Buat duit sampingan di sini

Monday, November 19, 2012

Konvo day..

assalamualaikum wbt..

dalam kehidupan seorang anak apatah lagi yang bergelar pelajar mahupun mahasiswa sesungguhnya pencapaian dalam bidang akademik merupakan antara impian yang ingin dicapai…

apatah lagi bagi ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk menyekolahkan anak2 mereka sehingga lah ke menara gading. graduasi atau konvokesyen anak2 ini lah merupakan saat yang sangat membanggakan…

syukur alhamdulillah… pada 20.10.2012 yang lalu aku sudah selamat bergraduasi dan menerima segulung ijazah yang selama ini tidak aku sangka kan.. dulu masa sekolah menengah aku bukanlah pelajar cemerlang yang setiap tahun akan menaiki pentas semasa majlis anugerah pelajar cemerlang… aku juga bukanlah pelajar yang selalu mendapat tempat top 3, top 5, top 10 malahan top15 pun tidak tercapai.. masa sekolah menengah dulu PMR aku cuma berjaya mendapat 3A manakalah masa SPM aku cuma berjaya dapat 1A… even parents aku juga tidak melihat aku sebagai anak yang akan menjejakkan kaki di menara gading… dengan keputusan yang tidak seberapa tu aku melangkah pula ke Tingkatan 6… syukur masa di Tingkatan 6 aku berjaya juga menjadi pelajar cemerlang STPM.. buat pertama kalinya aku naik pentas masa majlis anugerah pelajar cemerlang… tambah manis bila aku juga dinobatkan sebagai tokoh pelajar wanita…

lepas tu aku hayung lagi kaki ke menara gading… rasa masa tu macam tidak percaya… selalu jua parents aku cakap diaorang pon tidak sangka aku nih akan sampai tahap ini… syukurlah dengan doa dan pengorbanan parents aku dan usaha aku akhirnya Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan dengan Sains Sosial) dapat juga aku genggam… akhirnya dapat juga aku buat parents aku bangga dengan diri aku yang tidak seberapa nih…
kejayaan itu paling manis bila kita kongsi dengan orang yang kita sayang… syukur lagi sekali bila aku menikmati kejayaan ini dengan keluarga dan orang yang aku sayang..



IMG_20121022_082034
snap gambar sebelum masuk dewan..



211020122501
parents aku yang menunggu di luar dewan..




SAM_4813

kuar saja dewan snap gambar lagi..




211020122505
parents yang telah banyak berkorban untuk anak2..




211020122514
my sis, Alyy yang gubah bunga konvo..




221020122544
snap gambar dengan famili yang datang..


syukur semua yang dirancang berjalan lancar… syukur juga Allah SWT beri kesempatan untuk aku bersama famili aku dan orang yang aku sayang di hari bahagia nih… sekarang fokus untuk menghadapi rintangan sebenar dalam menjadi pendidik.. cabaran yang pertama menghadapi temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.. bila temuduga selesai cabaran utama pula berkhidmat di lapanagan pendidikan iaitu sekolah… apa2 pun yang berlaku nanti aku akan cuba hadapi dengan sokongan famili dan orang yang aku sayangi…

korang doakan aku berjaya hadapi cabaran2 itu dan menjadi pendidik yang boleh membantu anak bangsa ya.. doa dan restu korang sedikit sebanyak dapat membantu aku…

rasanya tu saja yang dapat aku kongsikan dengan korang pasal konvokesyen aku nih… jumpa lagi dalam post seterusnya…
wassalam….

No comments: