Buat duit sampingan di sini

Tuesday, June 28, 2011

Elianto

salam semua… kali nih aku mo share ngan korang makeup aku dari Elianto. bagi korang yang x tahu Elianto nih apa meh aku bagi intro sedikit.
Elianto nih kalau x silap maksudnya bunga matahari. dalam bahasa apa? lupa pla aku… (apalah.. tu pon lupa ka? short memori btol MsFyda neh)… yang pastinya brand nih dari korea tau… yang mengujakan pasal brand Elianto nih ialah produknya yang menarik, murah n packaging yang cantik…


sebenarnya aku bukanlah ada banyak sangat produk Elianto nih tapi adalah juga beberapa. yang aku paling suka beli single eyeshadow. eyeshadow nih dalam bentuk bulat tapi kotaknya empatsegi… sangat2 kiut bila dikumpul…
ni antara koleksi single eyeshadow aku..






240520114923
memandangkan aku bukanya ada banyak eyeshadow nih maka aku simpan dalam kotak gift nih saja..


240520114925
haa ni lah eyeshadow aku… cuma ada 10 je… bukan apa.. sekarang nih aku bukannya kerja ni pon dapat beli sebab kumpul duit sikit2…
ni pla warna2nya…


240520114931
240520114932
240520114935
240520114938
240520114939
240520114940
240520114942
240520114943
240520114945
240520114947





okey… done with eyeshadow kita pegi pla eyeshadow stick nih… eyeshadow stick nih baru jak aku beli… baru berjinak2 pakai la kiranya… buat masa nih aku beli warna merah yang dinamakan AMBER RED… korang jangan panik ya warna ni bila korang apply tidak segarang yang korang nampak di gambar bawah nih… so jangan risau ya….



240520114948
240520114949


walau pun nampak sangat garang warna merah tu tapi bila korang apply dan combine ngan color lain akan nampak sangat sweet..





ok sekarang masuk pla ke bahagian bibir. aku ada beberapa produk dari Elianto…
240520114952
ni namanya Sweet Kisses Lip Gloss..
lip gloss ni ada sedikit warna gold… bila kena pakai warnanya sweet saja…

240520114955
ni pla, Sunscreen Lipgloss SPF 15
warna yang aku beli adalah chocolate
lip gloss ni lindungi bibir aku dari kering oleh matahari..


240520114956
ni juga lipgloss namanya, Nourishing Fruit Juice Lip Gloss no 04.
lip gloss ni sangat fresh dan korang boleh hidu bau buah-buahan bila korang apply lipgloss nih…


ok selain eyeshadow n lipgloss, aku juga gunakan eyeshadow primer dan concealer dari Elianto..
240520114953
ni Eye Primer 01.
eye primer nih penting untuk membantu eyeshadow korang stay lebih lama… kalau cuaca panas korang mesti pakai eye primer atau eye base untuk mengekalkan eyeshadow korang…


240520114954
ni pula concealer yang aku pakai no 01 Medium..
penting korang pakai concealer untuk menutup cela atau pun dark circle bawah mata… kalau student macam aku nih concealer adalah sangat penting…
apa penting bila korang apply concealer di bahagian bawah mata ialah untuk dab kan jari manis korang. jangan gunakan jari yang lain sebab jari yang lain lebih kasar… blend concealer perlahan2…




okey la… rasanya tu sajalah yang aku mau kongsikan ngan korang… nanti kalau ada masa aku akan share pula brand lain yang aku ada ya… so, kalau korang berminat ngan produk Elianto nih korang p la kedai2 diaorang ya… setahu aku Elianto nih da banyak cawangan di seluruh negara…
jumpa lagi next entry…

Friday, June 17, 2011

Tips Fieldwork


salam smua... sapa yang tidak pernah pegi fieldwork atau org cakap kerja lapangan? sila angkat tangan... ehhehhe.... bagi yang pernah no hal la... tapi, bagi yang 1st timer???  do not worry... aku akan berikan beberapa tips untuk korang considerkan bila mau pegi fieldwork... 

sebelum korang pegi fieldwork tuh...

1. pastikan korang da confirmkan tarikh fieldwork tu... kalau bole cek kalender lagi.. bukan apa ni memudahkan korang plan bila mau cuci kain atau sediakan barangan untuk dibawa.

