Buat duit sampingan di sini

Sunday, December 23, 2012

cucur nasi dari leftover nasi.

Assalamualaikum wbt..

korang ada nasi leftover??? biasala tu.. aku pon semenjak bermastautin di rumah aku dapati memang akan ada nasi yang leftover.

nasi leftover ni bukannya satu kesalahan.. biasalah kalau masak kadang2 akan terlebih. apa yang penting jangan buang nasi tuh. mama aku biasanya akan stimkan semula nasi atau pon goreng saja jadilah nasi goreng.

tapi, bosanlah balik2 nasi goreng.. so, aku pon tanya lah Mr.Google.. jumpa lah satu resepi yang boleh ubah nasi leftover jadi cucur..
macamana???

ok, bahan2 utama yang korang mesti ada:

IMG_20120928_115230
nasi leftover (aku hancurkan macam mau buat nasi goreng),


IMG_20120930_201848
udang kering (aku guna harga rm1),


IMG_20120928_115235
bawang besar (dipotong dadu),


IMG_20120930_205228
baking powder (1-2 sudu makan),


IMG_20120930_201925
tepung gandum (lebih kurang 4 cawan @ ikut kesesuaian),


perasa: ajinomoto & garam, sedikit air & minyak untuk menggoreng.

yang ni bahan2 asas sebenarnya korang boleh juga tambah bahan lain spt daun bawang atau udang..

cara membuatnya:

1. campurkan nasi, bawang besar, udang kering dan sedikit air kedalam blander@ pengisar. kisarkan campuran tadi sampailah jadi macam paste atau makanan bayi.
IMG_20120930_202534
IMG_20120928_120706


2. masukkan paste tadi kedalam bekas yang besar. kemudian masukkan baking powder dan tepung gamdum secara perlahan-lahan. tambahkan perasa mengikut kesesuaian. sebatikan campuran tadi sampailah menjadi likat @ mama aku cakap sampai adunan dapat dijatuhkan dengan baik ke dalam minyak nanti. kalau adunan terlalu cair tambahkan tepung dan kalau terlalu pekat masukkan sedikit air
IMG_20120928_122646


3. bila da puas hati dengan adunan tadi bolehlah masukkan bahan2 tambahan lain misalnya daun bawang yang sudah dihiris2.
IMG_20120930_204057


4. panaskan minyak & bolehlah praktis2 untuk jatuhkan adunan dalam minyak. bila minyak da panas kecilkan sedikit api dan bolehlah mula menggoreng cucur tadi.
IMG_20120930_205615
IMG_20120928_124047


5. bila cucur suda kelihatan golden brown bolehlah diangkat.
IMG_20120928_124039


aku memang suka cucur yang segumpal2 begini. senang dimasukkan dalam mulut.. hehehehe. oo ya cucur ni sangat sedap dimakan dengan sos atau paling best dengan sambal tumis.. huhuhu

nilah hasilnya TADA!!

IMG_20120928_151514
nih dengan sos cili..



IMG_20120930_212136
ni pula dengan sambal tumis..



cucur nih aku suka makan masa petang2 dan awal pagi…
tengahari pun ok juga…

ok lah, selamat mencuba dan jangan sia2 kan leftover nasi korang…

wassalam..














Tuesday, December 18, 2012

Lelaki mengelilingi Bunga…

assalamualaikum wbt…

sedang semua member 1 course aku sibuk membelek2 nota temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan aku pula sibuk explore hard disk adik aku yang berlambak dengan movie, drama & variety show… selongkar sana, selongkar sini jumpa lah drama korea BOYS OVER FLOWER… mesti banyak yang tau juga drama nih kan… kalau tidak silap drama nih ditayangkan masa 2009 lalu…

dalam seumur hidup aku ni lah cerita yang mampu buat aku berjaga sepanjang malam semata-mata mau tengok sampai habis… sebelum2 ni cerita Vampire Diaries pernah jua buat aku bersengkang mata tapi tidaklah sampai langsung tidak tidur… bayangkan aku start buka pawagam dari jam 10.30 malam sampailah jam 9.00 pagi besoknya… almost 11 hour tu… huhuhuhu nama pon marathon drama…

ok aku rasa nda payah la mau bagi sinopsis cerita dia kan.. aku cuma bagi pandangan aku tentang drama nih… bagi aku la kan drama ni banyak pengajaran dan teladan. apa yang aku nampak drama nih sarat dengan konflik, persahabatan, pengorbanan dan semestinya lah kasih sayang…
apa yang aku rasa menonjol dalam drama ni nilai persahabatan… walau pun Jun Pyo sebenarnya suka buat perkara sesuka hati dia ada 3 orang kawan yang selalu akan menolong dan support dia… Jan Di pon sama juga… Jan Di akan ada Ga Eul yang selalu nasihatkan dan tolong dia…

