Tuesday, April 9, 2013
Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) 2
Saturday, February 23, 2013
Temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
Saturday, June 4, 2011
Segmen Miss Fyda & Nature vol 1
macam yang aku janjikan, ni vol 1 dalam segmen MISS FYDA & NATURE…. dalam vol ni aku akan ceritakan trip aku & kwan2 pegi Lembah Danum…
bagi korang yang x kenal ngan nama Lembah Danum sila tanya En Google ya…
Lembah Danum ni terletak di Lahad Datu, Sabah… kalau aku x silap jalan menuju ke Kunak… perjalanan trip kami pada hari tuh panjang dan lama juga… kalau x silap lebih sehari la… sebab yang aku ingat, kami bertolak pagi dan sampai di Lembah Danum sudah gelap…
disebabkan trip kali nih di sertai lebih 100 orang (major Sejarah bergabung dengan major Geografi) maka dua buah bas pelancong digunakan dan sebuah van persiaran turut serta. aku dan Mr Rite mengikuti van persiaran bersama-sama 12 orang peserta yang lain termasuklah pengarah trip kami Nasyitah… oleh sebab kami menaiki van, kami lebih cepat sampai di kawasan2 pit stop untuk rehat dan lunch… lagi satu, kami juga ada lebih banyak masa untuk singgah mengambil gambar…(ehheheheheh)..
apa yang seronoknya, aku secara peribadi tidak pernah masuk hutan dan bertentang mata dengan pacat… nervous dan risau semuanya bercampur baur… almaklum lah aku nih gatal telinga mau mendengar cerita pacat dari kawan2 yang ada pengalaman… so, aku pon menggambarkan pacat tuh jahat…
sampai jak di kawasan yang dituju iaitu tengah2 hutan… aku terkejut sebab facilities yang mereka sediakan disana boleh tahan… kami menginap di hostel dan ada juga yang tinggal di shallet yang berdekatan…elektrik disediakan sehingga jam 12 tghmalam saja… tapi di hostel tuh ada sebanyak lebih 20 katil double… tandas juga ada disediakan dengan shower sekali… ada juga bilik sembahyang untuk kemudahan pengunjung. perkhidmatan kafe atau restoran juga ada tetapi makanan disana adalah mahal jika dibandingkan luar kawasan tersebut… maybe disebabkan dalam hutan
seingat aku pagi esoknya hujan trus aku gelisah sebab pacat nih suka kuar lepas hujan… macam pesta la… sebelum kami masuk hutan, kami diberikan taklimat tentang Lembah Danum termasuklah macamana mau elak pacat… ha… ni yang buat aku gerun nih… siap dia tunjukkan lagi pacat tuh… dalam slaid jak…
pastuh kami pon meredah hutan… mang best sebab ada jambatan gantung, sungai dan macam2… kami bergerak dalam kumpulan2 tapi masih lagi melalui laluan yang sama… kalau x silap perjalanan kami tuh sejauh 4km menuju ke air terjun… hahaha yang lucunya… kebanyakan antara kami first time masuk hutan so, masuk jak hutan sudah kedengaran jeritan bersambung2… ehehheeh
macam2 yang aku lalui masa dalam hutan nih dan yang paling penting dapat juga jumpa pacat…. eeeeeuuuuuu menggelikan… ni lah orang yang x pernah masuk hutan nih…. lepas saja kami kuar dari hutan ramai yang mengadu digigit pacat… heheheh biasa la tuh… tapi aku tak digigit… tidak sempat… esoknya kami pon balik…. ada lagi yang best nih… kami sempat tengok gajah…. yey!!!! live tau….
panjangnya aku melalut nih…. ha sekarang time tengok gambar…..
sesangat terima kasih sebab sudi dan sabar membaca…
ehhehehe
Thursday, May 19, 2011
a BIG S.O.R.R.Y guys...
salam all....
huhuhuhuhuhu.... (T.T) I MISSH U GUYS... (opp cakap english pla)
mula2 aku mnta maaf ya.... hampir 3 bulan aku tnggalkan blog... bukan apa dalam 3 bulan tu aku buzy bebetol... sebab pa? aku da 2 fieldwork dalam 3 bulan tuh... pas tu assigmen pla berlambak... huhuhuhu... sungguh mencabar stamina n mindaku ini... banyak yang berlaku dalam 3 bulan tuh...
ish3.... nanti aku cita ma korang ya... huhuhuhu
sekarang neh tengah holiday pla... misi kemas umah pla mendatang... jadi, sibuk jua la aku n famili kemas2 rumah...especially untuk raya nanti... heheheh
pa yang penting aku akan cuba usahakan agar blog aku nih hidup semula ya.....
