Buat duit sampingan di sini

Tuesday, February 26, 2013

TQVM PM

assalamualaikum wbt..

minggu yang lalu aku dapat tau nama aku tersenarai dalam penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) well of course untuk individu bujang…

1902201310270

alhamdulillah dapat juga menerima RM250.. adatlah orang menganggur, kalau diberi pastinya diambil..

duit nih pun aku suda niat untuk sebahagiannya bagi ngan my mom.. untuk belanja dapur. ringan sikit lah bila ujung bulan nanti..

kata orang rezeki baik untuk dikongsi…

anyway, untuk mendapatkan baucar tu senang saja… tidak sampai 5 minit sudah pun dapat tapi bab cash kan baucar tuh yang payah..

1902201310273

aku pilih untuk pegi bank BSN di area Alamesra sebab my dad cakap tidak juga banyak orang.. masa aku tunai tuh aku pegi ngan akak aku.. sekali amik no perghhhh ada 65 orang lagi sebelum aku… adoiyai.. akibatnya menunggulah aku selama sejam lebih hanya untuk cashkan baucar nih..

1902201310272

apa pun yang penting duit yang kerajaan bagi nih aku gunakan dengan betol…

well, korang pula buat apa dengan baucar BR1M tuh??

1902201310275

apa2 pun TQVM PM dan kerajaan…

undi siapa???

undi itu kan rahsia..

wassalam…

Saturday, February 23, 2013

Temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

assalamualaikum wbt…

alhamdulillah….

penantian selama beberapa bulan akhirnya terjawab…
aku nih sebenarnya sudah tamat latihan mengajar bulan Julai lalu dan berkonvo bulan Oktober…

kalau dikira dari masa aku tamat latihan mengajar sudah kira-kira 7 bulan aku menganggur… sungguh azab lah menanti..

panas-panas jua la telinga bila ditanya pasal kerja… sabar ja lah.. tapi syukur alhamdulillah… 20 hb yang lalu nama aku tersenarai untuk panggilan temu duga…

spp

maka, 21 mac adalah tarikh keramatnya…. jam 7.30 pagi la pula kan… nda apa lah boleh juga lah habis awal & jalan2 kejap.. ehheheeh… jalan2 ngan baju kurung (errrr…) nanti aku pikirkan.. ehhehehehhe

lepas saja tau pasal panggilan temu duga nih kebetulan my dad pun sudah siapkan pengesahan untuk fotocopy sijil2 dan dokumen yang berkaitan.

2002201310278

hari tuh aku suda pegi ganti IC dengan IC baru yang ada dua gambar tuh… kebetulan sememangnya IC tuh aku buat masa umur 17 tahun lagi… hampir lagi aku kena denda sebab menurut akak pendaftaran tuh dalam tempoh dari umur 17 tahun sampai 25 tahun tu aku sepatutnya renew IC. nasib baikla umur aku masa pegi buat IC tu tidak pun sampai 25 tahun 1 bulan. kalau lebih dari tuh sah kena denda… alhamdulillah juga lah…

070220133460

panggilan sudah ada & dokumen pun sudah siap sekarang yang tinggal study saja…

study saja??? tuh pun memerlukan kesabaran & tekad… semoga aku macam moto UMS BERTEKAD CEMERLANG..

korang doakan ya aku berjaya mengharungi dan lulus temu duga SPP nih..
kalau aku lulus temuduga nih insyaAllah aku akan dilantik menjadi seorang guru… amin…


snap2

wassalam…

Monday, February 18, 2013

Homemade Jem Durian

assalamualaikum wbt.. 

homemade

dari hari tuh lagi aku janji mau share cara buat jem durian ngan korang kan.. tidak apa, hari nih aku tunaikan janji itu… bak kata iklan di tv janji mesti ditepati


ni adalah bahan2 yang korang mesti ada…

1. isi durian
1301201310166

2. gula merah/melaka
1301201310167

3. gula pasir

4. tepung jagung


cara2 membuatnya:
1. masukkan air (3-4 gelas) kedalam kuali.. air nih korang boleh juga agak2 saja.
1301201310168