drama nih agak romantik juga… banyak yang drama nih tunjukkan pengajaran kalau bercinta… drama ni tunjukkan bahawa perempuan nih suka pada benda2 yang nampak simple atau remeh dimata lelaki… aku sendiri pon sama. aku rasa paling touching bila Jun Pyo sanggup belajar berenang semata-mata untuk menyelamatkan Jan Di.. Jun Pyo tidak sanggup tengok lelaki lain yang menyelamatkan Jan Di..

klimaks cerita nih aku rasa masa Jun Pyo almost kahwin dengan perempuan lain gara-gara arahan emaknya… masa nih Jan Di tunjukkan bahawa dia percaya pada takdir dia dan Jun Pyo.. salute jua dengan Jan Di bila dia sendiri yang suruh Jun Pyo untuk ke dewan perkahwinan. moralnya, kalau ada jodoh tidak akan ke mana.

banyak lagi rasanya yang dapat dipelajari dari drama nih… cuma itu lah banyak juga scene2 yang agak daring untuk kanak2… so aku cuma akan syorkan drama nih dengan golongan yang berumur 18 tahun ke atas…
ni lah watak2 dalam drama nih…


snap6
Gu Jun Pyo


snap7
Geum Jan Di


snap3
Yoon Ji Hoo


snap2
Soo Yi Jung


snap4
Song Woo Bin


snap8

Ga Eul




kiut2 kan pelakon korea nih… rasanya nih bonus lah untuk rating drama nih… oo ya bila tengok drama nih ingat pula drama Meteor Garden masa sekolah menengah dulu… rupanya nih cerita yang almost sama dengan Meteor Garden cuma yang ini versi korea.. apa2 pon drama nih best untuk dilayan tengah2 malam..

sapa2 yang da tengok tuh sila lah komen ya… sekarang nih sibuk pula mau online cari sound track drama nih.. ehehhehhe… aku mesti stop membebel pasal drama nih.. kalau tidak alamatnya nda la aku nih study untuk temuduga tu… macamana mau jadi cikgu nih?? heheheheh

wassalam..

Tuesday, December 11, 2012

Bestfriend

Assalamualaikum wbt..

Dalam hidup ni mesti akan ada dua atau beberapa orang kawan yang kita rapat dan banyak kongsi cerita.. kawan jenis ini lah yang kita akan percaya untuk simpan secret kita..

aku rasa sangat bertuah sebab dalam hidup aku nih ada beberapa kawan yang aku selalu rindukan dan akan selalu update cerita dengan diaorang-diaorang nih… masa aku di menengah atas aku ada jua kawan yang boleh dipanggil BFF.. lepas tu masa di tingkatan enam pon sama juga…

beberapa ari lepas aku dapat juga lah spend time beberapa minit dengan BFF aku di tingkatan enam… sebenarnya kami jadi BFF pon sebab krisis yang berlaku masa tuh… BFF aku masa tuh ada 4 orang Ales, Mel, Lyd dan Bell…

Ales ni aku tengok seorang yang lembut juga. dia suka benda2 yang sweet2. tapi kalau dia marah boleh jadi kasar juga. apa yang paling aku rindu dia nih clumsy sikit.

Mel pula beautiful girl yang suka main2. apa yang best Mel nih bukan jenis yang simpan dalam hati… kalau pon ada yang buat jahat dengan dia rasanya dia biarkan saja..

Lyd pula sweet and ladylike from the outside.. but, jangan main2 dia nih tough girl juga. Lyd juga suka berterus terang. dia paling pantang kawan yang backstab dia. so, don’t play2 ya.

Bell ni jarang marah. tapi kalau dia marah hohohoh aku pon nda berani masuk campur. dalam kalangan kami Bell yang paling positive thinking… she is innocent and good listener.


heheh tu lah BFF aku masa di tingkatan 6. oo ya tadi kan aku cakap da hang out dengan BFF aku. tapi dapat jumpa Lyd dan Bell saja. Ales bekerja sebab masa kami hang out tu weekdays. Mell pula di KL.

destinasinya SURIA SABAH. newest hypermall di KK. . Bell and Lyd pick me up di umah. then trus pegi Suria Sabah.. windows shopping sekejap then pegi branch di food court. kebetulan pula masa tuh Suria Sabah buzy dengan decoration untuk upcoming Christmas. spending almost 1 hour untuk update cerita kawan2 yang lain. rasanya uda 4 years tidak jumpa Lyd. Bell aku selalu jumpa sebab 1 jurusan di UMS. sempat lagi nih kami pose2..



