Buat duit sampingan di sini

Tuesday, January 22, 2013

Kiulu White Water Rafting

assalamualaikum wbt..

bila uda habis dan berkonvo neh aku teringat pula pengalaman pertama ber-rafting.. seumur hidupku ini hanya 1 kali nih ja la aku main rafting nih.. main lagi tuh kan? hhahahhah…

ok seingat aku masa tuh kami ada field trip… disebabkan terlalu ramai kami dibahagikan kepada 2 trip untuk sampai ke destinasi rafting iaitu di Kiulu… 
sebenarnya kami diarahkan untuk berkemah di Kiulu tuh… rafting nih sebahagian daripada aktiviti yang kami lakukan..

DSC_0111


aku dan kawan-kawan yang lain diletakkan dalam trip 1 yang bertolak awal pagi… so, sebelum bertolak kami singgah cafĂ© dulu beli makanan… untuk tenaga sebab bila sampai nanti aktiviti yang menunggu ialah rafting…

DSC_0132


sampai saja kami diarahkan meletak beg dan menyimpan hp dan barang berharga yang lain di beg yang akan diawasa rakan-rakan yang sakit.. lepas tu kami diarahkan naik bas balik untuk pergi ke hulu sungai…

sampai saja kami diberi taklimat ringkas untuk mengayuh dan mengawal bot kami… jangan risau tahap rafting kami nih tahap 1 saja… sesuai untuk begginer… lagi satu setiap bot kami ditemani dengan seorang rafter yang akan bantu kami kalau tidak tahu untuk mengawal bot..

IMG_9278


masa nih kami tidak perasan pun ada juru gambar yang ambil gambar kami..

IMG_9283

haa yang nih gara-gara takut dijatuhkan ke dalam sungai oleh ahli bot warna oren nih… kawan aku Pat uda kena sebelum ni… so aku pon over reacting sampai hunus pendayung tu dengan team lain.. takut sebab tidak pandai berenang.. yang mana aku.. tu ha yang dalam bulatan tuh..

IMG_9636

ha yang nih pula siap peace2 lagi… masa nih kami nampak da juru gambar tuh..
masa rafting tuh sempat lagi kami berhenti di satu kawasan untuk body rafting… apa kah itu bodt rafting? kami semua diarahkan untuk berenang bersama life jacket… haa tu la body rafting…

DSC_0152
DSC_0157

cantikkan scenerynya.. nature beauty guys…
abis saja rafting dan bersihkan diri kami diarahkan pula mendirikan khemah…

DSC_0167

dengan khemah nih pon ada kisahnya… khemah pertama kami dapat koyak so, kami mesti tukar dan pasang semula… orang lain sudah siap kami baru mahu pasang.. huhuhu

DSC_0169

selain rafting, kami juga ada buat flying fox… it’s my first time… mula2 buat2 cool tapi lepas tuh neves gila neh…

DSC_0258

aktiviti yang lainnya tidak sempat snap gambar… last aktiviti ialah malam kebudayaan…
kumpulan aku buat kawad OKU… kami cuba untuk berkawad dalam keadaan masing2 kurang berkemampuan..

DSC_0503

tu saja lah aktiviti kami masa field trip kali nih… ni lah rasanya field trip yang full dengan aktiviti…

bila dikenang sekarang macam rindu pula mau pegi field trip lagi… haiya..

wassalam…

No comments: