Buat duit sampingan di sini

Tuesday, January 29, 2013

MissFyda & 25..

assalamualaikum wbt..

“Allah SWT selamatkan kamu.. Allah SWT selamatkan kamu..  Allah SWT selamatkan MissFyda.. Allah SWT selamatkan kamu!!!”


a

yey, syukur alhamdulillah amin amin amin…. hari nih genaplah 25 tahun aku bernafas di bumi Allah SWT yang indah ini..

sesungguhnya bila umur meningkat nih semestinya aku berharap aku akan bertindak lebih matang dan boleh berdikari (@ berdiri di atas kaki sendiri)..
aku tidak tau sama da korang merasa apa yang aku rasakan nih atau ini perasaan aku saja… bila sudah menambah angka di ruangan umur ini aku mula mengenang kembali keadaan diri aku yang dahulunya… semestinya terlalu lah berbeza jika dibandingkan dengan zaman memakai baju sekolah…

ni gambar aku dari tahun 2008 sehingga 2012. 2008 tuh masa aku menjejakkan kaki di Universiti Malaysia Sabah (UMS)..

IMG_0149
2008 (ditengah)


DSC00905
2009


101020102292
2010


DSCN1039
2011 (disebelah kiri)


526714_4887518153329_574792087_n
2012 (disebelah kanan)


1601201310190
2013


aku bersyukur juga sebab Allah SWT mengurniakan kedua ibu bapa yang sangat sporting dan penyanyang.. terima kasih mak sebab sanggup melahirkan dan membesarkan aku…. terima kasih bapa sebab tidak putus2 menasihati dan menggalakkan aku untuk menggengam segulung ijazah..

211020122511211020122515

aku bersyukur Allah SWT masih lagi memberi kesempatan untuk aku merasai dunia dan kehidupan kampus yang dulunya aku tidak menyangka akan dapat juga aku rasai… syukur alhamdulillah bulan 10 yang lalu aku dapat berkonvo dengan jayanya.

syukur juga Allah SWT telah memberi aku seorang kawan dan kekasih yang sentiasa ada di saat2 jatuh dan bangun aku. dia lah kawan dia lah juga tempat meluah masalah… dia lah tempat ketawa dan menangis… dia lah penasihat dan perunding masalah untuk menjadikan aku lebih bijak dalam bertindak… 3 tahun sudah aku lalui bersamanya.. amin amin amin..

1601201310192

aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah SWT kurniakan… syukur amin amin amin…


ok sekarang aku mau share pula wishlist aku untuk tahun nih…
1. kerja!!- ya la tahun lalu uda konvo so, tahun ni pula menunggu untuk di tempatkan di mana pula. aku harap aku akan ditempatkan di sekolah yang berdekatan dengan umah aku… senang… famili pon senang mau backing.
2. DSLR!!- lama suda kenyit-kenyit mata dengan Mr DSLR… harap2 tahun nih dapat la meminang Mr DSLR nih..

haa, tidak banyak kan… 2 saja wishlist aku.. huhuhu sungguh tidak sabar untuk menjalani kehidupan bekerja. mungkin masa tuh aku akan sibuk dan mungkin juga blog kesayangan ini akan terabai sekali lagi tapi, aku janji aku akan tetap juga berblogging… gambate!!! korang ready2 saja baca leteran aku pasal kerja nanti…

apapun, HAPPY BIRTHDAY to me!!!

amin

wassalam…



Monday, January 28, 2013

pengalaman Latihan Mengajar (LM)

assalamualaikum wbt..

lm

kali ni pula aku mo ceritakan pengalaman aku latihan mengajar yang bermula bulan februari hingga bulan julai 2012.