61303_4887516633291_1674502788_n
Bell, Me & Lyd



6382_4887518233331_209457584_n
With Lyd



526714_4887518153329_574792087_n
With Bell



61422_4887543393960_1783218559_n
hangout is fun!!


hopefully nanti akan ada masa untuk hangout lagi. tapi kalau masa tuh da berkerjaya kita buat di luar KK ya?? huhuuhuh..
see u guys in the next post.. 

wassalam.








Monday, November 19, 2012

Konvo day..

assalamualaikum wbt..

dalam kehidupan seorang anak apatah lagi yang bergelar pelajar mahupun mahasiswa sesungguhnya pencapaian dalam bidang akademik merupakan antara impian yang ingin dicapai…

apatah lagi bagi ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk menyekolahkan anak2 mereka sehingga lah ke menara gading. graduasi atau konvokesyen anak2 ini lah merupakan saat yang sangat membanggakan…

syukur alhamdulillah… pada 20.10.2012 yang lalu aku sudah selamat bergraduasi dan menerima segulung ijazah yang selama ini tidak aku sangka kan.. dulu masa sekolah menengah aku bukanlah pelajar cemerlang yang setiap tahun akan menaiki pentas semasa majlis anugerah pelajar cemerlang… aku juga bukanlah pelajar yang selalu mendapat tempat top 3, top 5, top 10 malahan top15 pun tidak tercapai.. masa sekolah menengah dulu PMR aku cuma berjaya mendapat 3A manakalah masa SPM aku cuma berjaya dapat 1A… even parents aku juga tidak melihat aku sebagai anak yang akan menjejakkan kaki di menara gading… dengan keputusan yang tidak seberapa tu aku melangkah pula ke Tingkatan 6… syukur masa di Tingkatan 6 aku berjaya juga menjadi pelajar cemerlang STPM.. buat pertama kalinya aku naik pentas masa majlis anugerah pelajar cemerlang… tambah manis bila aku juga dinobatkan sebagai tokoh pelajar wanita…

lepas tu aku hayung lagi kaki ke menara gading… rasa masa tu macam tidak percaya… selalu jua parents aku cakap diaorang pon tidak sangka aku nih akan sampai tahap ini… syukurlah dengan doa dan pengorbanan parents aku dan usaha aku akhirnya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan dengan Sains Sosial) dapat juga aku genggam… akhirnya dapat juga aku buat parents aku bangga dengan diri aku yang tidak seberapa nih…
kejayaan itu paling manis bila kita kongsi dengan orang yang kita sayang… syukur lagi sekali bila aku menikmati kejayaan ini dengan keluarga dan orang yang aku sayang..



IMG_20121022_082034
snap gambar sebelum masuk dewan..



211020122501
parents aku yang menunggu di luar dewan..




SAM_4813

kuar saja dewan snap gambar lagi..




211020122505
parents yang telah banyak berkorban untuk anak2..




211020122514
my sis, Alyy yang gubah bunga konvo..




221020122544
snap gambar dengan famili yang datang..


syukur semua yang dirancang berjalan lancar… syukur juga Allah SWT beri kesempatan untuk aku bersama famili aku dan orang yang aku sayang di hari bahagia nih… sekarang fokus untuk menghadapi rintangan sebenar dalam menjadi pendidik.. cabaran yang pertama menghadapi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.. bila temuduga selesai cabaran utama pula berkhidmat di lapanagan pendidikan iaitu sekolah… apa2 pun yang berlaku nanti aku akan cuba hadapi dengan sokongan famili dan orang yang aku sayangi…

korang doakan aku berjaya hadapi cabaran2 itu dan menjadi pendidik yang boleh membantu anak bangsa ya.. doa dan restu korang sedikit sebanyak dapat membantu aku…

rasanya tu saja yang dapat aku kongsikan dengan korang pasal konvokesyen aku nih… jumpa lagi dalam post seterusnya…
wassalam….

