assalamualaikum wbt…
syukur alhamdulillah kemarin aku selamat juga melalui temuduga terbesar dalam hidup.. ya la kan mau jadi cikgu mesti lalu temuduga nih…
meh la aku ceritakan pengalaman aku nih..
kemarin jam 6.30 pagi sudah terpacak di lobi menara BSN.. bukan di bahagian depan tu ya. ni bahagian belakang. depan tu bank BSN..
lepas tuh naik ke tingkat 3 macam yang diberitahu. mula sekali datang terus ke meja urusetia untuk tandatangan kehadiran dalam sekeping kertas yang suda tertera nama. pastuh tunggu urusetia panggil untuk semak dokumen. selesai saja semak dokumen urusetia beritahu no bilik temuduga dan kumpulan.
“cikgu dalam kumpulan 1 di bilik temuduga 2”
nah kau, group pertama. okeh trus duduk cari kawan 1 kumpulan. syukurlah semuanya coursemate yang dikenali..
pastuh nampak akak urusetia tuh masuk bilik temuduga 2 hantar fail dan dokumen kami… teruslah kami sekumpulan berdiri depan pintu. hahha masa nih sempat lagi aku pinjam blazer dengan kawan yang kumpulan lain.
masuk saja kami terus letak buku rancangan mengajar kami di meja panel penemuduga. panel kami seorang lelaki dan seorang perempuan. dengar kata panel lelaki tuh timbalan pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendididkan dan panel perempuan pula ketua bahagian sejarah Jabatan Pelajaran Negeri Sabah…
mula2 sekali perkenalkan diri masing2…
3 benda saja yang panel mahu nama, institusi pengajian dan opsyen.
ni pula soalan2nya
1. apa peranan dan elemen RPH.
2. apakah pendekatan yang anda gunakan untuk menarik minat pelajar yang proaktif.
3. apa jadual waktu persendirian, jadual waktu induk dan jadual waktu kelas.
4. apa itu bilik guru.
5. apa buku yang tertulis senarai nama pelajar setiap kelas.
6. bandar utama bagi setiap negeri
7. kenapa guru sekarang lebih ramai adalah perempuan?
ha rasanya tu saja lah tapi kalau ada lagi aku lupa sudah..
syukur kami semua yang temuduga hari tuh dapat penemuduga yang baik dan sporting.
yang aku ingat kedua-dua penemuduga tu cakap
“bagus-bagus.. semua boleh dijawab.. ne semangat guru-guru muda nih..”
“dah boleh kamu nih jadi cikgu.. jaga kesihatan.. jaga lutut sebab nanti mengajar kena naik tangga kadang kala sampai tingkat 4”
harap-harap kami kami semua lulus temuduga nih dan dipostingkan segera… amin…
nama pon blogger kan sempat lagi lah snap2… huhuhu lupa pula snap 1 kumpulan… sedih…
menara BSN ni cantik pula dari jauh
pintu masuk SPP
dengan Will kawan 1 course juga
dengan Epy sama juga kawan 1 course
nervous diaorang nih
penemuduga yang sporting
sempat bergambar dengan MrRite.. weee tunggu MrRite masuk interviu… apa tidak, nama huruf Z…
alhamdulillah semuanya baik-baik belaka…
sekarang tinggal tunggu saja..
kalau sudah rezeki tidak akan ke mana…
wassalam…
No comments:
Post a Comment