LM nih salah satu syarat untuk kami diikhtiraf memegang ijazah perguruan. untuk pengetahuan korang kami harus menjalani LM nih dalam masa 12 minggu tidak termasuk cuti semester. sudah lah menjalani LM kami juga diharuskan untuk menyiapkan projek akhir atau tesis atau azab pengajian…
aku bukanlah mau melebih-lebih part tesis tu tapi sesiapa saja lah yang pernah buat akan tahu perasaan dan azab siapkan bendah alah tuh..

ok cukup pasal azab tuh, sekarang aku mau share pasal LM nih… aku Lm bersama dengan MrRite & seorang lagi rakan seperjuangan Pat. kami bertiga nih LM di SMK Tandek, Kota Marudu. sebuah sekolah luar bandar.
semestinya tugas seorang guru adalah untuk mengajar anak muridnya. setiap hari aku akan memerah otak untuk menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) siap dengan bahan bantu mengajar (BBM). RPH dab BBM nih dapat membantu pelajar memahami pengajaran yang aku sampaikan. namun, tugas guru tidak hanya terbatas kepada mengajar. tugas2 pentadbiran juga adalah salah satu tugas tegar seorang guru. tugas-tugas pentadbiran ini sangat lah bertimbun bila tiba musim peperiksaan. menyediakan kertas peperiksaan untuk pelajar dan key in markah untuk pelajar kadang-kadang memeningkan kepala. bayangkanlah semuanya merah beberapa orang saja yang dapat biru atau hitam.

SAM_3628

sungguh bersyukur kerana Cikgu Dex, ketua bidang kemanusiaan sangat supportive dan sporting. dia meletakkan kami bertiga untuk mengajar Tingkatan 4. disebabkan kami mengajar silibus yang sama, senang sedikit lah untuk kami berkongsi bahan dan buat perbincangan. aku mengajar geografi untuk pelajar 4 SN dan sejarah untuk pelajar Tingkatan 4 KM1 dan 4IK1.

SAM_3528

sebahagian daripada pelajar aku.
salah satu pengajaran yang aku dapat masa tuh adalah untuk sentiasa periksa jadual waktu yang baru diterima dengan jadual waktu kelas. sebab apa? masa tuh aku da lupa kelas apa tapi jadual yang diberikan oleh ketua bidang adalah tersilap. biasalah, ketua bidang pun manusia juga. so, lain kali aku akan berhati-hati.

selepas menerima jadual kami pula ditugaskan untuk melibatkan pelajar kami dalam pameran geografi. nasib baiklah masa tuh pelajar aku sudah biasa dengan pameran. diaorang lebih bersemangat untuk buat pameran. siap buat board game lagi…

180420128305

student aku yang semangat buat model untuk geografi
dalam bidang kokurikulum pon kami mesti melibatkan diri. kami ditugaskan untuk membantu dalam acara atau pertandingan dalam sukan… selain tu, kami juga ditugaskan untuk menjadi sentri… sorry aku tidak tahu macamana ejaannya yang pastinya kami perlu berada disekolah semasa pelajar ber-camping. al-maklumlah guru muda tiada tanggungjawab keluarga lagi.

DSC02302
DSC02307

selain tuh, ada jugalah lain-lain aktiviti yang kami akan dipanggil untuk bertugas misalnya, jadi usher, terlibat dalam pengundian PIBG dan macam-macam lagi.

DSC_5379PIBG2012 058

yang ni secara ringkas pengalaman aku menjadi guru pelatih..
bagi aku jadi seorang guru nih bukannya tugas yang mudah. tangunggjawab untuk mendidik pelajar juga salah satu tanggungjawab yang berat. tapi, orang kata tugas guru nih tugas mulia. aku percaya setiap orang yang berjaya di dunia nih sedikit sebanyak dibantu oleh seorang insan yang dipanggil guru.. lagi satu, sekali menjadi guru selamanya orang akan panggil kita guru… lecturer aku kata tugas guru ni menjadikan kita kaya pahala…








apa-apa pun aku harap aku akan jadi seorang guru yang bertanggungjawab… amin..

wassalam.

Friday, January 25, 2013

Guide to Kota Kinabalu 2

assalamualaikum wbt..

guide-to-kk

alhamdulillah… ni post yang kedua pasal guide to kota kinabalu…
kali nih aku akan suggest sebuah restoran di kawasan Alam Mesra… berdekatan dengan UMS!! restoran nih berdekatan dengan Balai Polis dan Bank Islam..

restoran nih sangat santai dan sangat popular dengan menu utamanya iaitu NASI AYAM PENYET!!!

ok, ni lah namanya…
0501201310103

nama macam keindonan kan? memang pon sebab pemilik restoran nih orang Bugis… Arsyid… kenalan mama… dulu dia hanyalah seorang tukang masak tapi cita-citanya ingin membuka kedai makan… dan cita-cita itu tercapai sekarang. tambahan lagi sekaran restorannya da berkembang sehingga ke seberang jalan bagi menampung pelanggan yang ramai.