Wednesday, November 14, 2012

Tips Kurus MissFyda

assalamualaikum w.b.t

huh.. lama sungguh kan korang tunggu untuk post nih (perasan banyak orang yang baca blog nih..) walau apa pun janji mesti ditepati…
nih adalah tiga tips yang akuaku rasa berguna dan aku sendiri amalkan…

1. beli penimbang..

dalam menurunkan berat badan, motivasi dan keazaman itu sangat lah penting… bagi aku motivasi dan keazaman aku tu datang bila aku nampak sendiri perbezaan berat badan aku. maksudnya bila aku tau berat aku uda berkurang… haa caranya dengan penimbang lah… aku syorkan beli yang digital. sebabnya kalau digital sedikit perbezaan pon dapat dinampak tau…



2. ubah gaya pemakanan..


maksud aku bukanlah tukar trus secara drastik… tukar perlahan2. yang penting jangan minum lagi minuman bikarbonat dan kurangkan gula dalam minuman. lagi satu fast food kurang2kan.. pengambilan nasi juga perlu dikurangkan juga. snek pon perlu dikawal juga..



3. buat diari diet..


macamana buat diari nih?? senang saja.. catatkan tarikh korang timbang berat korang lepastu catat juga la berat korang masa tuh… biasanya aku catat setiap seminggu… melalui diari nih aku akan tau sama ada diet aku tuh sesuai ka tidak dengan diri aku.  lagi satu aku akan tahu juga kalau diet aku tuh berkesan.

ok rasanya tu saja lah tips yang aku pegang selama aku mendietkan diri aku nih… walaupun tidak banyak tapi rasanya cukuplah untuk membantu korang ya… ooo ya jangan lupa juga banyakkan doa kepada Allah SWT…

kalau korang da try diet aku nih, jangan lupa inform aku perkembangan korang ya... gud luck..

wassalam... 

Monday, October 8, 2012

Perhatian kepada Intan Munirah

Assalamualaikum wbt..

aku tau next post mesti pasal tips kurus tapi ni darurat... seorang costumer membeli berus makeup daripada saya tapi no hp customer tu pla terdelete... so ni jak cara untuk hubungi costumer tu... 

pengumuman ni untuk Intan Munirah Hj Mahmud..
parcel anda suda saya antar.... ni tracking no parcel anda.. EM318257708 MY

mula2 saya buka untuk pastikan berus cukup bilangannya..


masukkan dalam plastiknya semula


pose sebelum hantar ke poslaju


slip penghantaran...


p/s: kalau da terima parcel harap Intan nanti dapat msj saya...


wassalam...



Friday, October 5, 2012

Kurus OOoooOOoooOO Kurus Part 2

assalamualaikum wbt.. 

dalam entry yang lalu aku uda ceritakan pasal masalah yang aku hadapi masa gempal dan sedikit pengalaman aku masa mula2 mahu diet dulu…
dalam entry kali ni pula aku akan kongsikan cara aku berdiet…

korang kan tahu aku nih suka tengok video makeup2 sampailah suatu hari tuh aku tengok video pasal kecantikan daripada salah satu makeup guru youtube, BUBZBEAUTY.. dalam video tuh Bubbi nih ceritakan tentang kebaikan teh hijau atau green tea kepada dirinya. according to Bubbi green tea nih banyak bantu untuk improve kulitnya.. heheheh

so, aku pon beli lah green tea.. masa mula2 mau beli green tea tuh aku masih lagi belajar di UMS. so aku start beli yang kotak paling kecil.. ingat lagi masa tuh aku beli brand Ahmad Tea.. aku pernah jua post entry pasal teh nih… klik disini. mula2 minum tuh aku pilih yang Ahmad Tea Jasmine Green Tea. serius sedapp… masa tuh aku letak gula sedikit dalam green tea tuh… tapi bila dapat tau yang gula tuh akan membunuh kebaikan green tea trus aku stop letak gula… haa lagi jimat… nda payah beli gula.. tapi brand Ahmad Tea mcm susah dicari nih.. so, aku pon bertukar ke BOH.. brand yang ni sangat senang dicari.. korang tidak percaya green tea dapat membantu dalam menurunkan berat badan? haa baca nih... KLIK SINI dan SINI




selain minum green tea aku pon kawal makan. aku percaya nafsu makan manusia nih boleh dikawal… macamana???? senang saja.. latihan… aku tidak akan trus tidak makan… sebaliknya aku latih diri aku… kalau dulu aku makan 2 setengah senduk nasi setiap kali makan aku akan kurangkan kepada 1 setengah senduk nasi.  bila aku rasakan diri aku sudah biasa dengan perubahan itu aku kurangkan lagi nasi tuh kepada 1 senduk saja. lauk pula aku akan try avoid amik dalam kuantiti yang banyak.. macamana?? masa mau amik lauk tu aku akan kata pada diri aku yang aku nih cuma mau merasa saja lauk tu.. bukan mau makan lauk tuh sampai kenyang.. eya aku gunakan psikologi skit dalam diet nih… kalau ayam atau ikan ckuplah seketul saja. masa malam aku akan latih diri untuk tidak makan malam... masa mula2 aku tidak makan nasi sebaliknya makan lauk ja masa malam... kalau korang pula buat ikut kesesuaian korang lah ya..


minuman bergas dan fast food aku cut trus… rasanya semua orang tau 1 tin kecil minuman bergas tu ada 9 sudu kecil gula… so, aku rasa diet aku burn kalau minum minuman bergas. pasal fast food pla, aku nih suka fast food… lagi2 lah MrRite aku tuk suka KFC. apa yang aku buat masa sebelum mula diet tuh aku bawa MrRite pegi makan fast food nih… masa makan tuh aku cuba ingat macamana rasa makanan fast food tuh… pastu aku slow talk ma MrRite yang aku akan berdiet dan minta dia faham n support misi aku tuh. alhamdulillah dia faham dan support aku… slalu masa diet tu dia tidak akan bising kalau aku makan sikit… even di restoran pon aku akan minta nasi half.. hohohooh


ok tu lau dalam makan… lagi satu yang aku buat selalu  ialah measure my weight… setiap aku ada masa aku akan timbang berat badan… masa aku di UMS aku tiada scale/penimbang. tapi syukurlah di Pusat Rawatan Warga (PRW) di UMS ada scale… kalau tidak silap ada 5 jenis scale yang ada di PRW… biasanya after aku jogging dengan Mr Rite aku akan singgah di PRW amik measurement… lepas tuh aku akan tulis dalam hp aku tarikh dan berat aku masa tuh… korang tau nih la yang bantu aku tau kalau diet aku tuh berkesan menurunkan berat aku atau tidak. aku tidaklah measure setiap hari. kadang2 3 atau 4 hari… sekurang2nya ada la jua perubahan berat yang dinampak. penting untuk measure berat nih sebab aku akan dapat adjust gaya diet aku dengan badan aku… maksudnya aku akan tau gaya diet yang sesuai dengan badan aku..

pasal makan sudah, pasal measure sudah jua. tapi ada sesuatu yang kamu2 mesti tau.. setiap orang mempunyai badan yang berbeza. sebab tu korang mesti lah tau pasal diri korang dulu… mula2 korang cuba cut separuh dari nasi yang biasa korang makan… cuba bertahan dalam masa seminggu… tapi jangan lupa measure sebelum tu pla.. selepas seminggu tuh korang measure balik. kalau ada perubahan teruskan sebab badan korang uda dapat terima perubahan tuh… kalau berat lepas tuh tidak berubah korang try tukar pla gaya makan yang lain… misalnya kurangkan goreng2 lebihkan stim2…


apa yang penting jangan putus asa. sebelum aku berjaya diet nih uda banyak kali aku bagitau diri mau berdiet… tapi bila tidak nampak result atau perubahan dalam berat badan tuh aku trus berhenti… macam yang aku cakap lah setiap orang ada badan yang berbeza… macam aku sendiri… hampir sebulan aku berdiet barulah nampak perbezaan berat badan tuh… barulah turun dalam 1kg… lambat tapi tidak apa asalkan berhasil…


apa2 pon kita buat mesti akan ada cabarannya… itu aku tidak nafikan.. apa tah lagi dalam berdiet… cabaran yang paling besar aku rasa ialah famili n kawan2.. bukan apa famili aku sebut sebab kebetulan kalau aku diet mama aku masak yang sedap2… lagi hebat dia marahkan aku kalau aku makan sikit… kalau kawan2 pla masa kita berdiet lah diaorg sibuk mo belanja makan… huhuu dulu masa gempal tidak pon mo belanja.. ehheheheh…

lagi satu.. aku nih percaya pada kunfayakun… maksudnya kalau Allah S.W.T kata jadi maka jadi lah… aku percaya setiap apa yang kita minta akan ditunaikan oleh-Nya… oleh itu aku nda putus2 berdoa dalam sujud supaya Allah S.W.T bantu aku untuk menurunkan berat badan… dan alhamdulillah aku berjaya menurunkan berat badan… sekarang nih aku selalu berdoa supaya aku dapat maintainkan berat aku… orang putih kata losing weight is easy but maintaining weight is difficult…



waa panjang pula entry nih… rasanya tuh saja la yang aku amalkan… kalau ada termiss tuh nanti aku tambah di komen ya…
ooo ya aku akan bagi tips2 untuk berdiet dalam entry yang seterusnya… tunggu tau.. lagi satu aku akan bagitau berat aku sebelum dan selepas aku berdiet…
wassalam..

p/s: Tq MrGoogle utk gambar hiasan...