Buat duit sampingan di sini

Friday, June 17, 2011

Tips Fieldwork


salam smua... sapa yang tidak pernah pegi fieldwork atau org cakap kerja lapangan? sila angkat tangan... ehhehhe.... bagi yang pernah no hal la... tapi, bagi yang 1st timer???  do not worry... aku akan berikan beberapa tips untuk korang considerkan bila mau pegi fieldwork... 

sebelum korang pegi fieldwork tuh...

1. pastikan korang da confirmkan tarikh fieldwork tu... kalau bole cek kalender lagi.. bukan apa ni memudahkan korang plan bila mau cuci kain atau sediakan barangan untuk dibawa.

2. pastikan korang tahu perjalanan fieldwork. pastikan korang faham dan tahu perjalanan fieldwork misalnya berapa malam bermalam, di mana bermalam dan sebagainya.

3. check kalau korang da terlibat dalam jawatankuasa atau memegang jawatan yang berkaitan dalam fieldwork yang akan dilakukan. hal ini kerana biasanya trip fieldwork terdapat jawatankuasa yang ditubuhkan.

4. yang paling penting pastikan korang tahu bayaran yang dikenakan untuk menanggung perbelanjaan semasa fieldwork tuh. jangan pula korang lupa bayar sebab ini akan menyusahkan bendahari atau pensyarah atau guru korang.

5. korang packing baju ikut keperluan. tidak payah bawa baju berlebihan sebab ini akan menyusahkan korang angkat bagasi nanti. 

6. pastikan korang bawa selimut atau sweater kalau kawasan fieldwork tuh sejuk.

7. jangan lupa bawa peralatan tandas dalam kadar yang minima. bawa ubat gg dan sabun yang kecil untuk jimatkan ruang. 

8. gulungkan baju dan pakaian yang anda bawa. ini mampu menjimatkan ruang beg anda.

9. sebaiknya korang bawa begpack macam mau daki gunung untuk mudahkan korang angkat beg nanti. 

10. bawa sedia sebotol besar air mineral untuk diri korang. biasanya jika fieldwork di dalam hutan air adalah sangat penting untuk elakkan korang hidrasi. 

11. bawa jua sedikit makanan ringan misalnya biskut dan keropok. beli asam2 kalau korang mabuk jalan. 

12. sentiasa membawa lampu picit. lampu ini berguna semasa kecemasan. bawa juga ubat2 lain seperti ubat sapuan misalnya minyak angin.

okey, rasanya tu je lah sedikit tips yang aku amalkan kalau pergi ke fieldwork. kalau korang ada tips lain jangan lupa komen entri ini...

selamat fieldwork!!!

No comments: