Buat duit sampingan di sini

Tuesday, December 18, 2012

Lelaki mengelilingi Bunga…

assalamualaikum wbt…

sedang semua member 1 course aku sibuk membelek2 nota temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan aku pula sibuk explore hard disk adik aku yang berlambak dengan movie, drama & variety show… selongkar sana, selongkar sini jumpa lah drama korea BOYS OVER FLOWER… mesti banyak yang tau juga drama nih kan… kalau tidak silap drama nih ditayangkan masa 2009 lalu…

dalam seumur hidup aku ni lah cerita yang mampu buat aku berjaga sepanjang malam semata-mata mau tengok sampai habis… sebelum2 ni cerita Vampire Diaries pernah jua buat aku bersengkang mata tapi tidaklah sampai langsung tidak tidur… bayangkan aku start buka pawagam dari jam 10.30 malam sampailah jam 9.00 pagi besoknya… almost 11 hour tu… huhuhuhu nama pon marathon drama…

ok aku rasa nda payah la mau bagi sinopsis cerita dia kan.. aku cuma bagi pandangan aku tentang drama nih… bagi aku la kan drama ni banyak pengajaran dan teladan. apa yang aku nampak drama nih sarat dengan konflik, persahabatan, pengorbanan dan semestinya lah kasih sayang…
apa yang aku rasa menonjol dalam drama ni nilai persahabatan… walau pun Jun Pyo sebenarnya suka buat perkara sesuka hati dia ada 3 orang kawan yang selalu akan menolong dan support dia… Jan Di pon sama juga… Jan Di akan ada Ga Eul yang selalu nasihatkan dan tolong dia…

drama nih agak romantik juga… banyak yang drama nih tunjukkan pengajaran kalau bercinta… drama ni tunjukkan bahawa perempuan nih suka pada benda2 yang nampak simple atau remeh dimata lelaki… aku sendiri pon sama. aku rasa paling touching bila Jun Pyo sanggup belajar berenang semata-mata untuk menyelamatkan Jan Di.. Jun Pyo tidak sanggup tengok lelaki lain yang menyelamatkan Jan Di..

klimaks cerita nih aku rasa masa Jun Pyo almost kahwin dengan perempuan lain gara-gara arahan emaknya… masa nih Jan Di tunjukkan bahawa dia percaya pada takdir dia dan Jun Pyo.. salute jua dengan Jan Di bila dia sendiri yang suruh Jun Pyo untuk ke dewan perkahwinan. moralnya, kalau ada jodoh tidak akan ke mana.

banyak lagi rasanya yang dapat dipelajari dari drama nih… cuma itu lah banyak juga scene2 yang agak daring untuk kanak2… so aku cuma akan syorkan drama nih dengan golongan yang berumur 18 tahun ke atas…
ni lah watak2 dalam drama nih…


snap6
Gu Jun Pyo


snap7
Geum Jan Di


snap3
Yoon Ji Hoo


snap2
Soo Yi Jung


snap4
Song Woo Bin


snap8

Ga Eul




kiut2 kan pelakon korea nih… rasanya nih bonus lah untuk rating drama nih… oo ya bila tengok drama nih ingat pula drama Meteor Garden masa sekolah menengah dulu… rupanya nih cerita yang almost sama dengan Meteor Garden cuma yang ini versi korea.. apa2 pon drama nih best untuk dilayan tengah2 malam..

sapa2 yang da tengok tuh sila lah komen ya… sekarang nih sibuk pula mau online cari sound track drama nih.. ehehhehhe… aku mesti stop membebel pasal drama nih.. kalau tidak alamatnya nda la aku nih study untuk temuduga tu… macamana mau jadi cikgu nih?? heheheheh

wassalam..

No comments: