Buat duit sampingan di sini

Sunday, May 22, 2011

Nurkasih The movie







salam all...
ha... ni kali aku mo buat review movie hot di malaysia masa kini.....
NURKASIH....
kemarin aku da layan movie nih sesama ngan mr rite, akak nya> kak ema n adknya> mael... ngeh2...
ok straight pada review ya....

sebenarnya dlam movie nih NUR uda bersama2 ngan suaminya iaitu ADAM... AIDIL pula uda ada dua orang anak seorg perempuan n seorang lelaki... tapi isterinya yang dilakonkan oleh Ayu Raudah pula meninggal dunia sebab kemalangan diluar rumah mereka....
so, AIDIL bawa kedua-dua anaknya tinggal ngan ibunya di kampung... sementara tu NUR n ADAM jua selalu ke kampung menjenguk ibu ADAM... semasa di kampung NUR n ADAM membuat kelas2 agama percuma kepada remaja n anak-anak yang nakal...
NUR akhirnya disahkan mengandung.... berita gembira nih dikongsikan seluruh keluarga mereka.... namun, NUR kemudian keguguran.... bermula lah episod sedih dalam keluarga mereka...

untuk mengubat hati, NUR dan ADAM ke tanah suci.... melawat tempat2 yang bersejarah untuk mengagumi kejadian ALLAH SWT.... semasa menaiki kereta api, kereta api tersebut telah mengalami kemalangan... nasib baik ADAM n NUR tidak terkorban dan hanya luka ringan saja....
tapi masa tersebut NUR kehilangan cincin perkahwinannya... ADAM kemudian telah bertindak mencari cincin tersebut.... selepas itu, ADAM terperangkap dalam ribut.... NUR kemudian bertindak mencari ADAM..... akhirnya setelah mencari dan gagal NUR akhirnya meminta AIDIL datang dari Malaysia....

AIDIL dan NUR kemudian bersama-sama mencari ADAM dan menjumpainya setelah puas mencari.... ADAM dirawat dihospital namun ADAM mempunyai masalah dalaman berkaitan jantung atau hati... (x ingat... heheheh)... NUR pula mendapati dirinya mengandung semula...  ADAM semakin hari semakin lemah kerana penyakitnya.... salah seorg pelajarnya telah bertindak mendaftar sebagai penderma organ untuk ADAM tanpa diketahui sesiapa...

AIDIL masa tersebut menggantikan ADAM untuk mengajar dalam kelas agama... sehinggalah seorang pelajar perempuan secara tidak sengaja telah menyebabkan AIDIL terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan samseng... pelajar ADAM yang telah mendaftar sebagai penderma yang menjumpai AIDIL dan kumpulan samseng tersebut telah membantu menyelamatkan AIDIL... namun, akhirnya pelajar tersebut meninggal dunia... pada masa yang sama, ADAM dalam keadaan kritikal....

akhirnya, ADAM berjaya diselamatkan dengan bantuan pelajar yang terkorban tersebut..... NUR pula akhirnya selamat melahirkan seorg anak lelaki...

akhirnya, hanya AIDIL dan NUR saja yang tinggal uzur... ADAM telah meninggal dunia terlebih dahulu... NUR pula semakin lupa akan kisah mereka namun, buku yang ditulis oleh ADAM semasa sakit telah dibacakan oleh AIDIL agar NUR ingat akan kisah hidupnya dengan ADAM..
TAMAT....

ha... penat aku taip review nih... ngeh3
tapi apa aku taip nih ringkas jak ya.... ada detail2 lagi aku sengaja tidak masukkan... surprise ya....

komen aku:
movie nih best tau...
cara setiap babak ditayangkan cantik jak... haish... susah cakap la... korang p tgk tau... movie nih ada elemen lawak2 jua... ngeh2 pelakon kanak2 jua kiuuuutttt jak... mang nice lah... hehehhe











korang pegi tengok tau... yang da tengok jangan lupa komen2 ya...


p/s: tq MRGooGle utk pict2

2 comments:

Unknown said...

err..aku tertidoq tengok ni.. haha.

tp crita ok. bes

MiSS Fyda said...

nub: heheheh ya setuju sama ko... hehehe