Buat duit sampingan di sini

Monday, January 28, 2013

pengalaman Latihan Mengajar (LM)

assalamualaikum wbt..

lm

kali ni pula aku mo ceritakan pengalaman aku latihan mengajar yang bermula bulan februari hingga bulan julai 2012.

LM nih salah satu syarat untuk kami diikhtiraf memegang ijazah perguruan. untuk pengetahuan korang kami harus menjalani LM nih dalam masa 12 minggu tidak termasuk cuti semester. sudah lah menjalani LM kami juga diharuskan untuk menyiapkan projek akhir atau tesis atau azab pengajian…
aku bukanlah mau melebih-lebih part tesis tu tapi sesiapa saja lah yang pernah buat akan tahu perasaan dan azab siapkan bendah alah tuh..

ok cukup pasal azab tuh, sekarang aku mau share pasal LM nih… aku Lm bersama dengan MrRite & seorang lagi rakan seperjuangan Pat. kami bertiga nih LM di SMK Tandek, Kota Marudu. sebuah sekolah luar bandar.
semestinya tugas seorang guru adalah untuk mengajar anak muridnya. setiap hari aku akan memerah otak untuk menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) siap dengan bahan bantu mengajar (BBM). RPH dab BBM nih dapat membantu pelajar memahami pengajaran yang aku sampaikan. namun, tugas guru tidak hanya terbatas kepada mengajar. tugas2 pentadbiran juga adalah salah satu tugas tegar seorang guru. tugas-tugas pentadbiran ini sangat lah bertimbun bila tiba musim peperiksaan. menyediakan kertas peperiksaan untuk pelajar dan key in markah untuk pelajar kadang-kadang memeningkan kepala. bayangkanlah semuanya merah beberapa orang saja yang dapat biru atau hitam.

SAM_3628

sungguh bersyukur kerana Cikgu Dex, ketua bidang kemanusiaan sangat supportive dan sporting. dia meletakkan kami bertiga untuk mengajar Tingkatan 4. disebabkan kami mengajar silibus yang sama, senang sedikit lah untuk kami berkongsi bahan dan buat perbincangan. aku mengajar geografi untuk pelajar 4 SN dan sejarah untuk pelajar Tingkatan 4 KM1 dan 4IK1.

SAM_3528

sebahagian daripada pelajar aku.
salah satu pengajaran yang aku dapat masa tuh adalah untuk sentiasa periksa jadual waktu yang baru diterima dengan jadual waktu kelas. sebab apa? masa tuh aku da lupa kelas apa tapi jadual yang diberikan oleh ketua bidang adalah tersilap. biasalah, ketua bidang pun manusia juga. so, lain kali aku akan berhati-hati.

selepas menerima jadual kami pula ditugaskan untuk melibatkan pelajar kami dalam pameran geografi. nasib baiklah masa tuh pelajar aku sudah biasa dengan pameran. diaorang lebih bersemangat untuk buat pameran. siap buat board game lagi…

180420128305

student aku yang semangat buat model untuk geografi
dalam bidang kokurikulum pon kami mesti melibatkan diri. kami ditugaskan untuk membantu dalam acara atau pertandingan dalam sukan… selain tu, kami juga ditugaskan untuk menjadi sentri… sorry aku tidak tahu macamana ejaannya yang pastinya kami perlu berada disekolah semasa pelajar ber-camping. al-maklumlah guru muda tiada tanggungjawab keluarga lagi.

DSC02302
DSC02307

selain tuh, ada jugalah lain-lain aktiviti yang kami akan dipanggil untuk bertugas misalnya, jadi usher, terlibat dalam pengundian PIBG dan macam-macam lagi.

DSC_5379PIBG2012 058

yang ni secara ringkas pengalaman aku menjadi guru pelatih..
bagi aku jadi seorang guru nih bukannya tugas yang mudah. tangunggjawab untuk mendidik pelajar juga salah satu tanggungjawab yang berat. tapi, orang kata tugas guru nih tugas mulia. aku percaya setiap orang yang berjaya di dunia nih sedikit sebanyak dibantu oleh seorang insan yang dipanggil guru.. lagi satu, sekali menjadi guru selamanya orang akan panggil kita guru… lecturer aku kata tugas guru ni menjadikan kita kaya pahala…








apa-apa pun aku harap aku akan jadi seorang guru yang bertanggungjawab… amin..

wassalam.

4 comments:

Nur Aainaa said...

semoga menjadi guru yang bertanggungjawab... aminnnn~

MiSS Fyda said...

Tq untuk doanya... amin...

s..a..y..a... (^_^) said...

selamat berpraktikal....

MiSS Fyda said...

da lalu pon ne.. tinggal tunggu untuk posting saja nih... :) anyway tq sebab komen