkan kami mengajar silibus yang sama, senang sedikit lah untuk kami berkongsi bahan dan buat perbincangan. aku mengajar geografi untuk pelajar 4 SN dan sejarah untuk pelajar Tingkatan 4 KM1 dan 4IK1.

SAM_3528

sebahagian daripada pelajar aku.
salah satu pengajaran yang aku dapat masa tuh adalah untuk sentiasa periksa jadual waktu yang baru diterima dengan jadual waktu kelas. sebab apa? masa tuh aku da lupa kelas apa tapi jadual yang diberikan oleh ketua bidang adalah tersilap. biasalah, ketua bidang pun manusia juga. so, lain kali aku akan berhati-hati.

selepas menerima jadual kami pula ditugaskan untuk melibatkan pelajar kami dalam pameran geografi. nasib baiklah masa tuh pelajar aku sudah biasa dengan pameran. diaorang lebih bersemangat untuk buat pameran. siap buat board game lagi…

180420128305

student aku yang semangat buat model untuk geografi
dalam bidang kokurikulum pon kami mesti melibatkan diri. kami ditugaskan untuk membantu dalam acara atau pertandingan dalam sukan… selain tu, kami juga ditugaskan untuk menjadi sentri… sorry aku tidak tahu macamana ejaannya yang pastinya kami perlu berada disekolah semasa pelajar ber-camping. al-maklumlah guru muda tiada tanggungjawab keluarga lagi.

DSC02302
DSC02307

selain tuh, ada jugalah lain-lain aktiviti yang kami akan dipanggil untuk bertugas misalnya, jadi usher, terlibat dalam pengundian PIBG dan macam-macam lagi.

DSC_5379PIBG2012 058

yang ni secara ringkas pengalaman aku menjadi guru pelatih..
bagi aku jadi seorang guru nih bukannya tugas yang mudah. tangunggjawab untuk mendidik pelajar juga salah satu tanggungjawab yang berat. tapi, orang kata tugas guru nih tugas mulia. aku percaya setiap orang yang berjaya di dunia nih sedikit sebanyak dibantu oleh seorang insan yang dipanggil guru.. lagi satu, sekali menjadi guru selamanya orang akan panggil kita guru… lecturer aku kata tugas guru ni menjadikan kita kaya pahala…








apa-apa pun aku harap aku akan jadi seorang guru yang bertanggungjawab… amin..

wassalam.

Tuesday, December 11, 2012

Bestfriend

Assalamualaikum wbt..

Dalam hidup ni mesti akan ada dua atau beberapa orang kawan yang kita rapat dan banyak kongsi cerita.. kawan jenis ini lah yang kita akan percaya untuk simpan secret kita..

aku rasa sangat bertuah sebab dalam hidup aku nih ada beberapa kawan yang aku selalu rindukan dan akan selalu update cerita dengan diaorang-diaorang nih… masa aku di menengah atas aku ada jua kawan yang boleh dipanggil BFF.. lepas tu masa di tingkatan enam pon sama juga…

beberapa ari lepas aku dapat juga lah spend time beberapa minit dengan BFF aku di tingkatan enam… sebenarnya kami jadi BFF pon sebab krisis yang berlaku masa tuh… BFF aku masa tuh ada 4 orang Ales, Mel, Lyd dan Bell…

Ales ni aku tengok seorang yang lembut juga. dia suka benda2 yang sweet2. tapi kalau dia marah boleh jadi kasar juga. apa yang paling aku rindu dia nih clumsy sikit.

Mel pula beautiful girl yang suka main2. apa yang best Mel nih bukan jenis yang simpan dalam hati… kalau pon ada yang buat jahat dengan dia rasanya dia biarkan saja..

Lyd pula sweet and ladylike from the outside.. but, jangan main2 dia nih tough girl juga. Lyd juga suka berterus terang. dia paling pantang kawan yang backstab dia. so, don’t play2 ya.

