Buat duit sampingan di sini

Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, March 22, 2013

DIY Egg White Mask

assalamualaikum wbt..

aku nih bukanlah jenis yang girly girl tapi sekali sekala tu mestilah juga buat mask supaya kulit muka sihat selalu..

kalau mau buat mask di salon2 kecantikan tuh ongkosnya haruslah ada… jadi semenjak menjadi penganggur nih aku lebih suka buat facial mask homemade… jimat tau..

kalau buat homemade mask ni lebih effektif sebab aku tidak guna bahan2 kimia… hanya bahan semula jadi yang korang boleh jumpa di dapur umah korang…

kali ni aku buat mask muka gunakan putih telur… apakah kebaikannya? mask nih sangat baik untuk kecilkan pori muri muka korang. lagi satu mask ni juga boleh bagi kita facelift dan tegangkan kulit muka… insyaAllah…

bahan2 yang diperlukan
~ telur ayam

TQ MrGoogle..


cara membuat mask
pisahkan putih telur dengan kuning telur… pukul putih telur sampailah berbuh sedikit… 
amik sudu besar dan amik putih telur tersebut…
 gunakan jari yang bersih dan ratakan pada muka… 
pastikan korang suda cuci muka terlebih dahulu..

kalau aku dua senduk besar uda cukup untuk cover entire face… jangan sapu di bahagian mata ya…

0903201310382
tunggu face mask kering..

biarkan mask dalam masa 20-30 minit atau sehinggalah korang rasa putih telur semakin kering…

lepastuh bolehlah di bilas dengan air dan pat dry kan muka korang…
 jangan lupa sapukan moisturizer untuk lock kelembapan…

0903201310392

lepas saja buat mask ni korang sure akan rasa kulit muka lebih halus dan gebu… tapi mesti selalu buat tau… sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 minggu sekali…

banyak kan lebihan putih telur tu? apa mau buat?? 
kalau aku aku campurkan balik kuning telur tu dengan putih telur dan pukul macam mau dadar telur.. masukkan bawang besar yang dihiris dan sedikit air masak. jangan lupa masukkan ajinomoto dan sedikit garam.

lepas tuh aku stimkan telur tuh…

jadilah telur stim Korea.. yey2…

makan tengah malam pon no problem sebab telur distim dan tidak digoreng..

0903201310394
Korean Steam Egg

konklusinya kita akan dapat kulit cantik dan makan telur stim Korea..

Cubalah…

wassalam…

Wednesday, March 20, 2013

How to Clean Makeup Brushes

assalamualaikum wbt semua..

hari nih aku baik hati mau share macamana mau bersihkan berus makeup korang…

sebenarnya di pasaran ada banyak produk yang korang boleh beli dan terus pakai untuk bersihkan berus makeup korang… tapi aku lebih prefer untuk pakai apa makeup guru ajarkan…

apa yang korang perlukan:
1. pencuci piring… (aku pakai sunlight saja)
2. Extra Vergin Olive Oil atau orang cakap EVOO. (aku pakai brand Cesar)

1003201310402

ha dua bahan tu saja yang utama…

mari kita mula..
picitkan sunlight lebih kurang 3 sudu besar kedalam pinggan yang bersih.. tambahkan 2-3 sudu besar  EVOO dalam pinggan yang sama… campurkan sedikit air…

amik berus makeup korang.. aku syorkan amik yang besar dulu pastu guna berus tuh untuk campurkan EVOO dan sunlight yang sudah ada dalam pinggan..

bila berus sudah basah dengan campuran EVOO dan sunlight putar2 kan berus pada tapak tangan korang… masa nih korang akan nampak kotoran mulai keluar dari berus makeup korang…

selesai dengan berus tuh letak berus berkenaan dalam mangkuk yang lain…

lepas tuh korang ulang saja proses tu dengan berus yang lain pula….

bila sudah selesai, korang buka paip air dan amik berus satu persatu… jangan rendam berus korang… alirkan saja air di bahagian berus…

jangan basahkan pemegang berus dan jangan tegakkan berus sehingga bahagian berus beada di atas… kalau korang buat juga air akan mengalir sampai ke bahagian gam berus dan akan menyebabkan berus mulai tercabut dari pemegang…

bila sudah membilas berus letakkan berus dalam keadaan condong sedikit… senang saja… lipat kain lepas tu susun saja berus diatas kain dengan bahagian berusnya berkeadaan di bawah daripada pemegangnya..
tengok macam yang aku buat nih… aku letak tisu dibahagian berus untuk menyerap lebihan air dari berus berkenaan…


1003201310404

1003201310405

1003201310406

aku biarkan berus selama 2 hari supaya betul2 kering…

kalau korang beli berus dengan aku, aku ada selitkan 1 cd yang mengandungi video tutorial dari makeup guru yang ajarkan cara untuk cuci berus makeup… selain tu ada juga video tutorial pakai makeup..
so, belilah berus makeup dari aku ya.. ehhheheh

kalau korang mau beli berus dari aku klik SINI..

heheheh sempat lagi promote sekejap kan??
anyway have a nice day..

wassalam

Sunday, December 23, 2012

cucur nasi dari leftover nasi.

