Buat duit sampingan di sini

Saturday, June 4, 2011

Tips Elak Pacat

salam semua… ha nih antara tips yang aku mau share ngan korang semua. terutamanya yang mau pegi fieldwork dalam hutan.. nih berdasarkan pengalaman aku yang da jumpa Mr Pacat nih…
renung3kan dan amalkan..




1. pakai stokin yang panjang hingga para betis atau paling baik sampai paras lutut… ni untuk elak pacat cepat naik ke kaki korang.


2. pakai baju lengan panjang yang tidak longgar. baju yang longgar memudahkan pacat naik ke badan.


3. sebelum masuk hutan, rendamkan stokin kaki dan baju yang ingin di pakai dalam air rendaman tembakau dan biarkan semalaman kemudian keringkan. ini mungkin x selesa sedikit sebab kain akan berbau tembakau.


3. pakai kasut yang bertutup. jangan sekali-kali korang pakai yang ada lubang atau tidak bertutup. kasut mestilah tidak terlalu longgar juga untuk elak pacat memasuki kasut.


4. kalau memakai stokin pilih stokin yang tebal atau pakai dua lapis. pacat nih x mudah putus asa. dia akan cuba juga masuk stokin korang.


5. jangan melanggar semua tumbuhan masa korang dalam hutan. jika ada denai, korang ikut jak denai tuh sebab pacat nih suka sembunyi bawah kelopak daun.


6. kalau korang pakai tudung, masukkan tudung dalam baju yang dipakai.


7. cuba pakai pakaian termasuk stokin yang berwarna terang sebab pacat berwarna sedikit gelap dan ini memudahkan untuk kesan pacat yang naik.


8. sepanjang jalan dalam hutan sentiasa belek2 atau lihat kasut korang sebab kebanyakan pacat naik dari kaki.


9. jangan berhenti di sesebuah kawasan statik lama dan jangan sembarang duduk dalam hutan ini bagi peluang kepada pacat untuk naik kaki korang.


10. sentiasa bawa garam, minyak kayu putih dan minyak kapak. bahan2 nih korang bole tabur pada pacat untuk dia melepaskan kaki korang kalau pacat tuh naik dan da melekat menikmati darah korang.


11. bawa juga pen atau ranting untuk bantu korang tanggalkan pacat yang naik badan korang… especially yang geli akan benda2 mengensot macam pacat..


12. minta kawan belakang korang untuk sentiasa tengok2kan belakang kaki dan belakang badan korang kalau ada pacat yang cuba naik badan korang. kalau ada kawan lelaki lagi ok sebab mereka nih jarang geli macam pompuan.


tu jak la rasanya tips yang boleh di-sharekan.. kalau da amalkan tips nih tapi masih ragu2 korang redha jak la… lecturer aku cakap pacat nih pengukur samada hutan tuh da tercemar atau x. kalau x pacat maknanya hutan tuh da tercemar…
so, tq Mr Pacat…

3 comments:

luvYOU said...

wahhh..tatau pulak minyak kapak pon boleh redakan gigitan.. selama nih bawak garam pastuh tumpah dlm beg mmg sadis :(.. hoho.

tq fyda..i folo :)

MiSS Fyda said...

luvYOU: ahhahah... minyak kapak tu macam racun tuk pacat... trus mati... ehehhe

Afasz said...

tq for the tips.....