Bell ni jarang marah. tapi kalau dia marah hohohoh aku pon nda berani masuk campur. dalam kalangan kami Bell yang paling positive thinking… she is innocent and good listener.


heheh tu lah BFF aku masa di tingkatan 6. oo ya tadi kan aku cakap da hang out dengan BFF aku. tapi dapat jumpa Lyd dan Bell saja. Ales bekerja sebab masa kami hang out tu weekdays. Mell pula di KL.

destinasinya SURIA SABAH. newest hypermall di KK. . Bell and Lyd pick me up di umah. then trus pegi Suria Sabah.. windows shopping sekejap then pegi branch di food court. kebetulan pula masa tuh Suria Sabah buzy dengan decoration untuk upcoming Christmas. spending almost 1 hour untuk update cerita kawan2 yang lain. rasanya uda 4 years tidak jumpa Lyd. Bell aku selalu jumpa sebab 1 jurusan di UMS. sempat lagi nih kami pose2..



61303_4887516633291_1674502788_n
Bell, Me & Lyd



6382_4887518233331_209457584_n
With Lyd



526714_4887518153329_574792087_n
With Bell



61422_4887543393960_1783218559_n
hangout is fun!!


hopefully nanti akan ada masa untuk hangout lagi. tapi kalau masa tuh da berkerjaya kita buat di luar KK ya?? huhuuhuh..
see u guys in the next post.. 

wassalam.








Friday, July 8, 2011

Girls night out!!!~~ my way

salam semua...
korang pernah ka buat Girls night out~~~??? mesti pernah kan especially kalau org pompuan... girls night out la, outing la, reunion la... aku pon buat bah.. (kuar slang sabah da..)
tapi aku punya girls night out laen skit sebab aku buat ngan famili.... 

famili aku ada 7 org... 4 pompuan n 3 lelaki... so bila kami buat girls night out of course lelaki x join... kami tidak la bersuka ria sangat cuma jalan2 makan angin n kadang2 singgah di restorang makan.... ada la beberapa restoran sekitar Likas yang jadi fav kami salah satunya Warung Puteri nih... ala yang dekat Servey likas...

bukan apa di Warung Puteri nih servis ok, makanan ok yang penting harga pon ok (triple ok tu...) lagi satu diaorg nih ada WiFi jua tau.. so, jangan lupa pegi ya... ooo ya... aku mo kabarkan ni di Warung puteri nih kalau siang hanya ada ala carte atau nasi campur. sebelah malamnya baru ada special order....
suggestion aku korang try tom yam diaorg... my fav... lagi satu TEH C Special Warung Puteri nih sedappppp


ni lah Warung Puteri


my mom~ ketua... heheheh



my sis



this is me...



my younger sis..


ni masa makanan uda sampai... aku tidak makan sebab uda kenyang....






rasanya tu jak la kot cerita girls night out aku dgn famili... enjoy...

so, korang pon jangan lupa spend time ngan famili ya... 
macam yang aku n famili aku buat... ya la kan kalau da masuk U balik bukannya ada banyak masa utk spend ma famili... 
so, amik masa cuti nih...
chaoo... adios... jumpa next entry...

Saturday, June 4, 2011

Segmen Miss Fyda & Nature vol 1


images-(6)

salam semua…
macam yang aku janjikan, ni vol 1 dalam segmen MISS FYDA & NATURE…. dalam vol ni aku akan ceritakan trip aku & kwan2 pegi Lembah Danum…


bagi korang yang x kenal ngan nama Lembah Danum sila tanya En Google ya…


Lembah Danum ni terletak di Lahad Datu, Sabah… kalau aku x silap jalan menuju ke Kunak… perjalanan trip kami pada hari tuh panjang dan lama juga… kalau x silap lebih sehari la… sebab yang aku ingat, kami bertolak pagi dan sampai di Lembah Danum sudah gelap…


disebabkan trip kali nih di sertai lebih 100 orang (major Sejarah bergabung dengan major Geografi) maka dua buah bas pelancong digunakan dan sebuah van persiaran turut serta. aku dan Mr Rite mengikuti van persiaran bersama-sama 12 orang peserta yang lain termasuklah pengarah trip kami Nasyitah… oleh sebab kami menaiki van, kami lebih cepat sampai di kawasan2 pit stop untuk rehat dan lunch… lagi satu, kami juga ada lebih banyak masa untuk singgah mengambil gambar…(ehheheheheh)..


apa yang seronoknya, aku secara peribadi tidak pernah masuk hutan dan bertentang mata dengan pacat… nervous dan risau semuanya bercampur baur… almaklum lah aku nih gatal telinga mau mendengar cerita pacat dari kawan2 yang ada pengalaman… so, aku pon menggambarkan pacat tuh jahat…


sampai jak di kawasan yang dituju iaitu tengah2 hutan… aku terkejut sebab facilities yang mereka sediakan disana boleh tahan… kami menginap di hostel dan ada juga yang tinggal di shallet yang berdekatan…elektrik disediakan sehingga jam 12 tghmalam saja… tapi di hostel tuh ada sebanyak lebih 20 katil double… tandas juga ada disediakan dengan shower sekali… ada juga bilik sembahyang untuk kemudahan pengunjung. perkhidmatan kafe atau restoran juga ada tetapi makanan disana adalah mahal jika dibandingkan luar kawasan tersebut… maybe disebabkan dalam hutan


seingat aku pagi esoknya hujan trus aku gelisah sebab pacat nih suka kuar lepas hujan… macam pesta la… sebelum kami masuk hutan, kami diberikan taklimat tentang Lembah Danum termasuklah macamana mau elak pacat… ha… ni yang buat aku gerun nih… siap dia tunjukkan lagi pacat tuh… dalam slaid jak…
pastuh kami pon meredah hutan… mang best sebab ada jambatan gantung, sungai dan macam2… kami bergerak dalam kumpulan2 tapi masih lagi melalui laluan yang sama… kalau x silap perjalanan kami tuh sejauh 4km menuju ke air terjun… hahaha yang lucunya… kebanyakan antara kami first time masuk hutan so, masuk jak hutan sudah kedengaran jeritan bersambung2… ehehheeh


macam2 yang aku lalui masa dalam hutan nih dan yang paling penting dapat juga jumpa pacat…. eeeeeuuuuuu menggelikan… ni lah orang yang x pernah masuk hutan nih…. lepas saja kami kuar dari hutan ramai yang mengadu digigit pacat… heheheh biasa la tuh… tapi aku tak digigit… tidak sempat…  esoknya kami pon balik…. ada lagi yang best nih… kami sempat tengok gajah…. yey!!!! live tau….
panjangnya aku melalut nih…. ha sekarang time tengok gambar…..






188813_208125422536248_100000163749998_906733_7894842_n
199210_208129252535865_100000163749998_906776_7546378_n


Transport kami masa tuh



Sempat kami pose di simpang jalan sementara menunggu rakan2 lain..
196044_208126259202831_100000163749998_906742_4542331_n
196505_208124055869718_100000163749998_906720_5723099_n
197931_208126792536111_100000163749998_906746_7903265_n
198432_208128795869244_100000163749998_906773_3447329_n



ni pula pose sebelum masuk hutan… nervousss
188869_208127845869339_100000163749998_906768_3064614_n
190684_208135079201949_100000163749998_906847_3104315_n
197800_208130949202362_100000163749998_906791_2265784_n
199581_208133659202091_100000163749998_906827_2366106_n
200690_208130145869109_100000163749998_906782_5745501_n







ni pula gambar masa da sampai destinasi dalam hutan..
188218_208135879201869_100000163749998_906860_3970072_n
188320_208135679201889_100000163749998_906859_6589037_n
188343_208132029202254_100000163749998_906803_6103745_n
190778_208131802535610_100000163749998_906801_7988494_n



ha ni gambar sebelum dan semasa dalam perjalanan balik….
188377_208137635868360_100000163749998_906882_5107331_n
189366_208136975868426_100000163749998_906875_4089103_n
198973_208141215868002_100000163749998_906916_1378039_n
199003_208142149201242_100000163749998_906925_1689943_n
200568_208140875868036_100000163749998_906914_405780_n



ni antara beberapa gambar yang sempat aku snap sekitar kawasan Lembah Danum
189777_208134692535321_100000163749998_906843_4907919_n (1)
196676_208138585868265_100000163749998_906895_4114882_n
198072_208134809201976_100000163749998_906844_7351285_n
200428_208137819201675_100000163749998_906884_2963354_n


tu la dia laporan lengkap aku pasal Lembah Danum yang menarik dan cantik….
sesangat terima kasih sebab sudi dan sabar membaca…
ehhehehe