Buat duit sampingan di sini

Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Saturday, April 27, 2013

#SEGMEN SEKEJAP BY AMIRAH AZMAN

Assalamualaikum wbt...

yey!! aku dapat undangan buat segmen... 
setelah lama menyepi akhirnya aku decide untuk sertai segmen dari gadis manis misteri Amirah Azman...

yang bestnya segmen nih unik sebab dilakukan dalam masa 5 ari saja..
beberapa minit lagi segmen nih akan habis... 
ok ne bannernya




wassalam

SYARAT-SYARAT:
  1. FOLLLOW blog mira dan SUBCRIBE facebook mira
  2. Buat entry bertajuk "#SEGMEN SEKEJAP BY AMIRAH AZMAN"
  3. Tampal banner diatas dan backlinkkan ke sini sahaja.
  4. Dah siap..hantarkan link penyertaan di kotak komen SAHAJA!!
 HADIAH:
  •  1x DOODLE (mengikut permintaan)
  •  4x tapak iklan (seminggu)
  •  5x bloglist  (sebulan)
  •  3x review

PEMILIHAN:
- secara RANDOM

TAMAT TEPAT JAM 10.00 malam 27/4

aku taip super fast sebab mau join segmen nih...
apa2 pon doakan aku dapat doodle tuh ya...
amin

Friday, April 19, 2013

Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan 2

assalamualaikum wbt…
 
syukur alhamdulillah kemarin aku selamat juga melalui temuduga terbesar dalam hidup.. ya la kan mau jadi cikgu mesti lalu temuduga nih…
 
meh la aku ceritakan pengalaman aku nih..
kemarin jam 6.30 pagi sudah terpacak di lobi menara BSN.. bukan di bahagian depan tu ya. ni bahagian belakang. depan tu bank BSN..
lepas tuh naik ke tingkat 3 macam yang diberitahu. mula sekali datang terus ke meja urusetia untuk tandatangan kehadiran dalam sekeping kertas yang suda tertera nama. pastuh tunggu urusetia panggil untuk semak dokumen. selesai saja semak dokumen urusetia beritahu no bilik temuduga dan kumpulan.
 
“cikgu dalam kumpulan 1 di bilik temuduga 2”
 
nah kau, group pertama. okeh trus duduk cari kawan 1 kumpulan. syukurlah semuanya coursemate yang dikenali..
 
pastuh nampak akak urusetia tuh masuk bilik temuduga 2 hantar fail dan dokumen kami… teruslah kami sekumpulan berdiri depan pintu. hahha masa nih sempat lagi aku pinjam blazer dengan kawan yang kumpulan lain.
 
masuk saja kami terus letak buku rancangan mengajar kami di meja panel penemuduga. panel kami seorang lelaki dan seorang perempuan. dengar kata panel lelaki tuh timbalan pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendididkan dan panel perempuan pula ketua bahagian sejarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah…
 
mula2 sekali perkenalkan diri masing2…
 3 benda saja yang panel mahu nama, institusi pengajian dan opsyen.
 
ni pula soalan2nya
1. apa peranan dan elemen RPH.
2. apakah pendekatan yang anda gunakan untuk menarik minat pelajar yang proaktif.
3. apa jadual waktu persendirian, jadual waktu induk dan jadual waktu kelas.
4. apa itu bilik guru.
5. apa buku yang tertulis senarai nama pelajar setiap kelas.
6. bandar utama bagi setiap negeri
7. kenapa guru sekarang lebih ramai adalah perempuan?
 
ha rasanya tu saja lah tapi kalau ada lagi aku lupa sudah..
syukur kami semua yang temuduga hari tuh dapat penemuduga yang baik dan sporting.
yang aku ingat kedua-dua penemuduga tu cakap
 
“bagus-bagus.. semua boleh dijawab.. ne semangat guru-guru muda nih..”
“dah boleh kamu nih jadi cikgu.. jaga kesihatan.. jaga lutut sebab nanti mengajar kena naik tangga kadang kala sampai tingkat 4”
 
harap-harap kami kami semua lulus temuduga nih dan dipostingkan segera… amin…
nama pon blogger kan sempat lagi lah snap2… huhuhu lupa pula snap 1 kumpulan… sedih…
 
2013-04-18 14.14.55
menara BSN ni cantik pula dari jauh
 
FxCam_1366259495387
pintu masuk SPP
 
2013-04-18 09.38.45
dengan Will kawan 1 course juga
 
2013-04-18 09.39.13
dengan Epy sama juga kawan 1 course
 
2013-04-18 10.03.02
nervous diaorang nih
 
2013-04-18 11.45.19
penemuduga yang sporting
 
2013-04-18 11.02.55
sempat bergambar dengan MrRite.. weee tunggu MrRite masuk interviu… apa tidak, nama huruf Z…
 
alhamdulillah semuanya baik-baik belaka…
sekarang tinggal tunggu saja..
kalau sudah rezeki tidak akan ke mana…
 
wassalam…

Thursday, April 11, 2013

The 2nd Giveaway by Farah Arina

assalamualaikum wbt...
hari nih buka blog ada pula undangan untuk join GA dari rakan blogger 

imprezaawie...
ni blognya yang mention nama aku...

Just a passing thru person..





sebenarnya berkurun suda lamanya aku menyepi dari GA atau sebarang kontest...
akibat di mention, aku pon join la GA nih...


cara join:

1. Buat entry bertajuk 'The 2nd Giveaway by Farah Arina' dan tempekkan banner + backlinkkan.
2. Tag 2 orang blogger dan pastikan diorang tahu, k.
3. Follow/like semua sponsor.

itu saja... senang!!!

sekarang aku mau tag..

CyQin
Aly

join jangan x join... 
nanti rugi...

wassalam..




Tuesday, February 5, 2013

DIY ringtone untuk HP..

assalamualaikum wbt…

hai korang..

okay ni sindrom kerajinan melanda diri.. hahha

dalam post nih aku akan share ngan korang macamana DIY ringtone untuk hp korang..
untuk tujuan itu aku akan gunakan software Nero StartSmart.. software nih sudah siap sedia ada dalam lappy aku..

DIY nih membolehkan korang memotong lagu yang korang suka jadi lebih pendek khas untuk dijadikan ringtone. tidak kiralah korang mau guna intro, chorus atau ending dalam sesebuah lagu itu…

ok, jom kita mulakan…


1. double click untuk buka software Nero StartSmart. korang akan melihat paparan macam ini. kemudian korang click Nero Wave Editor(macam yang aku sudah bulatkan).

nero 1


2. korang akan nampak paparan yang macam gambar di bawah. sekarang pergi ke fail (macam anak panah yang aku tunjukkan) dan click Open.

nero 2


3. paparan seperti yang dibawah akan korang nampak. sekarang sila pilih lagu yang korang mau jadikan ringtone.

nero3


4. lepas tuh korang akan nampak macam wave seperti gambar dibawah. sekarang fokus pada butang2 yang aku bulatkan siap dengan anak panah tuh… dalam bulatan tuh ada butang Play Section, Play All, Looped Playback, Pause, Stop dan Record.

biasanya aku akan gunakan Play Section, Pause dan Stop saja. butang2 nih sangat berguna bila korang mau detact di bahagian mana korang mau potong lagu tuh sebab masa korang tekan butang Play All ada jalur yang akan melalui wave lagu tuh sampailah lagu habis. tapi bila korang sudah potong lagu, Play Section pula akan mainkan lagu setakat mana yang korang sudah potong..

nero4


5. ok sekarang aku akan tunjukkan korang macamana mau potong lagu. sila rujuk gambar di bawah.

jika bahagian lagu yang korang mau tu adalah dibahagian intro cara memotongnya lebih mudah. pergi ke bahagian terakhir wave lagu (rujuk anak panah no 1) click dan jangan lepaskan. drag atau tarik ke bahagian kiri (rujuk anak panah no 2) sampailah ke bahagian yang korang mau. kalau bahagian lagu yang korang mau tu di bahagian ending lagu sila buat seperti langkah diatas tetapi bermula di bahagian depan wave. kalau pula bahagian itu berada di tengah atau corus, sila buat pemotongan mula di bahagian hadapan dan belakang wave.

korang akan nampak wave tu seperti di-highlight. bahagian highlight itu lah yang akan kita potong. bila sudah sampai bahagian yang korang mau lepaskan click. sekarang click butang Stop (tengok no 3). lepas tuh click simbol gunting untuk cut lagu itu (tengok no 4). wave akan menjadi lebih pendek berbanding sebelumnya.

sekarang click pula butang Play Section atau Play All. ha yang korang dengar itulah lagu ringtone korang.

nero5


6. sekarang kita save ringtone tu… pergi ke fail semula (tengok no 1) dan click Save As. jangan click Save sebab ringtone mestilah disimpan menggunakan nama yang berbeza untuk mengelak lagu asal itu menjadi pendek. sila periksa dulu nama dan lokasi yang korang mau save ringtone tu. bagus kalau korang letak dalam folder baru supaya lebih senang untuk dicari.

nero6

ok, sekarang pindahkan ringtone tuh ke dalam hp korang..

