Buat duit sampingan di sini

Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts

Sunday, August 24, 2014

Ayam Butter Nestum Simple

assalamualaikum wbt...

aku buka entri kali nih dengan resepi la pula.. 
hahah dengan muka selamba pula kan? 
sekarang nih tengah berusaha untuk updatekan blog nih...

ok trus lah ke resepinya ya.,..

Ayam Butter Nestum

Bahan2

Isi ayam goreng
- isi ayam di potomg dadu atau potong nipis. pastikan agak sama saiz supaya masa masak agak sama.(ikot suka korang lah.. aku guna sebelah dada ayam..)
- putih telur dari sebiji telur (aku guna telur gerd B)
- sedikit garamgu.
 - sesudu kecil gula.
-tepung gandum untuk celup ayam..
- minyak untuk menggoreng.

sos butter
-2 sudu besar margerin
-2 ulas bawang merah & 3 ulas bawang putih dicincang halus.
- 2 ulas cili padi yang dihiris halus.
- 4 @5 keping daun kari
- 3 sudu besar susu pekat manis
- 2 sudu besar stok ayam
-sedikit air
- 3 sudu besar nestum.(boleh digantikan dengan oat)

cara2
1. basuh isi ayam bersih-bersih kemudian campurkan garam dan gula. campurkan juga putih telur ke dalam isi ayam tersebut dan gaulkan sebati.
2. panaskan minyak untuk menggoreng.
3. celupkan isi ayam ke dalam tepung gandum kemudian gorenggan sehingga warna keemasan. angkatkan isi ayam yang telah digoreng dan letakkan di atas tisu dapur untuk menyerap minyak berlebihan. ketepikan.
4. panaskan margerin dalam kuali yang lain. kemudian tumis bawang merah dan bawang putih sehingga menggeluarkan bau.
5. masukkan cili padi dan daun kari.
6. masukkan susu pekat manis dan stok ayam. 
7. gaul sebati. masa nih korang rasa la kalau rasa-rasa kurang boleh masukkan garam dan ajinomoto. kalau rasa pekat sangat tambahkan air. (cair sikit tidak apa sebab nestum nanti akan pekatkan kuah.)
8. masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
9. masukkan nestum dan gaul lagi..
10. agak-agak sudah sebati terus tutup api... 
 SIAP...

boleh la angkat dan hiaskan dengan menabur sedikit nestum di atas ayam





Monday, February 18, 2013

Homemade Jem Durian

assalamualaikum wbt.. 

homemade

dari hari tuh lagi aku janji mau share cara buat jem durian ngan korang kan.. tidak apa, hari nih aku tunaikan janji itu… bak kata iklan di tv janji mesti ditepati


ni adalah bahan2 yang korang mesti ada…

1. isi durian
1301201310166

2. gula merah/melaka
1301201310167

3. gula pasir

4. tepung jagung


cara2 membuatnya:
1. masukkan air (3-4 gelas) kedalam kuali.. air nih korang boleh juga agak2 saja.
1301201310168


2. potong gula merah/melaka jadi kepingan atau ketulan kecil supaya mudah larut.
1301201310169


3. apabila air di kuali sudah mendidih masukkan gula merah/melaka dan isi durian kedalam kuali.
1301201310170


4. biarkan mendidih sekejap lepastuh masukkan gula pasir (1-2 senduk nasi). lepas tuh gaulkan..
1301201310171


5. biarkan mendidih sekejap. masa nih korang akan nampak air sudah berwarna coklat2.
1301201310172


6. biarkan mendidih tapi jangan lupa gaulkan supaya jem tidak melekat pada kuali.
1301201310173


7. masa nih aku gunakan api yang kuat. biarkan saja sehinggahlah isi durian mula hancur..
1301201310175


8. bila sudah hancur dan menjadi warna coklat, korang adunkan tepung jagung dengan sedikit air.. fungsi tepung jagung nih untuk memekatkan jem kita.
1301201310176
1301201310183


9. bila sudah pekat korang boleh lah matikan api dan biarkan jem sejuk dulu sebelum pindahkan ke dalam bekas kedap udara.
3112201210085

SIAP sudah!!!
ha.. sekarang bolehlah jem dimakan bersama roti.

1301201310184

senang kan?? jem nih boleh juga dicampurkan dengan santan kelapa. kalau tambah santan rasa semakin berlemak dan sedapp…

korang jangan lupa buat ya..
wassalam…

Sunday, December 23, 2012

cucur nasi dari leftover nasi.

