Buat duit sampingan di sini

Wednesday, March 13, 2013

Guide to Kota Kinabalu 3

assalamualaikum wbt…
macam yang aku janji aku akan buat review pasal restoran yang aku dan famili aku pegi hari tuh… kalau korang blur, silah lah rujuk post aku sebelum nih ya…

restoran bertuah tu ialah Restoran Sri Sembilan Ria, Harbour City
restoran nih terletak berhadapan dengan Sutera Harbour… dan sebaris dengan Zara’s Boutique Hotel… actually banyak restoran yang berbaris di kawasan nih….

straight to the menu… ni merupakan antara menu yang famili aku order dan aku rasakan korang mesti cuba bila pegi restoran nih…

IMG_0318
Nasi Goreng Sembilan Ria
nasi goreng yang disertakan dengan ketulan ayam goreng.. sambal tumis dan keropok ikan juga ada dibagi.. kiranya nih la signature dish la untuk restoran nih..


IMG_0317
Sotong Goreng Tepung
haa nih lagi best… sotong yang tidak terlalu besar dan tidak juga kecil… kira sederhana besar digoreng dengan tepung… aku suka menu nih sebab bila makan crunchy dan sodap… oo ya sotong juga tidak dipotong nipis dan agak tebal… memang syok la..


IMG_0316
Sup Isi Ikan
rasa sup nih light sedikit tapi bukannya sebab dia kurang isi… isi ikan dalam sup nih di hiris2 dan rasa ikan tu terasa bila aku hirup sup nih… bowl ni sebenarnya besar dan kami siap minta mangkuk kecil lagi supaya senang hirup sup…


IMG_0315
ABC Special
ni pula kira pencuci mulut lah… sangat sedap bila hari panas… tengok saja pon uda terliur… aiskrim tu scoop yang besar ok…. buah-buahan yang ada dalam ABC ni pun sedap2… serius besar portion ABC nih… my mom siap tapau balik lagi sebab tidak terhabis…

ni pula muka2 serius memilih order…
IMG_0312
IMG_0313
IMG_0314

restoran nih ada ada dua kawasan yang pelanggan boleh pilih untuk duduk… satu dalam kedai dan satu lagi luar kedai yang dipasangkan kemah… mana2 pun kawasan restoran ni selesa… kalau duduk di luar korang boleh nampak kereta yang lalu lalang….
kalau pasal harga pula, restoran ni kenakan harga yang berpatutan untuk sebuah restoran yang berlokasi di bandar…
overall, restoran nih aku recommend ngan korang untuk singgah..
kalau korang pernah pegi restoran nih sila lah komen2 di bawah ya..

wassalam…

No comments: