assalamualaikum wbt..
syukur alhamdulillah…
hari Rabu lalu bila bukak saja FB wall buzy dengan post kawan2 yang dapat tawaran menjadi Guru Interim…
aku pon apa lagi sibuk2 lah minta my dad telefon Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.. manalah tau nama tersenarai juga.. lepas saja beberapa kali my dad try call akhirnya my dad cakap nama aku tidak tersenarai..
kecewa ada sedih pun ada… aku fikir sudah bukan rezeki so aku redha saja… tapi bila aku buka FB balik sebelah petangnya ada pula kawan yang post diaorg dapat tawaran guru Interim di Sarawak. diaorang pun suggest supaya call pula JPN Sarawak…
kadar inkuiri aku pun meninggi masa tu.. jadi, aku dail la no JPN Sarawak
“selamat Petang JPN Sarawak”
“Ya, Selamat Petang.. Saya mau tanya tentang Guru Interim..”
“Ya, boleh saya tahu nama anda”
“Rafidah Binti Abd Razak”
“emm sekejap ya.. Rafidah.. ya Rafidah Binti Abd Razak nama kamu tersenarai untuk menjadi Guru Interim.”
“ok.. Boleh saya tahu di daerah dan sekolah mana?”
“senarai nama sekolah belum lagi kami terima. kamu kena telefon balik JPN Sarawak hari Jumaat atau Isnin ini untuk maklumat lebih lanjut.”
pegawai JPN tu sempat tolong aku semak nama MrRite dan kawan yang lain. kebanyakan dari kami yang Major Sejarah ditempatkan sebagai guru Interim di Sarawak..
sempat juga pegawai JPN Sarawak itu menjelaskan prosedur yang membolehkan kami menangguhkan proses lapor diri di sekolah itu nanti disebabkan kami mempunyai interviu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) pada 21 Mac nih..
ha yang ni cek nama pakai aplikasi…
seriusly, aku rasa gembira mulanya tapi lepas tuh aku mulai risau… apa yang dirisaukan? segalanya… penginapan, pengangkutan, keadaan di sana..
almaklumlah Sarawak itu kan negeri orang… mungkin berlaku masalah bahasa juga… suasananya berbeza… dari sudut peribadi pula, aku nih sebenarnya tidak pernah menjejakkan kaki keluar dari bumi di bawah bayu nih…
aih… sampai kan sekarang nih aku dirundum gelisah.. nanti kalau lah aku terima juga tawaran itu, aku kena mengeluarkan belanja yang banyak sebab ke Sarawak memerlukan tiket penerbangan lagi belum lagi urusan penginapan di sana…
apa yang aku buat sekarang nih berdoa saja lah supaya Allah SWT membantu aku membuat keputusan dan melindungi aku serta mempe
rmudahkan segalanya untuk aku…
p/s: harapnya Allah memberi aku seorang teman untuk bersama sepanjang menjadi GURU INTERIM…
wassalam…
8 comments:
Salam perkenalan fyda..i'm from sarawak. dan saya pun dpt interim juga. by the way, awak dh tahu dh dapat sekolah mana?
salam perkenalan... dari bumi kenyalang?? waaa... syukur... saya da tau nama sekolah ni.. SMK GREEN ROAD KUCHING...
owh..sekolah tu di bandar ja..kira beruntung la kamu sebab dkt pusat bandar. saya dapat jauh sikit dari kuching, kira2 satu jam perjalanan. tapi saya asal org Kuching. =)
Eya... da googlemap dan cari2 info.. waaa saya jeles sebab sekurang2nya di tempat sendiri... tak payah traveling sampai naik kapal terbang... gud luck ya... :) nanti kalau da masa boleh la kita jejalan di kuching ya... tu pun kalau saya jadi pegi lah ya
i know you're in dilemma dear..itu la, sy pun hairan juga kenapa dieorg boleh hantar guru2 interim ni ke negeri lain. padahal bukan ka kita ni sementara ja pun? ada kwn2 sy di semenanjung pun dpt di swk. sy faham masalah utama mesti kewangan kan? hm..sy kurang faham konsep interim ni mcm mana. kalau mmg confirm2 kta diserap kat skolah tu takpa jugak kan? sabar je la. just follow the flow. by the way, sy pun interview 21hb ni di kuching.
tu la saya pon x faham sistem imterim ni.. hmmm eya kewangan masalah terbesar ni... saya berdoa saja lah dengan Allah SWT... kalau da ditakdirkan saya sampai ke bumi kenyalang maka sampailah itu... ehhehe dilema tidak habis lagi... interviu 21 mac ni ditunda la pula ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.. fami da suruh pentingkan iv dahulu... masaalahnya iv belum tentu lagi bila..
itula pasal..saya faham kalau bab2 kewangan ni..dulu belajar di semenanjung pun, mmg kewangan la masalah terbesar kan? istikharah dan tawakal je la pd Allah..semoga dipermudahkan semuanya. Don't worry too much k. =) dh call pihak jpn ke tanya mcm mane? and diorang bagitau ape?
tu la saya istikharah dan tawakal ja... emm da kontek ppd... kena sambung line2 sampailah akhirnya terputus talian.. sok mau kol balik lagi lah ni..
Post a Comment