0501201310100
0501201310101



nilah dia NASI AYAM PENYET!!!
kalau korang order makan menu nih korang akan diberikan ayam goreng dengan sambalnya yang popular dalam pinggan kayu yang dilapiskan dengan daun pisang dan sepinggan nasi putih…

menu nih sambalnya pedas… sambal tu pula diperbuat dengan campuran tomato… menurut Big Papa, pedas memang pedas tapi bila da selesai makan pedas tu akan hilang sendiri… magic*

bagi aku yang tidak dapat makan pedas tentunya aku avoid menu nih… tapi kadang-kadang aku makan juga kalau sambalnya diasingkan dengan ayam goreng itu..

so, masa aku pegi restoran nih aku order Soto Makassar. lupa mau snap gambar tapi sangatlah sedap especially supnya… soto ni dihidangkan dengan mee hoon, hirisan ayam & nasi impit… rasanya ringan dan sesuai untuk orang yang tidak mahu makan banyak..
ok, rasanya tu saja lah review pasal restoran nih… korang jangan lupa singgah makan di sini ya…

wassalam..

Tuesday, January 22, 2013

Kiulu White Water Rafting

assalamualaikum wbt..

bila uda habis dan berkonvo neh aku teringat pula pengalaman pertama ber-rafting.. seumur hidupku ini hanya 1 kali nih ja la aku main rafting nih.. main lagi tuh kan? hhahahhah…

ok seingat aku masa tuh kami ada field trip… disebabkan terlalu ramai kami dibahagikan kepada 2 trip untuk sampai ke destinasi rafting iaitu di Kiulu… 
sebenarnya kami diarahkan untuk berkemah di Kiulu tuh… rafting nih sebahagian daripada aktiviti yang kami lakukan..

DSC_0111


aku dan kawan-kawan yang lain diletakkan dalam trip 1 yang bertolak awal pagi… so, sebelum bertolak kami singgah café dulu beli makanan… untuk tenaga sebab bila sampai nanti aktiviti yang menunggu ialah rafting…

DSC_0132


sampai saja kami diarahkan meletak beg dan menyimpan hp dan barang berharga yang lain di beg yang akan diawasa rakan-rakan yang sakit.. lepas tu kami diarahkan naik bas balik untuk pergi ke hulu sungai…

sampai saja kami diberi taklimat ringkas untuk mengayuh dan mengawal bot kami… jangan risau tahap rafting kami nih tahap 1 saja… sesuai untuk begginer… lagi satu setiap bot kami ditemani dengan seorang rafter yang akan bantu kami kalau tidak tahu untuk mengawal bot..

IMG_9278


masa nih kami tidak perasan pun ada juru gambar yang ambil gambar kami..

IMG_9283

haa yang nih gara-gara takut dijatuhkan ke dalam sungai oleh ahli bot warna oren nih… kawan aku Pat uda kena sebelum ni… so aku pon over reacting sampai hunus pendayung tu dengan team lain.. takut sebab tidak pandai berenang.. yang mana aku.. tu ha yang dalam bulatan tuh..

IMG_9636

ha yang nih pula siap peace2 lagi… masa nih kami nampak da juru gambar tuh..
masa rafting tuh sempat lagi kami berhenti di satu kawasan untuk body rafting… apa kah itu bodt rafting? kami semua diarahkan untuk berenang bersama life jacket… haa tu la body rafting…

DSC_0152
DSC_0157

cantikkan scenerynya.. nature beauty guys…
abis saja rafting dan bersihkan diri kami diarahkan pula mendirikan khemah…

DSC_0167

dengan khemah nih pon ada kisahnya… khemah pertama kami dapat koyak so, kami mesti tukar dan pasang semula… orang lain sudah siap kami baru mahu pasang.. huhuhu

DSC_0169

selain rafting, kami juga ada buat flying fox… it’s my first time… mula2 buat2 cool tapi lepas tuh neves gila neh…

DSC_0258

aktiviti yang lainnya tidak sempat snap gambar… last aktiviti ialah malam kebudayaan…
kumpulan aku buat kawad OKU… kami cuba untuk berkawad dalam keadaan masing2 kurang berkemampuan..

