assalamualaikum wbt..
hari isnin yang lalu aku akhirnya berjaya call Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (JPN) untuk tau nama sekolah yang aku ditempatkan..
nervous dan risau… sewjak malam lagi tidur tidak lena...
semua difikirkan..
tiket kapal terbang (kalau lah di kawasan yang ada airport.. tapi ada atau tiada tetap juga perlu difikirkan sebab for sure sekolah tuh di Sarawak..)
penginapan sepanjang Interim (berfikir juga pasal benda nih sebab ada sekolah yang tiada pun flat/ quarters/ rumah staff.. bila tiada sewa pula yang difikirkan..)
pengangkutan (benda nih pon perlu juga difikir sebab aku nih bukannya pandai memandu,, tapi kalau ada pandai pun bukannya da kereta sendiri..)
dan yang sangat difikirkan adalah BUDGET/ONGKOS atau belanjawan… (bahagian ni wajib difikirkan sebab semua yang difikirkan diatas itu perlukan sokongan bahagian ini..)
walau bagaimana pun aku mesti juga tau nama sekolah itu… bila da tau barulah aku pkirkan segala-galanya
akhirnya aku berjaya juga tau sekolah itu
SMK GREEN ROAD KUCHING SARAWAK..
ni pelan sekolah tu.. (TQVM GoogleMap)
ni pula beberapa gambar yang aku amik dari Google... kalau silap tolong komen ya..
dapat tau ja nama skolah nih aku ucap syukur sebab sekurang-kurangnya sekolah bandar… lagi satu sebab aku dan MrRite satu daerah… dapat juga lah jumpa dengan dia… alhamdulillah…
tapi sekarang budget itu pula halangan terbesar… harapnya dapat jugalah aku runding dengan sekolah tu untuk minta penangguhan melapor diri… lagi pun aku kan ada temu duga 21 mac nih…
dilema la pula… famili macam ada halangan sikit bila aku ditempatkan di negeri yang lain…
aku pun terfikir juga kalau terima famili harus keluarkan belanja yang banyak sekali… walau pun lah Interim ini bergaji macam cikgu-cikgu yang lain tapi bulan pertama di sana dan belanja perjalanan itu harus ditanggung sendiri…
terima ka tolak??
persoalan ni belom lagi terjawab… akan terjawab berdasarkan keadaan..
aku sekarang berserah saja dengan ALLAH SWT sebab perancangan Nya untuk aku adalah sebaik-baik perancangan…
Wassalam..
2 comments:
hello dear...tahniah dapat berbakti sebagai guru,..besar budi u nanti.mendidik anak bangsa.pasal penempatan di sarawak jgn lh risau dear....once u dah datang sini mst u jatuh hati punya...byk dah i tengok my old teacher sampai nak menetap trus di sarawak...wish u luck k...all the best...utk berjaya kita perlu susah dulu mcm peribahasa kata susah dahulu senang-senang kemudian...dimana2pun ada susahnya....jgn lah susah hati k..
hello juga dear.. terima kasih untuk nasihatnya ya... eya saya pun berniat mau pegi ni... doakan saja tiada halangan... if ada halangan pun saya redha saja... anyway Sarawak semestinya antara negeri yang ingin dikunjungi.. doakan saya ya..
Post a Comment