Assalamualaikum wbt..

korang ada nasi leftover??? biasala tu.. aku pon semenjak bermastautin di rumah aku dapati memang akan ada nasi yang leftover.

nasi leftover ni bukannya satu kesalahan.. biasalah kalau masak kadang2 akan terlebih. apa yang penting jangan buang nasi tuh. mama aku biasanya akan stimkan semula nasi atau pon goreng saja jadilah nasi goreng.

tapi, bosanlah balik2 nasi goreng.. so, aku pon tanya lah Mr.Google.. jumpa lah satu resepi yang boleh ubah nasi leftover jadi cucur..
macamana???

ok, bahan2 utama yang korang mesti ada:

IMG_20120928_115230
nasi leftover (aku hancurkan macam mau buat nasi goreng),


IMG_20120930_201848
udang kering (aku guna harga rm1),


IMG_20120928_115235
bawang besar (dipotong dadu),


IMG_20120930_205228
baking powder (1-2 sudu makan),


IMG_20120930_201925
tepung gandum (lebih kurang 4 cawan @ ikut kesesuaian),


perasa: ajinomoto & garam, sedikit air & minyak untuk menggoreng.

yang ni bahan2 asas sebenarnya korang boleh juga tambah bahan lain spt daun bawang atau udang..

cara membuatnya:

1. campurkan nasi, bawang besar, udang kering dan sedikit air kedalam blander@ pengisar. kisarkan campuran tadi sampailah jadi macam paste atau makanan bayi.
IMG_20120930_202534
IMG_20120928_120706


2. masukkan paste tadi kedalam bekas yang besar. kemudian masukkan baking powder dan tepung gamdum secara perlahan-lahan. tambahkan perasa mengikut kesesuaian. sebatikan campuran tadi sampailah menjadi likat @ mama aku cakap sampai adunan dapat dijatuhkan dengan baik ke dalam minyak nanti. kalau adunan terlalu cair tambahkan tepung dan kalau terlalu pekat masukkan sedikit air
IMG_20120928_122646


3. bila da puas hati dengan adunan tadi bolehlah masukkan bahan2 tambahan lain misalnya daun bawang yang sudah dihiris2.
IMG_20120930_204057


4. panaskan minyak & bolehlah praktis2 untuk jatuhkan adunan dalam minyak. bila minyak da panas kecilkan sedikit api dan bolehlah mula menggoreng cucur tadi.
IMG_20120930_205615
IMG_20120928_124047


5. bila cucur suda kelihatan golden brown bolehlah diangkat.
IMG_20120928_124039


aku memang suka cucur yang segumpal2 begini. senang dimasukkan dalam mulut.. hehehehe. oo ya cucur ni sangat sedap dimakan dengan sos atau paling best dengan sambal tumis.. huhuhu

nilah hasilnya TADA!!

IMG_20120928_151514
nih dengan sos cili..



IMG_20120930_212136
ni pula dengan sambal tumis..



cucur nih aku suka makan masa petang2 dan awal pagi…
tengahari pun ok juga…

ok lah, selamat mencuba dan jangan sia2 kan leftover nasi korang…

wassalam..














Sunday, July 10, 2011

pahit mungkin adalah lebih baik~~~

assalamualaikum...
ha... di malam yang bahagia nih aku mo share masakan sayur yang aku sesangat la suka....
apakah sayur itu?????? jeng3 


sayur itu adalah sayur....


 PERIA~~~~~~~ haa??? mengapakah MissFyda suka sayur yang pahit itu??????? sedapkah sayur itu??? tapi, mengapakah mesti peria??? bukan peria tuh pahit????


saya paham banyak yang x suka peria sebab pahit dan langsung x sedap...... TETAPI, tahukah korang yang PERIA itu sangat berkhasiat??????


Setiap 100gm peria mengandungi 92.4 peratus lembab, protein 1.6 peratus, lemak 0.2 peratus, mineral 0.8 peratus, fiber 0.8 peratus dan karbohidrat 4.2 peratus.


pastu, korang tau ke yang 

peria digunakan untuk merawat kencing manis. Doktor dari England telah membuat penyelidikan untuk mencari nilai saintifiknya. Hasilnya mereka menemui hypoglycemic atau insulin. Seterusnya mereka mencipta plantinsulin untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.
Kaedah yang paling mudah untuk merawat penyakit ini ialah dengan meminum jus yang di ambil daripada empat atau lima biji peria pada setiap pagi. Bijinya yang dihancurkan boleh dicampurkan ke dalam makanan. Sekiranya tidak mahu meminum jusnya, penghidap diabetes juga boleh meminum air rebusan beberapa potang peria ataupun menggunakannya dalam bentuk serbuk
Daunnya pula sangat berkesan untuk merawat buasir. Caranya ialah dengan mencampurkan jus yang boleh diperolehi daripada daunnya ke dalam segelas susu. Ia hendaklah di minum setiap pagi selama sebulan untuk merawatnya. Akarnya yang telah di hancurkan pula di gunakan untuk di sapukan ke tempat buasir.
Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah, fungus peria boleh mengatasinya dengan cara mencampurkan segelas jus peria dan sudu kecil jus limau. Ia hendaklah diamalkan sedikit demi sedikit dalam jangkamasa empat ke enam bulan. Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daripada daunnya. Ia juga boleh mengatasi masalah hati kesan daripada pengamblan alkohol.



kalau korang mau tahu lebih lanjut klik saja sini... laman ni banyak cerita tentang tumbuh-tumbuhan tau...






ok... sekarang mari aku tunjukkan macamana aku masak sayur peria nih...


apa yang mesti ada ialah 


1. Sayur Peria.. yang nih aku da siap2 potong n buangkan biji di tengah tu...





2. bawang secukupnya... aku suka gunakan bawang merah n putih dihiris2


3. telur ayam. ikut suka la mau letak 2 biji pon bole. tapi aku pakai sebiji saja.