DSC_0503

tu saja lah aktiviti kami masa field trip kali nih… ni lah rasanya field trip yang full dengan aktiviti…

bila dikenang sekarang macam rindu pula mau pegi field trip lagi… haiya..

wassalam…

Saturday, January 19, 2013

Guide to Kota Kinabalu..

guide-to-kk
assalamualaikum wbt

tengok title pon da tau kan?
sebenarnya aku menetap di Kampung Likas, Kota Kinabalu… 10 minit dari bandar Kota Kinabalu…

yea.. aku nih orang bandar… aku nih juga suka untuk snap gambar masa aku di restoran2 sekitar Kota Kinabalu… so, aku rasa aku mau juga la share2 mana2 restoran yang aku rasakan korang patut singgah bila di Kota Kinabalu nih…

dalam post yang pertama nih aku mau share restoran yang aku suka di Centre Point (CP) Shopping Complex..
restoran ni bukanlah restoran yang mewah sebab terletak di Food Court CP yang terletak di tingkat Basement..

nama restoran nih Nelta Café & Catering…
IMG_20121004_125249
restoran nih offer pelbagai jenis lauk pauk untuk nasi campur… selain tuh ada juga special order…

IMG_20121004_125315
aku sangat suka daging masak kicap di sini… dagingnya sangat empuk dan manis… selain itu, aku suka juga sayur kerabu dan sayur peria di sini… kalau minuman pula aku suka order teh halia kurang manis.. sedappp..

haa ni yang paling best… harga di sini sangat lah berpatutan…
IMG_20121004_125229
ni harga makanan aku dan MrRite.. murah kan… RM11.50 saja..

hari tuh pernah singgah dengan parents dan adik2.. kami berlima amik nasi campur semuanya termasuk minuman hanya RM 35 sahaja…

kalau pasal environment pula, macam mana2 food court juga. boleh duduk di bahagian dalam restoran atau pun di kawasan luar.. Free Seating.. bagi aku yang jenis tidak memilih ni restoran nih jadi fav restoran la pula…

so… aku rasa memang patut pun korang singgah di restoran nih bila pegi CP.. heheheh
singgah jangan tidak singgah ya…

wassalam…

Wednesday, January 16, 2013

The Hijau lagi..

assalamualaikum wbt…

hai2.. macamana dengan minggu2 awal tahun baru korang? best? happy? stress? malang? biasalah kan…

beberapa hari yang lalu aku temankan parents aku pegi Gaya Street… di Kota Kinabalu nih, ada tamu di tengah2 bandar setiap hari Ahad.. tamu nih diaorang adakan di Jalan Gaya @ Gaya Street… di tamu nih banyak lah buah2han atau sayur2an yang dijual. ada juga yang menjual binatang ternakan macam arnab dan anjing… selain tu banyak lagi lah barang2 kuih muih yang dijual…

ok, berbalik kepada cerita green tea… masa aku temankan mama menunggu Big papa di kereta, aku pon pegi ke supermarket untuk membeli minuman untuk membasahkan tekak kami.. masa browsing2 shelf minuman tin aku mesti lah kan akan pick green tea..

masa tuh barulah aku tau Yeo’s da keluarkan green tea with jasmine… lagi syok less sugar… woah… aku pon grab 1 tin.. harga RM1.20… browsing lagi untuk mama… mama order Twister Oren… no hal.. senang jumpa… masa mau pegi kaunter tu nampak pula shelf minuman kotak yang besar… jumpa juga Yeo’s Green Tea with Jasmine… promosi RM1.80 saja!!

apa lagi aku grab kotak besar tuh dan kembalikan yang tin.. well 60 sen saja bezanya dapat 1 liter… huhuhuhu sangat bertuah… suka suka suka…

0601201310131

0601201310130
exp date lama lagi… 13.02.2012


0601201310132
The Natural Choice… sememangnya lah..


0601201310133
yey for product of Malaysia!!!!
ada customer careline… dan yang pastinya logo halal…


untuk hantu green tea macam aku nih perasan model dan bergambar sendiri dengan green tea nih menggembirakan aku dan harus dilakukan… hahahhah macam budak2 kan??
korang layan je la gambar perasan model green tea aku nih…
06012013101220601201310129
ehhehe rasa green tea nih paling sedap bagi aku… tahap kemanisannya ok juga la tapi kalau kurang lagi mesti best… so, Mr Yeo’s please consider my review of your product ya…

wassalam..