2. potong gula merah/melaka jadi kepingan atau ketulan kecil supaya mudah larut.
1301201310169


3. apabila air di kuali sudah mendidih masukkan gula merah/melaka dan isi durian kedalam kuali.
1301201310170


4. biarkan mendidih sekejap lepastuh masukkan gula pasir (1-2 senduk nasi). lepas tuh gaulkan..
1301201310171


5. biarkan mendidih sekejap. masa nih korang akan nampak air sudah berwarna coklat2.
1301201310172


6. biarkan mendidih tapi jangan lupa gaulkan supaya jem tidak melekat pada kuali.
1301201310173


7. masa nih aku gunakan api yang kuat. biarkan saja sehinggahlah isi durian mula hancur..
1301201310175


8. bila sudah hancur dan menjadi warna coklat, korang adunkan tepung jagung dengan sedikit air.. fungsi tepung jagung nih untuk memekatkan jem kita.
1301201310176
1301201310183


9. bila sudah pekat korang boleh lah matikan api dan biarkan jem sejuk dulu sebelum pindahkan ke dalam bekas kedap udara.
3112201210085

SIAP sudah!!!
ha.. sekarang bolehlah jem dimakan bersama roti.

1301201310184

senang kan?? jem nih boleh juga dicampurkan dengan santan kelapa. kalau tambah santan rasa semakin berlemak dan sedapp…

korang jangan lupa buat ya..
wassalam…

Tuesday, February 5, 2013

DIY ringtone untuk HP..

assalamualaikum wbt…

hai korang..

okay ni sindrom kerajinan melanda diri.. hahha

dalam post nih aku akan share ngan korang macamana DIY ringtone untuk hp korang..
untuk tujuan itu aku akan gunakan software Nero StartSmart.. software nih sudah siap sedia ada dalam lappy aku..

DIY nih membolehkan korang memotong lagu yang korang suka jadi lebih pendek khas untuk dijadikan ringtone. tidak kiralah korang mau guna intro, chorus atau ending dalam sesebuah lagu itu…

ok, jom kita mulakan…


1. double click untuk buka software Nero StartSmart. korang akan melihat paparan macam ini. kemudian korang click Nero Wave Editor(macam yang aku sudah bulatkan).

nero 1


2. korang akan nampak paparan yang macam gambar di bawah. sekarang pergi ke fail (macam anak panah yang aku tunjukkan) dan click Open.

nero 2


3. paparan seperti yang dibawah akan korang nampak. sekarang sila pilih lagu yang korang mau jadikan ringtone.

nero3


4. lepas tuh korang akan nampak macam wave seperti gambar dibawah. sekarang fokus pada butang2 yang aku bulatkan siap dengan anak panah tuh… dalam bulatan tuh ada butang Play Section, Play All, Looped Playback, Pause, Stop dan Record.

biasanya aku akan gunakan Play Section, Pause dan Stop saja. butang2 nih sangat berguna bila korang mau detact di bahagian mana korang mau potong lagu tuh sebab masa korang tekan butang Play All ada jalur yang akan melalui wave lagu tuh sampailah lagu habis. tapi bila korang sudah potong lagu, Play Section pula akan mainkan lagu setakat mana yang korang sudah potong..

nero4


5. ok sekarang aku akan tunjukkan korang macamana mau potong lagu. sila rujuk gambar di bawah.

jika bahagian lagu yang korang mau tu adalah dibahagian intro cara memotongnya lebih mudah. pergi ke bahagian terakhir wave lagu (rujuk anak panah no 1) click dan jangan lepaskan. drag atau tarik ke bahagian kiri (rujuk anak panah no 2) sampailah ke bahagian yang korang mau. kalau bahagian lagu yang korang mau tu di bahagian ending lagu sila buat seperti langkah diatas tetapi bermula di bahagian depan wave. kalau pula bahagian itu berada di tengah atau corus, sila buat pemotongan mula di bahagian hadapan dan belakang wave.

korang akan nampak wave tu seperti di-highlight. bahagian highlight itu lah yang akan kita potong. bila sudah sampai bahagian yang korang mau lepaskan click. sekarang click butang Stop (tengok no 3). lepas tuh click simbol gunting untuk cut lagu itu (tengok no 4). wave akan menjadi lebih pendek berbanding sebelumnya.

sekarang click pula butang Play Section atau Play All. ha yang korang dengar itulah lagu ringtone korang.

nero5


6. sekarang kita save ringtone tu… pergi ke fail semula (tengok no 1) dan click Save As. jangan click Save sebab ringtone mestilah disimpan menggunakan nama yang berbeza untuk mengelak lagu asal itu menjadi pendek. sila periksa dulu nama dan lokasi yang korang mau save ringtone tu. bagus kalau korang letak dalam folder baru supaya lebih senang untuk dicari.

nero6

ok, sekarang pindahkan ringtone tuh ke dalam hp korang..

TADA!!! siap… sekarang korang sudah ada ringtone yang baru….

p/s: aku tidak tahu kalau korang faham juga DIY nih tapi aku sudah cuba sedaya upaya untuk buat korang faham. kalau korang ada masalah mau ikut DIY nih sila lah komen aku dibawah post nih… aku akan bantu korang… heheheh

hopefully korang cuba untuk ikut DIY nih ya…

wassalam..

Saturday, February 2, 2013

DIY watermark untuk gambar..

assalamualaikum wbt..

post kali nih aku mau share macamana untuk buat watermark yang biasanya blogger letak di gambar diaorang… misalnya dalam gambar nih..

090620128739

software yang aku gunakan ialah Photoshop CS4 Portable
post ni post yang panjang sebab aku banyak snap skrin dengan harapan korang akan faham.

ok mari kita mula..

1. klik pada ikon photoshopCS4

ps-1


2. lepas tuh korang akan berhadapan dengan box macam dibawaah ni… korang rilek saja then klik agree

 ps2


3. lepas tuh korang akan disajikan dengan pemandangan seperti di bawah…

ps4


4. ha sekarang barulah kita betul2 akan meng edit.. pergi ke File (tengok no 1) lepas tuh pilih New. box New akan muncul. sekarang korang mesti tentukan Width, Height, Resolution, Color Mode. apa yang penting di sini ialah Background Contents tuh mestilah transparent supaya watermark kita nampak cantik saja bila kita letak pada gambar kita. Name dan Preset tuh aku biasanya biarkan saja.. lepas tuh klik ok (tengok no 2).

ps5


5. sekarang korang akan dapat macam gambar di bawah nih… yang petak2 putih & grey tuh maksudnya transparent.

ps6


6. ok sekarang boleh lah mula menilis pada kawasan petak2 tuh.. pilih butang simbol T pada barisan butang di bahagian kiri (tengok anak panah). butang T tuh maksudnya font. lepas sudak klik butang T tuh pergi ke bahagian petak2 di bucu atas kiri lepas tuh klik kemudian drag ke bucu bawah kanan bahagian petak2 itu supaya box font terhasil. korang tulis lah apa saja yang korang mau.

ps8


7. sekarang highlight tulisan korang tadi. lepas tuh tengok bahagian atas (tengok no 1) yang aku sudah box kan. tuh option font untuk tukar tulisan besarkan dan macam2 lagi.. korang explore sendiri. sekarang tengok bahagian kanan (no 2) tuh menunjukkan layer2 yang kita letak di atas bahagian petak2 tuh. sekarang baru satu layer sebab baru buat satu tulisan. tengok pula butang simbol A di atas sedikit dari no 2 (no 3) tuh juga option font juga. korang pandai2 la explore ya.