Assalamualaikum wbt..

korang ada nasi leftover??? biasala tu.. aku pon semenjak bermastautin di rumah aku dapati memang akan ada nasi yang leftover.

nasi leftover ni bukannya satu kesalahan.. biasalah kalau masak kadang2 akan terlebih. apa yang penting jangan buang nasi tuh. mama aku biasanya akan stimkan semula nasi atau pon goreng saja jadilah nasi goreng.

tapi, bosanlah balik2 nasi goreng.. so, aku pon tanya lah Mr.Google.. jumpa lah satu resepi yang boleh ubah nasi leftover jadi cucur..
macamana???

ok, bahan2 utama yang korang mesti ada:

IMG_20120928_115230
nasi leftover (aku hancurkan macam mau buat nasi goreng),


IMG_20120930_201848
udang kering (aku guna harga rm1),


IMG_20120928_115235
bawang besar (dipotong dadu),


IMG_20120930_205228
baking powder (1-2 sudu makan),


IMG_20120930_201925
tepung gandum (lebih kurang 4 cawan @ ikut kesesuaian),


perasa: ajinomoto & garam, sedikit air & minyak untuk menggoreng.

yang ni bahan2 asas sebenarnya korang boleh juga tambah bahan lain spt daun bawang atau udang..

cara membuatnya:

1. campurkan nasi, bawang besar, udang kering dan sedikit air kedalam blander@ pengisar. kisarkan campuran tadi sampailah jadi macam paste atau makanan bayi.
IMG_20120930_202534
IMG_20120928_120706


2. masukkan paste tadi kedalam bekas yang besar. kemudian masukkan baking powder dan tepung gamdum secara perlahan-lahan. tambahkan perasa mengikut kesesuaian. sebatikan campuran tadi sampailah menjadi likat @ mama aku cakap sampai adunan dapat dijatuhkan dengan baik ke dalam minyak nanti. kalau adunan terlalu cair tambahkan tepung dan kalau terlalu pekat masukkan sedikit air
IMG_20120928_122646


3. bila da puas hati dengan adunan tadi bolehlah masukkan bahan2 tambahan lain misalnya daun bawang yang sudah dihiris2.
IMG_20120930_204057


4. panaskan minyak & bolehlah praktis2 untuk jatuhkan adunan dalam minyak. bila minyak da panas kecilkan sedikit api dan bolehlah mula menggoreng cucur tadi.
IMG_20120930_205615
IMG_20120928_124047


5. bila cucur suda kelihatan golden brown bolehlah diangkat.
IMG_20120928_124039


aku memang suka cucur yang segumpal2 begini. senang dimasukkan dalam mulut.. hehehehe. oo ya cucur ni sangat sedap dimakan dengan sos atau paling best dengan sambal tumis.. huhuhu

nilah hasilnya TADA!!

IMG_20120928_151514
nih dengan sos cili..



IMG_20120930_212136
ni pula dengan sambal tumis..



cucur nih aku suka makan masa petang2 dan awal pagi…
tengahari pun ok juga…

ok lah, selamat mencuba dan jangan sia2 kan leftover nasi korang…

wassalam..














Friday, June 17, 2011

Tips Fieldwork


salam smua... sapa yang tidak pernah pegi fieldwork atau org cakap kerja lapangan? sila angkat tangan... ehhehhe.... bagi yang pernah no hal la... tapi, bagi yang 1st timer???  do not worry... aku akan berikan beberapa tips untuk korang considerkan bila mau pegi fieldwork... 

sebelum korang pegi fieldwork tuh...

1. pastikan korang da confirmkan tarikh fieldwork tu... kalau bole cek kalender lagi.. bukan apa ni memudahkan korang plan bila mau cuci kain atau sediakan barangan untuk dibawa.

2. pastikan korang tahu perjalanan fieldwork. pastikan korang faham dan tahu perjalanan fieldwork misalnya berapa malam bermalam, di mana bermalam dan sebagainya.

3. check kalau korang da terlibat dalam jawatankuasa atau memegang jawatan yang berkaitan dalam fieldwork yang akan dilakukan. hal ini kerana biasanya trip fieldwork terdapat jawatankuasa yang ditubuhkan.

4. yang paling penting pastikan korang tahu bayaran yang dikenakan untuk menanggung perbelanjaan semasa fieldwork tuh. jangan pula korang lupa bayar sebab ini akan menyusahkan bendahari atau pensyarah atau guru korang.

5. korang packing baju ikut keperluan. tidak payah bawa baju berlebihan sebab ini akan menyusahkan korang angkat bagasi nanti. 

6. pastikan korang bawa selimut atau sweater kalau kawasan fieldwork tuh sejuk.

7. jangan lupa bawa peralatan tandas dalam kadar yang minima. bawa ubat gg dan sabun yang kecil untuk jimatkan ruang. 

8. gulungkan baju dan pakaian yang anda bawa. ini mampu menjimatkan ruang beg anda.

9. sebaiknya korang bawa begpack macam mau daki gunung untuk mudahkan korang angkat beg nanti. 

10. bawa sedia sebotol besar air mineral untuk diri korang. biasanya jika fieldwork di dalam hutan air adalah sangat penting untuk elakkan korang hidrasi. 

11. bawa jua sedikit makanan ringan misalnya biskut dan keropok. beli asam2 kalau korang mabuk jalan. 

12. sentiasa membawa lampu picit. lampu ini berguna semasa kecemasan. bawa juga ubat2 lain seperti ubat sapuan misalnya minyak angin.

okey, rasanya tu je lah sedikit tips yang aku amalkan kalau pergi ke fieldwork. kalau korang ada tips lain jangan lupa komen entri ini...

selamat fieldwork!!!

Saturday, June 4, 2011

Tips Elak Pacat

salam semua… ha nih antara tips yang aku mau share ngan korang semua. terutamanya yang mau pegi fieldwork dalam hutan.. nih berdasarkan pengalaman aku yang da jumpa Mr Pacat nih…
renung3kan dan amalkan..




1. pakai stokin yang panjang hingga para betis atau paling baik sampai paras lutut… ni untuk elak pacat cepat naik ke kaki korang.


2. pakai baju lengan panjang yang tidak longgar. baju yang longgar memudahkan pacat naik ke badan.


3. sebelum masuk hutan, rendamkan stokin kaki dan baju yang ingin di pakai dalam air rendaman tembakau dan biarkan semalaman kemudian keringkan. ini mungkin x selesa sedikit sebab kain akan berbau tembakau.


3. pakai kasut yang bertutup. jangan sekali-kali korang pakai yang ada lubang atau tidak bertutup. kasut mestilah tidak terlalu longgar juga untuk elak pacat memasuki kasut.


4. kalau memakai stokin pilih stokin yang tebal atau pakai dua lapis. pacat nih x mudah putus asa. dia akan cuba juga masuk stokin korang.


5. jangan melanggar semua tumbuhan masa korang dalam hutan. jika ada denai, korang ikut jak denai tuh sebab pacat nih suka sembunyi bawah kelopak daun.


6. kalau korang pakai tudung, masukkan tudung dalam baju yang dipakai.


7. cuba pakai pakaian termasuk stokin yang berwarna terang sebab pacat berwarna sedikit gelap dan ini memudahkan untuk kesan pacat yang naik.


8. sepanjang jalan dalam hutan sentiasa belek2 atau lihat kasut korang sebab kebanyakan pacat naik dari kaki.


9. jangan berhenti di sesebuah kawasan statik lama dan jangan sembarang duduk dalam hutan ini bagi peluang kepada pacat untuk naik kaki korang.


10. sentiasa bawa garam, minyak kayu putih dan minyak kapak. bahan2 nih korang bole tabur pada pacat untuk dia melepaskan kaki korang kalau pacat tuh naik dan da melekat menikmati darah korang.


11. bawa juga pen atau ranting untuk bantu korang tanggalkan pacat yang naik badan korang… especially yang geli akan benda2 mengensot macam pacat..