TADA!!! siap… sekarang korang sudah ada ringtone yang baru….

p/s: aku tidak tahu kalau korang faham juga DIY nih tapi aku sudah cuba sedaya upaya untuk buat korang faham. kalau korang ada masalah mau ikut DIY nih sila lah komen aku dibawah post nih… aku akan bantu korang… heheheh

hopefully korang cuba untuk ikut DIY nih ya…

wassalam..

Sunday, January 13, 2013

Reunion setelah 6-7 tahun tidak berjumpa..

assalamualaikum wbt..

5 hb januari lalu secara tidak dirancang aku berjumpa dengan kawan2 zaman sekolah menengah… setelah 6 atau 7 tahun tidak berjumpa… huhuhu tinggal 3 atau 4 tahun da 10 tahun tidak jumpa… uiyoooo…

reunion ne terjadi sebab bestfriend Ramlah yang bertugas di kudat sebagai engineer turun ke Kota Kinabalu untuk shopping… hahhahh langkah kanan bila dia baru bergaji…
so sorry Ram, aku nih belom pun posting so kalau dibelanja sungguh la cepat aku turun.. hahhahah.

kami berempat nih sebenarnya uda kenal dan jadi kawan masa Tingkatan 1 lagi.. lama sudah kan… sekitar tahun 2001 tuh… so, almost 11 tahun kenal…
kalau dengan diaorg nih aku akan jadi diri sendiri.. cakap apa saja sebab uda lama kenal…
mari aku kenalkan dengan korang…


0501201310111
ni Alfera, cute masi kan… uda ada 3 princess nih…


0501201310113
ni pula Mardiah… da berkahwin… sedang mengandung 9 minggu… tahun ne bakal menjadi ibu..

yang dua tuh da berumah tangga.. ni pula golongan yang bujang..

0501201310112
ha ni lah Ramlah, boss of the day..

0501201310114
ni pula aku… orange n hot pink.. hahha fashion disaster la aku ni..

lama juga lah kami makan.. siap Alfera share lagi ilmu keibuan dengan Mardiah yang bakal menjadi ibu… aku & Ramlah pula mendengar dan mencelah2.

kalau jumpa lagi next time dan aku da bekerja aku mau juga belanja diaorang nih makan… heheh doakan aku dipostingkan awal ya…
amin…

Rindu la mau keluar2 lagi macam nih…

wassalam..

Tuesday, December 11, 2012

Bestfriend

Assalamualaikum wbt..

Dalam hidup ni mesti akan ada dua atau beberapa orang kawan yang kita rapat dan banyak kongsi cerita.. kawan jenis ini lah yang kita akan percaya untuk simpan secret kita..

aku rasa sangat bertuah sebab dalam hidup aku nih ada beberapa kawan yang aku selalu rindukan dan akan selalu update cerita dengan diaorang-diaorang nih… masa aku di menengah atas aku ada jua kawan yang boleh dipanggil BFF.. lepas tu masa di tingkatan enam pon sama juga…

beberapa ari lepas aku dapat juga lah spend time beberapa minit dengan BFF aku di tingkatan enam… sebenarnya kami jadi BFF pon sebab krisis yang berlaku masa tuh… BFF aku masa tuh ada 4 orang Ales, Mel, Lyd dan Bell…

Ales ni aku tengok seorang yang lembut juga. dia suka benda2 yang sweet2. tapi kalau dia marah boleh jadi kasar juga. apa yang paling aku rindu dia nih clumsy sikit.

Mel pula beautiful girl yang suka main2. apa yang best Mel nih bukan jenis yang simpan dalam hati… kalau pon ada yang buat jahat dengan dia rasanya dia biarkan saja..

Lyd pula sweet and ladylike from the outside.. but, jangan main2 dia nih tough girl juga. Lyd juga suka berterus terang. dia paling pantang kawan yang backstab dia. so, don’t play2 ya.