ps9


8. sekarang aku uda edit jenis font, saiz dan macamana kedudukan yang aku mau. bila uda puas hati edit korang pegi butang pertama di barisan butang di sebelah kiri (tengok anak panah). klik butang tuh untuk setkan apa yang korang sudah tulis.

ps10


9. kalau korang masih belum puas hati dengan design yang sudah korang setkan, pegi balik simbol font di bahagian kiri (tengok no 1). lepas tuh korang pergi balik design font korang dan pastikan korang klik semula di font tersebut. dengan buat begini korang aktifkan semula box font tuh. bolehlah korang edit2 lagi. kali nih aku tunjukkan edit boh di sebelah kanan (tengok no 2).

ps11


10. aku decide untuk tambah url blog aku dalam watermark nih. so aku pon pegi balik butang font di sebelah kiri dan buat tulisan URL aku. lepas tuh aku kelik balik butang teratas di sebelah kiri (tengok no 1). cuba tengok sebelah kanan yang aku bagi tahu pasal layer tuh sekarang sudah ada 2 layer (tengok no 2). tujuan aku buat nama blog dan URL aku berlainan supaya aku boleh edit kedua-dua tulisan secara berbeza.

ps14


11. sekarang aku akan tunjuk macamana mau tambah efek pada watermark tuh. sekarang pergi ke bahagian layer dan pilih mana satu layer yang korang mau tambahkan efek. maksudnya mana satu tulisan yang korang mau buat efek. right click pada nama layer tuh kemudian pilih Blending Option. lepas tuh box Blending option akan keluar. ada dua bahagian dalam box nih. box pada bahagian kiri menunjukkan style efek yang ada (box no 1) dan box yang bahagian kanan menunjukkan pilihan kepada style efek yang korang pilih. nasihat aku bila pilih style tuh klik namanya bulan tick pada box style efek tuh.

ps15


bila korang da pilih style efek yang korang mau perhatikan font yang da di design tuh ada perubahan kan?

ps16


bila da puas hati klik ok dan sekarang kalau korang tengok bahagian layer tuh, efek yang korang pilih tuh akan ditunjukkan di bahagian bawah layer atau 
tulisan tuh.

ps17


korang boleh juga ulang untuk buat efek ni pada layer atau tulisan kedua tuh.

ps19


12. sekarang kita perlu save saja watermark nih. pegi ke File dan klik Save for Web & Devices. patu box macam gambar di bawah ni pon muncul. Press enter saja.

ps20


lepas tuh akan keluar box lagi satu yang macam gambar di bawah nih. dalam box nih korang boleh namakan watermark korang tuh dan tentukan lokasi yang kamu mau simpan watermark tuh. bila sudah selesai klik saja Save.

ps21


nah sekarang sudah siap!! ok macam begini lah watermark korang tuh bila korang tengok balik.

ps22


ok sekarang aku tunjuk pula macamana mau letakkan watermark yang korang uda design tuh pada gambar.

aku gunakan software Photoscape.

ps


macam biasa klik ikon photoscape dan korang akan dapat tengok macam gambar di bawah nih.

ps23


pilih Editor dan korang akan dapat paparan macam yang di bawah. dalam box tuh korang boleh pilih mana satu gambara yang korang mau watermarkkan.

ps28


pilih gambar yang korang mau watermarkkan pastu pegi ke Object (tengok anak panah) lepas tuh klik butang yang sudah aku bulatkan.

ps24


lepas tuh box Picture akan keluar macam gambar dibawah. sekarang pilih watermark korang. lepastuh klik ok. korang boleh besarkan atau kecilkan watermark korang. lepas tu korang juga boleh susun dimana mau letakkan watermark itu. bila sudah puas hati klik save.

ps26


naa sekarang sudah siap..

ps27


hopefully korang boleh mengikuti DIY nih..

kalau ada yang kurang faham korang komen saja ya. aku akan cuba tolong korang.


wassalam…