MAAF ya....
Sunday, February 20, 2011
Hari ke-gilaan yang melanda
hehehe... aku nih agak malang hari khamis lepas... aku cadang mau turun awal pergi ke library cari bahan untuk tutorial pada petang hari yang sama... sudah aku dan MrRite berjanji turun jam 10 pagi... sekali aku tgk barisan bas...
fuuuuuyyyyyoooooooo!!!!!!!
lebih kurang ada 100 org yang berbaris... ya ampun matai oo...
akhirnya kami terpaksa la extend turun hingga lepas zohor... sudah la aku pakai make up... basi tros.... tapi, bagi mengubat hati, aku buat fotoshoot sendiri2... ehheheh
ok lah... silakan muntah wahai rakan2ku....
p/s: saya gunakan pallete 120 eyeshadows nie...
Tuesday, February 8, 2011
Blog aku ada malware!!!!
huhuhu da dapat punca napa blog aku lidut(bahasa sabah: lambat) btol buka... rupanya ada malware nih... huhuhuhu.... luckily, ada yang bagitau aku... huhuhuhu Tq ar nanakimie....
pas jak aku tau blog aku kena malware, terus aku search google macamana mau selamatkan blog aku nih.... time tuh aku pikir kalaulah x dapat diselamatkan nescaya meraung sampai ke pagi la jawabnya...
bila uda bukak beberapa blog (nda ingat ooo sapa blogger2 tuh... jap cari balik..), aku trus ikut la nasihat diaorg nih.... TQ so much....
sekarang nih... blog uda pulih sediakala... next time aku akan berhati2 meletakkan apa saja dalam blog aku nih....
kalau blog korang ada masalah sama rujuk blogger2 ni...
Teratak Usang
Lagenda Mahsuri
sungguh bersyukur dapat selesaikan hal blog nih..
Sunday, February 6, 2011
100 Bloggers Diperlukan

2. Pasang widget blogwalking di blog korang. Kod boleh diambil di sini. Sila jangan edit kod'nya
3. Submit permalink post di ruangan komen entri Yiedpozi nih.... SINI
Sumber: 100 Bloggers Diperlukan | Yiedpozi [Dot] Info
Tuesday, December 21, 2010
APA SEBENARNYA BlogLarian????
2) Pergi ke tajuk entry/post (cth: Senarai Blog 1,senarai blog 3...) kemudian pergi ke butang 'pamer blog' , klick mouse belah kanan-->klick open in new TAB --> windows baru akan dibuka pada tab yg baru
Sumber:
Furdunesia@nline
Monday, December 20, 2010
BLOGLarian
Saturday, December 18, 2010
My dad~ my HERO
Apa korang panggil bapa korang??? Appa, dad, daddy, father, ayah, abi atau bapa atau papa???? Aku panggil bapa aku BAPA…. Heheheheh
Entry kali nih sal lelaki yang terawal muncul dalam hidup aku yang bergelar anak… bapa aku dipanggil Razak… nama sebenar ABDUL RAZAK Hj JABARHAN… (walaupon dia selalu cakap nama bapa nya JABAKHAN, ala2 Shah Rukh Khan n Salman Khan.. hehehe)
Okay… bapa aku nih sporting tau…. Dia sangat2 pentingkan pelajaran anak2 dia… dulu dia ada jua menjejekkan kaki ke U tapi tidak berjaya bawa pulang diploma..(masa tuh UITM KK)… salah satu sebab nya dia uda beristeri n ada anak2… kira part time la dia sekolah dulu.. jadi, dia sangat2 berharap anak2 dia semuanya berpendidikan… akak aku pla uda berjaya bagi bapa aku nih segulung ijazah… aku, n adik2 aku alyy n fae masih g belajar… anak bongsu dia pla baru abis SPM…