2. pastikan korang tahu perjalanan fieldwork. pastikan korang faham dan tahu perjalanan fieldwork misalnya berapa malam bermalam, di mana bermalam dan sebagainya.

3. check kalau korang da terlibat dalam jawatankuasa atau memegang jawatan yang berkaitan dalam fieldwork yang akan dilakukan. hal ini kerana biasanya trip fieldwork terdapat jawatankuasa yang ditubuhkan.

4. yang paling penting pastikan korang tahu bayaran yang dikenakan untuk menanggung perbelanjaan semasa fieldwork tuh. jangan pula korang lupa bayar sebab ini akan menyusahkan bendahari atau pensyarah atau guru korang.

5. korang packing baju ikut keperluan. tidak payah bawa baju berlebihan sebab ini akan menyusahkan korang angkat bagasi nanti. 

6. pastikan korang bawa selimut atau sweater kalau kawasan fieldwork tuh sejuk.

7. jangan lupa bawa peralatan tandas dalam kadar yang minima. bawa ubat gg dan sabun yang kecil untuk jimatkan ruang. 

8. gulungkan baju dan pakaian yang anda bawa. ini mampu menjimatkan ruang beg anda.

9. sebaiknya korang bawa begpack macam mau daki gunung untuk mudahkan korang angkat beg nanti. 

10. bawa sedia sebotol besar air mineral untuk diri korang. biasanya jika fieldwork di dalam hutan air adalah sangat penting untuk elakkan korang hidrasi. 

11. bawa jua sedikit makanan ringan misalnya biskut dan keropok. beli asam2 kalau korang mabuk jalan. 

12. sentiasa membawa lampu picit. lampu ini berguna semasa kecemasan. bawa juga ubat2 lain seperti ubat sapuan misalnya minyak angin.

okey, rasanya tu je lah sedikit tips yang aku amalkan kalau pergi ke fieldwork. kalau korang ada tips lain jangan lupa komen entri ini...

selamat fieldwork!!!

Segmen Miss Fyda & Nature vol 2


salam all... haa... so sowi ya lambat mo update vol 2 nih...

dalam vol 2 nih pla aku n kawan2 major sejarah saja yang pegi... kira fieldwork kedua lah... lepas seminggu rehat dari Lembah Danum kami troskan fieldwork yang kali nih dibuat di Banjaran Crocker... di Jalan pegi Kimanis... korang google ya kalau korang x tau di mana... ehehhehe

nasib baik aku ngan Mr Rite sama major so kitaorg sama2 pegi Banjaran Crocker nih...  ehhehehe.... fieldwork kali nih x lama sbab kami menginap semalam jak... lagi pon jaraknya lebih dekat berbanding Lembah Danum...

di Banjaran Crocker nih kami melalui laluan yang dinamakan Crocker Trail lebih kurang 2.5km saja... sangat2 pendek jika dibandingkan dengan Lembah Danum... lagi pon kawasan yang dihuni pacat tidak banyak... tapi, pacat di Banjaran Crocker nih lebih besar dari yang di Lembah Danum...

yang bestnya kami dapat nampak bunga rafflesia yang belum berkembang pon... heheheh... lagi satu, kitaorang pon da buat BBQ... panggang2 ayam dan sosej tau... ehheheh macam famili pla...  lagi pon di Banjaran nih facilities yang ada sangat2 baik....
kalau korang cari tempat semulajadi yang menarik dan segar jangan lupa consider Banjaran Crocker nih... perkhidmatan katering makanan pon ada disediakan... heheheheh....

ni antara pic yang aku dan kwn2 amik... enjoy~~

gambar di sign board...


outfit aku masa tu... mcm pompuan mngandung pla... ehehhe



Mr Rite n Mr Joe melekat depan bas.. hahah


ngan group yang terdekat... ehheh...


Norman + Lek yang pose macho...

pejabat pentadbiran Banjaran Crocker...


kalau x silap ni dewan... kami diberi taklimat di sini..


berjalan menuruni bukit... ramai2


siap amik gambar ramai2 g..


pagi yang sejuk... ni still berkabus g..


ha ni pla pmakaian untuk masuk hutan


ni pla da kuar hutan da... dekat lereng bukit.


ni pla bbrapa gambar aku ngan Mr Rite...






padan tak kitaorg? eheheh

Saturday, June 4, 2011

Tips Elak Pacat

salam semua… ha nih antara tips yang aku mau share ngan korang semua. terutamanya yang mau pegi fieldwork dalam hutan.. nih berdasarkan pengalaman aku yang da jumpa Mr Pacat nih…
renung3kan dan amalkan..