4. sos tiram secukupnya..



bahan2 yang lain mesti jua ada misalnya garam n ajinamoto, minyak masak sedikit saja, dan kuali serta sudip....


1. untuk masak mula2 korang tumis sekejap bawang dengan minyak yang sedikit saja... tumis sampai bau kuar tau....



2. masukkan sayur peria dan gaulkan sehingga rata. lepas tu korang biarkan seketika dalam 4-5 minit.





3. lepas korang agak2 peria tuh da lembut, korang masukkan air sedikit dan biarkan air mendidih..


4. lepas tu korang tambahkan sos tiram.... kemudian gaul2 hingga rata...


5. last sekali masukkan telur... lepas tuh gaul2 lagi... gaul hingga telur hancur dan masak...


6. bila sayur da agak2 macam dalam gambar nih... korang tambahkan perisa dengan tambah garam  dan ajinamoto. pastu matikan api dan salin sayur ke dalam mangkuk atau pinggan... 


SIAPPP...

sila lah cuba.... rasa pahit hanya sdikit sebab uda ada sos tiran... mang sedoppp...

ingat ya kawan2 mungkin kadang2 pahit tu adalah baik untuk kita....





Friday, November 19, 2010

Selam Hari Raya!!!!!!


salam all....
first of all
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!
aku rasa agak lambat post aku ni(uh... well just carry on la... thehehhe)
alamak lupa snap pic sama2 famili n kazen2...(stupido! hmmmmm) ni jak pic yang aku snap... sowi ar..... hehehhe pic2 ni lebih menunjukkan persiapan memasak(formal bah... astaga!...) ehhehe



ni kelupis... setau aku makanan org Bajau.... tp, rmate>> Intan cakap d Sarawak pon panggil kelupis...(ok2 baru aku tau...) kelupis ni sbnarnya beras pulut yang dimasak ngan santan kmudian dtmbah perisa garam n gula.... pastu dbungkus dalam daun pisang... lepas tu d kukus...
sodap tau....



big papa yang slice daging untuk dimasak rengang... huhuhu



ha nih keja aku turun temurun nih..... kupas bawang, halia n sbgainya.... kbanyakan untuk jd bahan2 masakan... wei... penting tau aku nih... tanpa aku x bahan2, x la makanan... hehehhehe kan2?(i know i'm right!!! bangga maa)




ni part yang x puas hati nih... big papa beli 5 kilo ayam... repeat>>> 5 KILO!
then bila bersihkan kulit n lemak2 hasilnya daging ayam macam 4 KILO jak... korang tau lemak n kulit tuh 1 KILO!!!!apalah.... nasib badan dpt ayam banyak lemak... hmmmmm





ni gambar fyda beraya... heheheh lam keta bah ni... on way la kiranya... heheheh
all blue....

hm... tu jak la yang aku dpt gtau ni....
hopefully korang bergumbira masa hari raya lalu...
chao....




Monday, August 23, 2010

masak

salam all... ehheeheh bagi sesapa yang kenal ma fyda msti x caya... fyda masak???? boleh ka??? heheheh p tu la yang berlaku bebaru neh...bkan fyda yang masak... Alyy... bak seruan mama "kamu tu pempuan kalau x blaja masak mcm mau bagi suami mkan..." huhuhu... mama, ku menyahut seruan mu.... so, fyda pon tmankan Alyy masak dengan arahan mama... ne resipinyer... simple but i likeeee~~~


Bendi tumis



ne la sayur bendi... mula2 cut kdua-dua hjung bendi... pastu kalau saiz bendi besar cut 3 bahagia... ole sebaba bendi fyda kcik cut 2 pon oke dah... pas cut, cuci bersih2.. then toss la...



ne pla bahan perasa bagi umph... bawang merah n putih yang ditumbuk n bawang besar...



oke kita stat masak.... first, panaskan minyak ckup2 tuk tumis bawang... pastu masukkan bawan n tumis cmpai wangi....



opps lupa pla... cut sedikit belacan saiz macam ibu jari anda... che!!
n masukkan ke dalam kuali...




pastu masukkan bendi n gaul2.... tambahkan air n biarkan seketika... bila dekat mau masak, masukkan garam n aji.... tguu sekejap g... then da bole angkat...




ni la hasilnyer.... bendi tumis... huhuhuhu walau pon temankan Aly masak jak sempat jua fyda hafal resepinyer...


ok geng... hope blelah try resepi neh...