Sekarang nih bapa aku n akak aku, Lyn yang bertungkus lumus biayai kami 3 org di IPTA n adik bongsu kami, Joe-G.. bapa aku nih kira update jua tau…. Dia cepat tangkap kalau belajar sesuatu… dulu masa handphone baru jak kuar bapa aku uda panda isms tau… ehhehhe yang latest dia uda pandai facebook…(caya la ko pa… ehheheh)… tag gambar, upload gambar, komen smua dia tau uda siap tkar2 profile pic lagi… (huhuhuhu)
Apa yang sinonim dgn bapa aku nih ialaj Nescafe~~~… ok aku tau banyak yang cakap necsafe x baik untuk kesihatan tapi bila aku tengok bapa aku dia ok jak pon… huhuhu… siap menjadi minuman ruji dia da Nescafe tuh… siang n malam…. Alhamdulillah sihat jak pon bapa aku…
To my bapa… tqvm sebab jaga aku sepanjang aku hidup… sediakan makan n pakai aku sebagai salah seorang anakmu… bagi aku keselamatan lebih2 lagi aku ni anak perempuan… aku jamji berusaha mendapatkan ijazah yang kau mahukan tu… doakan kejayaan kami anak2mu…. J




TQVM 4 Reading!!!
Monday, December 13, 2010
UMS OUTREACH Vol.1
Salam all… heheh lama x upload story sama korang kan? Macam yang aku mention dalam post aku sblm nie aku sebenarnya p program yang dianjurkan melalui subjek ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN. Actually, kami diberi pilihan samada join program atau siapkan proposal kajian kami secara individu. Bagi menjimatkan masa dan tenaga aku pon join la program. Majority daripada kami semuanya join program…
Enough with the intro…program tuh mula 4-8 dis 2010… sekarang aku terangkan mana sebenarnya tempat kami buat program nie…. Daerah keningau dekat2 Pensiangan. Daerah kecil Pegalungan…. Btol ka???(aku pon kompius)… tapi yang pasti ada 3 buah kawasan yang berbeza kami lawati… iaitu KG SALAROM TAKA, KG BABALITAN n KG LOGONGON. Rombongan kami tuh hampir 150 orang(banyak kan??? Aku tapi dalam anggaran aku gtu lah… )
Masuk pada cita aku nih…. Aku bawa kamera Cuma sebuah n bateri 2 ketul… rechargeable ok… sekali ngan charger dia aku bawa…. Tapi disebabkan masyarakat yang kami pegi nih menggunakan generator so kira pointless la aku bawa charger bateri tuh… so pic aku pon x seimbang banyaknya… okay aku da rekod jua maybe tu lah yang banyak makan bateri kamera aku…
Lokasi pertama kami ialah Kg Salarom Taka. Yang best sal kg nih, kami sampai jak uda terhidang kuih muih n kopi panas… bayangkanlah bertolak dari UMS pagi sampainya petang hampir maghrib… bila dapat kuih muih yang kebanyakannya dari ubi kayu n kopi panas macam syurga seketika… penat perjalanan pon x terasa.(TQ Salarom Taka!!!) Salarom Taka nie kira kampung yang banyak membangun walaupon terletak di tengah2 hutan. Masyarakat yang mendiami kampung ni kebanyakannya adalah masyarakat MURUT. Kami dibagi tau Kg ni jua ada balairaya baru… kami menginap di Salarom Taka ni 1 malam jak… group aku, CHAPTER 2 tidur di rumah guru bersama2 CHAPTER 3.
Lagi satu yang best di Salarom Taka ni kawasannya yang cantik n sejuk jak… lepas jak kami bangun pagi kuar saja dari umah guru kabus tebal betoll… macam di peranginan seja… (heheheheh) ada jua kami buat photoshoot (aisehman..) di sekitar kawasan kami tidur tu…..
Okay2 aku tau uda macam assigmen uda post aku nih… tapi x pa korang jangan la bosan tgk2 la pic kami yang sempat aku snap nih….






