salam semua…
macam yang aku janjikan, ni vol 1 dalam segmen MISS FYDA & NATURE…. dalam vol ni aku akan ceritakan trip aku & kwan2 pegi Lembah Danum…
bagi korang yang x kenal ngan nama Lembah Danum sila tanya En Google ya…
Lembah Danum ni terletak di Lahad Datu, Sabah… kalau aku x silap jalan menuju ke Kunak… perjalanan trip kami pada hari tuh panjang dan lama juga… kalau x silap lebih sehari la… sebab yang aku ingat, kami bertolak pagi dan sampai di Lembah Danum sudah gelap…
disebabkan trip kali nih di sertai lebih 100 orang (major Sejarah bergabung dengan major Geografi) maka dua buah bas pelancong digunakan dan sebuah van persiaran turut serta. aku dan Mr Rite mengikuti van persiaran bersama-sama 12 orang peserta yang lain termasuklah pengarah trip kami Nasyitah… oleh sebab kami menaiki van, kami lebih cepat sampai di kawasan2 pit stop untuk rehat dan lunch… lagi satu, kami juga ada lebih banyak masa untuk singgah mengambil gambar…(ehheheheheh)..
apa yang seronoknya, aku secara peribadi tidak pernah masuk hutan dan bertentang mata dengan pacat… nervous dan risau semuanya bercampur baur… almaklum lah aku nih gatal telinga mau mendengar cerita pacat dari kawan2 yang ada pengalaman… so, aku pon menggambarkan pacat tuh jahat…
sampai jak di kawasan yang dituju iaitu tengah2 hutan… aku terkejut sebab facilities yang mereka sediakan disana boleh tahan… kami menginap di hostel dan ada juga yang tinggal di shallet yang berdekatan…elektrik disediakan sehingga jam 12 tghmalam saja… tapi di hostel tuh ada sebanyak lebih 20 katil double… tandas juga ada disediakan dengan shower sekali… ada juga bilik sembahyang untuk kemudahan pengunjung. perkhidmatan kafe atau restoran juga ada tetapi makanan disana adalah mahal jika dibandingkan luar kawasan tersebut… maybe disebabkan dalam hutan
seingat aku pagi esoknya hujan trus aku gelisah sebab pacat nih suka kuar lepas hujan… macam pesta la… sebelum kami masuk hutan, kami diberikan taklimat tentang Lembah Danum termasuklah macamana mau elak pacat… ha… ni yang buat aku gerun nih… siap dia tunjukkan lagi pacat tuh… dalam slaid jak…
pastuh kami pon meredah hutan… mang best sebab ada jambatan gantung, sungai dan macam2… kami bergerak dalam kumpulan2 tapi masih lagi melalui laluan yang sama… kalau x silap perjalanan kami tuh sejauh 4km menuju ke air terjun… hahaha yang lucunya… kebanyakan antara kami first time masuk hutan so, masuk jak hutan sudah kedengaran jeritan bersambung2… ehehheeh
macam2 yang aku lalui masa dalam hutan nih dan yang paling penting dapat juga jumpa pacat…. eeeeeuuuuuu menggelikan… ni lah orang yang x pernah masuk hutan nih…. lepas saja kami kuar dari hutan ramai yang mengadu digigit pacat… heheheh biasa la tuh… tapi aku tak digigit… tidak sempat… esoknya kami pon balik…. ada lagi yang best nih… kami sempat tengok gajah…. yey!!!! live tau….
panjangnya aku melalut nih…. ha sekarang time tengok gambar…..
Transport kami masa tuh
Sempat kami pose di simpang jalan sementara menunggu rakan2 lain..
ni pula pose sebelum masuk hutan… nervousss
ni pula gambar masa da sampai destinasi dalam hutan..
ha ni gambar sebelum dan semasa dalam perjalanan balik….
ni antara beberapa gambar yang sempat aku snap sekitar kawasan Lembah Danum
tu la dia laporan lengkap aku pasal Lembah Danum yang menarik dan cantik….sesangat terima kasih sebab sudi dan sabar membaca…
ehhehehe
No comments:
Post a Comment