Sunday, January 13, 2013

Reunion setelah 6-7 tahun tidak berjumpa..

assalamualaikum wbt..

5 hb januari lalu secara tidak dirancang aku berjumpa dengan kawan2 zaman sekolah menengah… setelah 6 atau 7 tahun tidak berjumpa… huhuhu tinggal 3 atau 4 tahun da 10 tahun tidak jumpa… uiyoooo…

reunion ne terjadi sebab bestfriend Ramlah yang bertugas di kudat sebagai engineer turun ke Kota Kinabalu untuk shopping… hahhahh langkah kanan bila dia baru bergaji…
so sorry Ram, aku nih belom pun posting so kalau dibelanja sungguh la cepat aku turun.. hahhahah.

kami berempat nih sebenarnya uda kenal dan jadi kawan masa Tingkatan 1 lagi.. lama sudah kan… sekitar tahun 2001 tuh… so, almost 11 tahun kenal…
kalau dengan diaorg nih aku akan jadi diri sendiri.. cakap apa saja sebab uda lama kenal…
mari aku kenalkan dengan korang…


0501201310111
ni Alfera, cute masi kan… uda ada 3 princess nih…


0501201310113
ni pula Mardiah… da berkahwin… sedang mengandung 9 minggu… tahun ne bakal menjadi ibu..

yang dua tuh da berumah tangga.. ni pula golongan yang bujang..

0501201310112
ha ni lah Ramlah, boss of the day..

0501201310114
ni pula aku… orange n hot pink.. hahha fashion disaster la aku ni..

lama juga lah kami makan.. siap Alfera share lagi ilmu keibuan dengan Mardiah yang bakal menjadi ibu… aku & Ramlah pula mendengar dan mencelah2.

kalau jumpa lagi next time dan aku da bekerja aku mau juga belanja diaorang nih makan… heheh doakan aku dipostingkan awal ya…
amin…

Rindu la mau keluar2 lagi macam nih…

wassalam..

Friday, January 11, 2013

Makeup bag.

Assalamualaikum wbt

makeup bag.. penting untuk wanita..

especially untuk wanita (wanita ka?? hohoohoh) macam aku yang suka makeup.. dalam post ni aku akan share dengan korang apa yang ada dalam makeup bag kesayangan aku..


TADA!!!

IMG_20121007_135851
ne beg makeup aku dapat kalau tidak silap melalui PWP(Pembelian dengan pembelian).. kalau tidak silap harganya murah kalau pembelian rm50 ke atas.
ni antara barang yang aku mesti akan masukkan dalam beg makeup aku..


IMG_20121007_134853
IMG_20121007_134907
powder foundation
yang aku punya nih brand In2It 02 warm beige..


IMG_20121007_134930
Lipstick, lipbutter dan lipgloss
Brand yang aku pakai:
Lipstick Silkygirl Moisture Rich 18 Appealing dan Pure (tidak ingat no berapa)
Lipbutter Revlon 025 Peach Parfait
dan lipgloss dari Elianto


IMG_20121007_134949
Concealer
brand Elianto dan Silkygirl


IMG_20121007_135006
lipbalm
Maybelline Baby Lips dan lipbalm TheFaceShop perisa Orange..


IMG_20121007_135028
Perfume dari Body Shop 15ml: White Musk (perfume fav aku nih)


IMG_20121007_135222
Brooch..


rasanya tu saja lah yang aku akan carry dalam handbag aku all the time..
rasanya tu jak la yang aku mau share. hopefully sedikit sebanyak dapat membantu korang..


wassalam…