1. pakai stokin yang panjang hingga para betis atau paling baik sampai paras lutut… ni untuk elak pacat cepat naik ke kaki korang.


2. pakai baju lengan panjang yang tidak longgar. baju yang longgar memudahkan pacat naik ke badan.


3. sebelum masuk hutan, rendamkan stokin kaki dan baju yang ingin di pakai dalam air rendaman tembakau dan biarkan semalaman kemudian keringkan. ini mungkin x selesa sedikit sebab kain akan berbau tembakau.


3. pakai kasut yang bertutup. jangan sekali-kali korang pakai yang ada lubang atau tidak bertutup. kasut mestilah tidak terlalu longgar juga untuk elak pacat memasuki kasut.


4. kalau memakai stokin pilih stokin yang tebal atau pakai dua lapis. pacat nih x mudah putus asa. dia akan cuba juga masuk stokin korang.


5. jangan melanggar semua tumbuhan masa korang dalam hutan. jika ada denai, korang ikut jak denai tuh sebab pacat nih suka sembunyi bawah kelopak daun.


6. kalau korang pakai tudung, masukkan tudung dalam baju yang dipakai.


7. cuba pakai pakaian termasuk stokin yang berwarna terang sebab pacat berwarna sedikit gelap dan ini memudahkan untuk kesan pacat yang naik.


8. sepanjang jalan dalam hutan sentiasa belek2 atau lihat kasut korang sebab kebanyakan pacat naik dari kaki.


9. jangan berhenti di sesebuah kawasan statik lama dan jangan sembarang duduk dalam hutan ini bagi peluang kepada pacat untuk naik kaki korang.


10. sentiasa bawa garam, minyak kayu putih dan minyak kapak. bahan2 nih korang bole tabur pada pacat untuk dia melepaskan kaki korang kalau pacat tuh naik dan da melekat menikmati darah korang.


11. bawa juga pen atau ranting untuk bantu korang tanggalkan pacat yang naik badan korang… especially yang geli akan benda2 mengensot macam pacat..


12. minta kawan belakang korang untuk sentiasa tengok2kan belakang kaki dan belakang badan korang kalau ada pacat yang cuba naik badan korang. kalau ada kawan lelaki lagi ok sebab mereka nih jarang geli macam pompuan.


tu jak la rasanya tips yang boleh di-sharekan.. kalau da amalkan tips nih tapi masih ragu2 korang redha jak la… lecturer aku cakap pacat nih pengukur samada hutan tuh da tercemar atau x. kalau x pacat maknanya hutan tuh da tercemar…
so, tq Mr Pacat…

Segmen Miss Fyda & Nature vol 1


images-(6)

salam semua…
macam yang aku janjikan, ni vol 1 dalam segmen MISS FYDA & NATURE…. dalam vol ni aku akan ceritakan trip aku & kwan2 pegi Lembah Danum…


bagi korang yang x kenal ngan nama Lembah Danum sila tanya En Google ya…


Lembah Danum ni terletak di Lahad Datu, Sabah… kalau aku x silap jalan menuju ke Kunak… perjalanan trip kami pada hari tuh panjang dan lama juga… kalau x silap lebih sehari la… sebab yang aku ingat, kami bertolak pagi dan sampai di Lembah Danum sudah gelap…


disebabkan trip kali nih di sertai lebih 100 orang (major Sejarah bergabung dengan major Geografi) maka dua buah bas pelancong digunakan dan sebuah van persiaran turut serta. aku dan Mr Rite mengikuti van persiaran bersama-sama 12 orang peserta yang lain termasuklah pengarah trip kami Nasyitah… oleh sebab kami menaiki van, kami lebih cepat sampai di kawasan2 pit stop untuk rehat dan lunch… lagi satu, kami juga ada lebih banyak masa untuk singgah mengambil gambar…(ehheheheheh)..