Bell ni jarang marah. tapi kalau dia marah hohohoh aku pon nda berani masuk campur. dalam kalangan kami Bell yang paling positive thinking… she is innocent and good listener.


heheh tu lah BFF aku masa di tingkatan 6. oo ya tadi kan aku cakap da hang out dengan BFF aku. tapi dapat jumpa Lyd dan Bell saja. Ales bekerja sebab masa kami hang out tu weekdays. Mell pula di KL.

destinasinya SURIA SABAH. newest hypermall di KK. . Bell and Lyd pick me up di umah. then trus pegi Suria Sabah.. windows shopping sekejap then pegi branch di food court. kebetulan pula masa tuh Suria Sabah buzy dengan decoration untuk upcoming Christmas. spending almost 1 hour untuk update cerita kawan2 yang lain. rasanya uda 4 years tidak jumpa Lyd. Bell aku selalu jumpa sebab 1 jurusan di UMS. sempat lagi nih kami pose2..



61303_4887516633291_1674502788_n
Bell, Me & Lyd



6382_4887518233331_209457584_n
With Lyd



526714_4887518153329_574792087_n
With Bell



61422_4887543393960_1783218559_n
hangout is fun!!


hopefully nanti akan ada masa untuk hangout lagi. tapi kalau masa tuh da berkerjaya kita buat di luar KK ya?? huhuuhuh..
see u guys in the next post.. 

wassalam.








Wednesday, August 10, 2011

Harimau Malaya...

assalamualaikum....


hari nih aku jejalan kejap jenguk blog kawan2 trus terjumpa blog Bro FiD... huhuhu ada button Harimau Malaya la... so, Bro saya amik ya....


kalau korang mo button ni, p jak blog bro FiD 
bro nih minat bola tau... jenguk2 la bro ni ya kawan2....


aku tgk sejak pencapaian TEAM MALAYSIA ni meningkat, ramai da yang tanpa segan silu memakai jersey TEAM MALAYSIA...






aku pun harap nanti aku dapat beli jersey TEAM MALAYSIA...
 


dan 






GO GO GO TEAM MALAYSIA!!!!!

Tuesday, August 2, 2011

Saya Menang!!!!!

assalamualaikum….
ni update yang pending….
pertama sekali aku mo minta maaf kepada penganjur kontest iaitu Cik Reiko… bukan apa aku nih lambat buat entry pasal kemenangan yang aku dapat….
beberapa bulan lalu aku ada join contest Bersama Laptop Tersayang… ehheheh aku ingat lagi masa aku mo join tu kami baru balik dari Semporna bercuti…. terus aku amik gambar ngan lappy dengan gunakan hp sahaja ok…
kalau korang mau tgk entry contest aku tuh KLIK SINI..


TQ very2 much CikReiko…. Kalau ada contest jemput2 la ye… saya akan join….
KLIK SINI untuk tgk pengumuman pemenang dari Cik Reiko...

Friday, July 22, 2011

Giveaway from Moscow by Miszlullaby

assalamualaikum semua....




2 3 hari nih aku rajin mo join kontest dan GA... ni lagi satu kontest dan GA yang aku join...


sebenarnya beberapa bulan yang lalu aku selalu jenguk blog ML nih tapi bila laptop dah di format aku x ingat URL ML nih... bukan apa ML nih rajin bagi resepi dan tutorial dalam blognya... kalau korang mau join atau view blog ML nih klik SINI 


dengar kata ML nih ada da balik Malaysia... Tahniah abis blaja da ML.....


hadiahnya ialah.....


"hadiah yang BEST dari Moscow dan SESUAI untuk kaum perempuan dan lelaki. Benda ni memang boleh dapat dari Moscow je lah!" ~ML


TARIKH TUTUP: MAYBE 30/8/2011 




saya TAG
EVA
DYNDA
ALYNAH
CIK NAD
SAIDA

Thursday, July 21, 2011

Giveaway: Saye suke shopping online!

image

Assalamualaikum semua…..
ni aku mo join GA dr Butikpinkku ni…
beberapa hari yang lalu aku search rambang je kayword pink sampailah erjumpa dgn butikpinkku….


apa lagi, aku pon mata rambang la… apa yang aku teruja sesangat sampai lebih 3- 4 jam servey butikpinkku nih inner neck custom made yang best… warna pon ada pelbagai… Insyallah aku akan jd pelanggan butikpinkku nanti…


lagi satu, sekarang nih ada GA dianjurkan oleh butik pinkku nih… banyak tau hadiah yang pemilik butikpinkku nih sediakan untuk GA nih… siap ada penaja lagi tau…. korang x percaya???? korang baca entry nih sampai habis…


disebabkan aku sangat teruja dengan inner neck dan GA yang dianjurkan, aku pon pakat2 dgn adik aku Alynah utk join GA nih… 2 malam kami plan macamana mau join GA nih dgn sekreatif mungkin….


akhirnya, kami pon decide mo join… kami pon ada melukis2 untuk join GA nih….


meh tengok entry GA kami dulu ya… entry kami nih simple saja… kami cuma bagitau sebab utama kami suka shopping online…



1a
ni kami siap buatkan banner lagi….



2
1. kami nih malas bersesak-sesak… lagi2 bila dekat2 raya, christmas atau tahun baru cina… boleh jadi pening dalam kedai yang dikerumuni oleh orang….



1
2. mudah, senang dan menjimatkan… jimat apa? tenaga untuk melangkahkan kaki meronda semua kedai, jimat masa, paham2 la kalau pompuan nih mesti servey sepuas hati baru beli… jimat apa lagi? makeup… x payah susah2 makeup… dan jimat segala-galanya…. x paya meredah panas atau hujan… duduk depan komputer atau laptop dibawah kipas angin pon bole shopping…



5
3. banyak benda free dan promosi… kalau online ada yang buy 1 free 1, ada yang free postage, ada yang promosi raya, aidiladha… macam2 lagi…



3
4. yang nih lagi best… bila shopping online kita boleh custom made… contohnya T-shirt kita bole design dan beli, barang kemas macam DSK Jewelery, handbag custom made…  barang3 custom made ni unik tau x sama dgn orang lain…



4
5. ni pon penting… kalau shopping online kita lebih up to date… lebih mengikuti fashion terkini… misalnya, shawl anting2, skirt gipsi, seluar hareem dan jaket ruffled…. lagi pon kalau barangan atau trend terbaru internet adalah lebih cepat tersebar.



haa… tu la top 5 sebab kami nih suka la sangat shopping online….

kalau korang mo join GA nih korang KLIK SINI untuk syarat dan info lanjut….
untuk bagi semangat korang berkobar0kobar join GA nih ha… ni antara hadiah yang disediakan


1st:
Shawl by butikpinkku
Inner by butikpinkku
Kain Pasang Sulam by Butik MyRania
Gipsy Anna Style Retro Sling Bag by Bifa's Collection
Lovely Clutch by Islamio Paradise
MAC Gloss Glam by Styleholic Chick
Eyeliner, Pencil Brush by LovelyOne Shop
Accessories by Midfashion Shop
Brooch bunga by Nurwiyah Collection


ni bukan satu2nya hadiah yang disediakan… ada lagi hadiah yang lain….
15 orang akan dipilih untuk jadi pemenang… lumayan kan??? so, apa lagi join la ramai2… x rugi pon…


tarikh tutup x. akan diumumkan bila2 masa saja..

kami TAG
Adynda
CikNad
CikSaida




ha ni pula penaja GA nih…
image
Shawls & Inners by butikpinkku
ni la penaja hadiah yang utama aka penganjur



image
Kaen Pasang by Butik MyRania



image
Baby apparel & Cosmetics by LovelyOne Shop



image
Tudung Denim by Mazniza Othman's Shop



image
Lens dan Handbag by Bifa's Collection



image







Lovely Clutch by Islamio Paradise



image
MAC Cosmetics by Styleholic Chick



image



image
Pin Comel by Kitty Shawl



image
Accessories by Midfashion Shop



image
Accessories by NURWIYAH COLLECTION






fuhhh… banyakkan penaja GA nih…. aku rasa ni lah entry untuk contest atau GA terpanjang aku pernah buat… harap2 terpilih untuk salah satu hadiah tu.. kalau dapat no 1 laaaagi bestttt,,,,


gudluck everybody!!!!






Sunday, July 10, 2011

GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE

assalamualaikum....
aku join GA nih!!!!




Syarat-syarat penyertaan

  • Buat entry bertajuk GiveAway cik Dil : Kami nak banner flash dan doodle FREE dan link kan ke blog dil di SINI
  • Copy Banner GA dan letakkan dalam entry tersebut
  • Follow blog ini *untuk pastikan korang terima update pasal GA ni tapi tiada paksaan
  • Tag 2 orang rakan blogger yang lain
  • Dan copy kan url entry tersebut dan letakkan dibahagian komen entry ini


 hadiah
 1 Banner Blog Flash 130x130 + 1 Doodle Free untuk 5 pemenang bertuah
*Banner blog yer..bukan header..ramai yang da konfius..^^



GA ini akan bermula pada 2/7/2011 sehingga 31/7/2011


aku tag:
ABG Hero
Zul