12. minta kawan belakang korang untuk sentiasa tengok2kan belakang kaki dan belakang badan korang kalau ada pacat yang cuba naik badan korang. kalau ada kawan lelaki lagi ok sebab mereka nih jarang geli macam pompuan.


tu jak la rasanya tips yang boleh di-sharekan.. kalau da amalkan tips nih tapi masih ragu2 korang redha jak la… lecturer aku cakap pacat nih pengukur samada hutan tuh da tercemar atau x. kalau x pacat maknanya hutan tuh da tercemar…
so, tq Mr Pacat…

Tuesday, February 8, 2011

Blog aku ada malware!!!!

salam all... 




huhuhu da dapat punca napa blog aku lidut(bahasa sabah: lambat) btol buka... rupanya ada malware nih... huhuhuhu.... luckily, ada yang bagitau aku... huhuhuhu Tq ar nanakimie....
 pas jak aku tau blog aku kena malware, terus aku search google macamana mau selamatkan blog aku nih.... time tuh aku pikir kalaulah x dapat diselamatkan nescaya meraung sampai ke pagi la jawabnya...


bila uda bukak beberapa blog (nda ingat ooo sapa blogger2 tuh... jap cari balik..), aku trus ikut la nasihat diaorg nih.... TQ so much....


sekarang nih... blog uda pulih sediakala... next time aku akan berhati2 meletakkan apa saja dalam blog aku nih....


kalau blog korang ada masalah sama rujuk blogger2 ni...
Teratak Usang
Lagenda Mahsuri

sungguh bersyukur dapat selesaikan hal blog nih..

Monday, February 7, 2011

Trafik ngan Kozumiro...

salam all... 
ha... aku nih dapat bantuan dari Kozumiro.... 


tengok nih....









6 hb tuh aku hit 100 visitor.... susa tu mau dapat mcm tuh lagi2 skrg nih kuliah mula da... jadi buzy layan lecturer n assigment la jawabnya...


kalau korang mau join Kozumiro nih klik jak bawah ni

:
  
Budak Nakal Blogspot


gudluck ya




TQVM Kozumiro atau budak nakal...



Sunday, February 6, 2011

How to join heartbeat?

salam all...
korang perasan ka aku da join Heartbeat... beberapa ari lalu nampak blogger yang post sal HBAffiliate nih... so, ari nih aku join la...  baru aku tau heartbeat nih apa... diaorg nih menyediakan perkhidmatan buat gift tau ada macam2 gift korang boleh tempah ngan diaorg nih... yang specialnya korang boleh custom made tau guna nama ngan pict korang sekaligus....


ni antara barangan yang korang boleh tempah dari heartbeat






huh, aku rasa aku pon mau tempah ngan diaorg nih someday... aku cadang mau buat couple tshirt la... dengar kata kualiti T-shirt diaorg nih best tau... nah, apa lagi... join jangan x join... kalau mo join agak keliru skit (ketara la kan aku pon sesat tadi... uhuhuhuhuhu)


ok aku bagi tau secara briefly jak la ar.... 
mula2 korang p www.heartbeat.my
pastu korang cari box macam dibawah nih dgn scroll down page heartbeat tuh...... pastuh klik "Click here for details"


klik utk enlarge ya



lepas da klik di atas page tuh korang akan nampak macam d bwah nih....



korang create account la....pastuh isikan detail yang diperlukan...
bila uda ok korang klik jak continue... pastuh akan jumpa macam dibawah ni...



slpas tuh korang jumpa macam nih


pas tuh macam biasa lah... register... isi detail yg diperlukan...
then, SIAP!!!

korang akan dapat page macam nih



macamana pla korang dapat earnings??? ni ha...


Korang jangan lupa letak banner di blog tau... dapatkan kod iklan macam gambar dibawah nih...



pastuh pandai2 la letak di mana...

tu jak la... jangan lupa klik banner Heartbeat aku ar...
TQVM...








Friday, February 4, 2011

Cara check berat blog korang

salam all... 
selama aku berblogging nih aku asyik jak tambah script dalam blog kesyangan aku nih... so, aku rasa ni lah masa terbaik untuk aku timbang dan ukur berat blog nih.... kalau korang perasan banyak da kan pimp aku laksanakan dalam blog nih.... 


mula2....



pastu...







antara yang terbaru aku bt sebab uda belajar guna adobe photoshop cs4...



so, berapakah berat blog nih??????
walaupun aku tau ramai da tau cara menimbang blog nih aku bagi tips jua la.... khasnya utk blogger baru....


jeng jeng jeng...





ok la tue... org cakap kalau 200KB kebawah bagus... 
so, blog aku nih hampir2 la kan??? lebih 1.19KB jak...

kalau korang mau cek blog korang berat atau x korang p SINI jak...

p/s: kalau korang mau copy tips nih korang kreaditkan ngan aku ya...
(nyatakan yang korang amik tips nih dari aku...)

selamat menimbang!!!!