apa yang seronoknya, aku secara peribadi tidak pernah masuk hutan dan bertentang mata dengan pacat… nervous dan risau semuanya bercampur baur… almaklum lah aku nih gatal telinga mau mendengar cerita pacat dari kawan2 yang ada pengalaman… so, aku pon menggambarkan pacat tuh jahat…


sampai jak di kawasan yang dituju iaitu tengah2 hutan… aku terkejut sebab facilities yang mereka sediakan disana boleh tahan… kami menginap di hostel dan ada juga yang tinggal di shallet yang berdekatan…elektrik disediakan sehingga jam 12 tghmalam saja… tapi di hostel tuh ada sebanyak lebih 20 katil double… tandas juga ada disediakan dengan shower sekali… ada juga bilik sembahyang untuk kemudahan pengunjung. perkhidmatan kafe atau restoran juga ada tetapi makanan disana adalah mahal jika dibandingkan luar kawasan tersebut… maybe disebabkan dalam hutan


seingat aku pagi esoknya hujan trus aku gelisah sebab pacat nih suka kuar lepas hujan… macam pesta la… sebelum kami masuk hutan, kami diberikan taklimat tentang Lembah Danum termasuklah macamana mau elak pacat… ha… ni yang buat aku gerun nih… siap dia tunjukkan lagi pacat tuh… dalam slaid jak…
pastuh kami pon meredah hutan… mang best sebab ada jambatan gantung, sungai dan macam2… kami bergerak dalam kumpulan2 tapi masih lagi melalui laluan yang sama… kalau x silap perjalanan kami tuh sejauh 4km menuju ke air terjun… hahaha yang lucunya… kebanyakan antara kami first time masuk hutan so, masuk jak hutan sudah kedengaran jeritan bersambung2… ehehheeh


macam2 yang aku lalui masa dalam hutan nih dan yang paling penting dapat juga jumpa pacat…. eeeeeuuuuuu menggelikan… ni lah orang yang x pernah masuk hutan nih…. lepas saja kami kuar dari hutan ramai yang mengadu digigit pacat… heheheh biasa la tuh… tapi aku tak digigit… tidak sempat…  esoknya kami pon balik…. ada lagi yang best nih… kami sempat tengok gajah…. yey!!!! live tau….
panjangnya aku melalut nih…. ha sekarang time tengok gambar…..






188813_208125422536248_100000163749998_906733_7894842_n
199210_208129252535865_100000163749998_906776_7546378_n


Transport kami masa tuh



Sempat kami pose di simpang jalan sementara menunggu rakan2 lain..
196044_208126259202831_100000163749998_906742_4542331_n
196505_208124055869718_100000163749998_906720_5723099_n
197931_208126792536111_100000163749998_906746_7903265_n
198432_208128795869244_100000163749998_906773_3447329_n



ni pula pose sebelum masuk hutan… nervousss
188869_208127845869339_100000163749998_906768_3064614_n
190684_208135079201949_100000163749998_906847_3104315_n
197800_208130949202362_100000163749998_906791_2265784_n
199581_208133659202091_100000163749998_906827_2366106_n
200690_208130145869109_100000163749998_906782_5745501_n







ni pula gambar masa da sampai destinasi dalam hutan..
188218_208135879201869_100000163749998_906860_3970072_n
188320_208135679201889_100000163749998_906859_6589037_n
188343_208132029202254_100000163749998_906803_6103745_n
190778_208131802535610_100000163749998_906801_7988494_n



ha ni gambar sebelum dan semasa dalam perjalanan balik….
188377_208137635868360_100000163749998_906882_5107331_n
189366_208136975868426_100000163749998_906875_4089103_n
198973_208141215868002_100000163749998_906916_1378039_n
199003_208142149201242_100000163749998_906925_1689943_n
200568_208140875868036_100000163749998_906914_405780_n



ni antara beberapa gambar yang sempat aku snap sekitar kawasan Lembah Danum
189777_208134692535321_100000163749998_906843_4907919_n (1)
196676_208138585868265_100000163749998_906895_4114882_n
198072_208134809201976_100000163749998_906844_7351285_n
200428_208137819201675_100000163749998_906884_2963354_n


tu la dia laporan lengkap aku pasal Lembah Danum yang menarik dan cantik….
sesangat terima kasih sebab sudi dan sabar membaca…
ehhehehe