Buat duit sampingan di sini

Sunday, July 10, 2011

pahit mungkin adalah lebih baik~~~

assalamualaikum...
ha... di malam yang bahagia nih aku mo share masakan sayur yang aku sesangat la suka....
apakah sayur itu?????? jeng3 


sayur itu adalah sayur....


 PERIA~~~~~~~ haa??? mengapakah MissFyda suka sayur yang pahit itu??????? sedapkah sayur itu??? tapi, mengapakah mesti peria??? bukan peria tuh pahit????


saya paham banyak yang x suka peria sebab pahit dan langsung x sedap...... TETAPI, tahukah korang yang PERIA itu sangat berkhasiat??????


Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus.


pastu, korang tau ke yang 

peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.
Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potang peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk
Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.
Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.



kalau korang mau tahu lebih lanjut klik saja sini... laman ni banyak cerita tentang tumbuh-tumbuhan tau...






ok... sekarang mari aku tunjukkan macamana aku masak sayur peria nih...


apa yang mesti ada ialah 


1. Sayur Peria.. yang nih aku da siap2 potong n buangkan biji di tengah tu...





2. bawang secukupnya... aku suka gunakan bawang merah n putih dihiris2


3. telur ayam. ikut suka la mau letak 2 biji pon bole. tapi aku pakai sebiji saja.




4. sos tiram secukupnya..



bahan2 yang lain mesti jua ada misalnya garam n ajinamoto, minyak masak sedikit saja, dan kuali serta sudip....


1. untuk masak mula2 korang tumis sekejap bawang dengan minyak yang sedikit saja... tumis sampai bau kuar tau....



2. masukkan sayur peria dan gaulkan sehingga rata. lepas tu korang biarkan seketika dalam 4-5 minit.





3. lepas korang agak2 peria tuh da lembut, korang masukkan air sedikit dan biarkan air mendidih..


4. lepas tu korang tambahkan sos tiram.... kemudian gaul2 hingga rata...


5. last sekali masukkan telur... lepas tuh gaul2 lagi... gaul hingga telur hancur dan masak...


6. bila sayur da agak2 macam dalam gambar nih... korang tambahkan perisa dengan tambah garam  dan ajinamoto. pastu matikan api dan salin sayur ke dalam mangkuk atau pinggan... 


SIAPPP...

sila lah cuba.... rasa pahit hanya sdikit sebab uda ada sos tiran... mang sedoppp...

ingat ya kawan2 mungkin kadang2 pahit tu adalah baik untuk kita....





3 comments:

cikdil said...

dil suka giler mkn peria..rasa dia pahit, tp pahit yg sedappp..kan2..

MiSS Fyda said...

eya betol tu cik Dil... ehheheh so, korang yang lain rajin2 la makan peria ya... =)

.::: Princess MOMOY :::. said...

nak kurangkan pahit peria rendam dalam air garam lepas potong dear