Buat duit sampingan di sini

Tuesday, December 14, 2010

UMS OUTREACH Vol 2

Salam all… okay sal program tu lagi ya…. Lepas seja kami menginap semlm di Salarom Taka, kami teruskan perjalanan ke keningau yg jadi pit stop kami untuk meneruskan perjalanan menggunakan 4 wheel… aku memang excited mau naik 4 wheel nih… (cian jarang2 naik 4 wheel bah… huhuhu) yang probnya, aku ndada pla snap2 pic (wa~~~ tangisan menyesal nih..)

Tapi aku ada rekod perjalanan berliku kami tuh..(aisehman…). Lama juga la masa kami di 4 wheel tu… sebenarnya perjalanan naik 4 wheel tuh untuk sampai pit stop kami yang seterusnya yang jadi jeti atau perhentian utama sampan2 yang digunakan sebagai pengangkutan masyarakat di sana… kami masa tuh uda masuk daerah kecil Pegalungan… pastuh kami pon naik sampan ikut kumpulan kami masing-masing…. Ada lebih kurang 10 sampan yang digunakan untuk angkut rombongan kami ke destinasi tujuan iaitu KG BABALITAN…. Sesampai jak kami msti mendaki tangga yang agak curam dengan bagasi kami masing2. (aku dapat ok naik tangga tuh… bangga aku!!)

Dipendekkan cita kami stay 2 hari 2 malam di kg tersebut. Banyak aktiviti yang aku join selain menjadi ahli kumpulan ONE STOP LEARNING CENTRE. Kami ada jua pegi melawat rumah panjang n ajar arimatik ngan students di sana… precious moment la… menari n menyanyi sesama diaorg… aku sempat jua buat sesi sharing dgn bdak2 perempuan di sana pesal kanser payu dara dan haid…(quite nervous time tuh… huhuhu but I did it!!



ni Airon yg bagi perkongsian ttg bahaya merokok



ni pla sesi aku.. perkongsian tentang kanser payu dara n haid dengan budak2 tahun 6 SK Babalitan(sedikit nervous masa nih)


beberapa aktiviti yang dibuat oleh kawan2 yang lain bersama pelajar SK Babalitan.






ni pla aku n Fashah buat tarian Chicken Dance dari dalam kelas... (heheheheh)


The next day kami bertolak pegi ke KG Logonggon.. kami stay 1 malam di kg nih… sampai2 jak di kg nih kami disambut dengan pihak rela n org2 kampung… aku ada rekod jua la kawasan logonggon nih… malam nya ada malam kebudayaan… tapi aku x join sebab perut yang sakit dan x bekerjasama… so, aku just stay di asrama ngan kawan aku, CikNadia..(TQVM sayang… love u muah3…. ehhehe) so kami pon awal tido sebab malam2 sebelumnya x cukup tido..(jadi panda uda nih… 0-0 )… esoknya kami pon bertolak balik menaiki sampan n 4 wheel… tengahari jak kami uda di keningau…. Kami sampai di UMS sekitar jam 7 malam.

Syukur juga sebab tiada apa yang x diingini berlaku… pengalaman masuk ke pedalaman nih banyak buka mata aku. Kehidupan masyarakat pedalaman yang simple n sihat jika dibanding dengan masyarakat kota… aku terkesima jua apabila aku tau yang kanak2 pedalaman x tahu apa itu sosej… fishball… nugget… mereka lebih tahu ayam, daging dan makanan yang fresh…. Pengalaman ni aku akan ingat sampai bila2….

d bawah ni pic kami yang ligat mo balik da....



jeti Kg Logonggon yang dipenuhi oleh bagasi kami...


sampan yang menjadi salah satu pengangkutan kami


snap pic bersama Mei Ling (coursemate)


kawan2 yang sibuk berjenaka sementara berehat sebelum berangkat pulang.
.

ni antara kawan2 yang ada di sekitar aku masa tuh... guess what?? Dream Lover aka Dynda pon ada gak..(Dynda, i tag u... heheheh)


sempat pose lagi ngan kawan2 yang spoting n happening...
(Zima, Syikin, CikNadia, AKU, CikSaida n Su)


ni pla beratur amik sarapan pagi....


Bell n Alyshea yg busy mengangkut bagasi


salah satu rumah di Kg Logonggon yang disnap oleh MrRite
nampak ka sebenarnya rumah ni di lereng bukit yang bawahnya ada sungai...


ni pla MrRite yang berposing dari asrama tempat kami menginap...
yang arrow tuh aliran sungai ok...

2 comments:

dynda said...

dats me.. tankiu silkyshine..hihi

MiSS Fyda said...

hehehhe my pleasure...